Tentang


This is sample image

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Untuk makluman semua, Prof Madya Dr Hj Sazali bin Khalid telah kembali kerahmatullah lebih kurang jam 5 petang, 14 Mei 2018 akibat pecah pembuluh darah aorta di HUSM.

Kepada yang mengenali arwah, sama-sama lah kita berdoa semoga Allah luaskan kubur Dr Hj Sazali, diterima seluruh ibadahnya, diampuni salah & khilafnya, dimasukkan ke syurga Nya, dan keluarga besarnya diberi keikhlasan & ketabahan. Aamiin

Nota / Makluman / Perhatian / Info:

Laman sesawang ini adalah salinan daripada asal artikel blog (3,061 posts dan 1,476,669 patah perkataan) arwah Prof Madya Dr Hj Sazali bin Khalid. Ini bermaksud, ia dibina oleh orang lain tetapi segala blog post (artikel) adalah salinan penulisan yang asal.

Ianya di wujudkan kerana pengaturcara halaman ini pernah berniat untuk menghias blog arwah sewaktu arwah masih hidup, namun tidak kesampaian dan ianya juga bertujuan untuk mengelakkan kehilangan artikel pada masa akan datang iaitu kemungkinan dipadam oleh Google. Ia nya juga sekaligus memudahkan orang ramai untuk membaca artikel penulisan dengan antaramuka yang lebih mesra.

Tiada gubahan pada penulisan asal dan setiap artikel (blog post) di sediakan URL pada halaman asal dan ianya import secara automatik menggunakan aturcara yang dibangunkan khas.

Pengaturcara halaman ini berhadap pembaca yang datang ke sini dapat memanfaatkan kenangan, pengalaman, pandangan, dakwah, ilmu dan buah fikiran arwah Prof Madya Dr Hj Sazali.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu daripada diri sendiri.