A simple reflection post haji
Salam
Selepas menunaikan ibadat haji
Tidak semua umat islam berpeluang menunaikan ibadat haji. Hanya mereka yang mampu sahaja (status kewangan , kesihatan, kelapangan masa i.e., cuti dari majikan) ditambah pula dengan izin Allah maka dapatlah si anu bin si anu menunaikan ibadat haji di Mekah mukarammah.
Ada orang terpaksa bersusah payah menyimpan wang sepanjang hidupnya semata-mata untuk bergelar haji/ hajjah. Disebabkan kepayahan tersebut , eloklah kita bincangkan di sini apakah amalan yang patut kita lakukan agar kita menjadi contoh teladan pada diri sendiri terutamanya, anak anak cucu cicit kita dan ahli masyarakat yang berhampiran.
1. Elakkanlah dari menghabiskan masa terlalu lama di kedai kopi kerana di sinilah bermulanya hasad dengki , fitnah memfitnah dan memanjangkan cerita/ mereka ciptakan cerita ceriti. Dari cerita inilah bermulanya pergaduhan dan pertumpahan darah2. Elakkan dari dari penyokong tegar pasukan bola sepak luar negara yang mana jersi mereka adalah berjenama arak Carlsberg dan lain-lain lagi. Jangan kita melompat kera@beruk macam anak-anak muda yang tersasar jauh dari ikhsan dan hidayah Allah semata-mata pasukan kita menyumbat gol kemenangan 1 – 0 setelah bertarung selama 3 hari 3 malam ( home dan away games). Jika tidak, ramai orang kafir mengatakan ‘…naik haji atau tidak naik / pok lleh serupo sahaja..tidak ada perubahan apa apa..’. Malunya umat islam yang lain.3. Amalkan suka ke masjid mendengar ceramah agama untuk bekalan mati4. Amalkan menggaji Al Quran. Biarkan bacaan kita lebih baik dari orang yang tak pernah naik haji/ umrah. Kalau tidak ada kesempatan untuk belajar sebelum naik haji, jom daftarlah segera ke sekolah Al Quran berdekatan. Mulakan dengan bacaan Alif bat ta .. dan makraj yang lebih baik.5. Bayar hutang dan jangan lagi berhutang. Elakkan dari mempunyai azam untuk membina rumah lain dan lain di mana selalunya pembinaan rumah ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Kalau membeli rumah baru baru pun , harga rumah ialah sekitar RM200,000 ke atas. Dipendekkan cerita, pak haji berhutang lagi dengan pihak bank. Riba adalah haram sekeras-kerasnya (Al Quraan). Dan orang yang makan riba lebih teruk dari orang yang berzina dengan ibunya sendiri sebanyak 30 kali (hadith). Riba? Hutang RM100 kita bayar balik kepada bank RM250. Riba ialah RM250 – RM100 = RM150/ setiap sen adalah haram!6. Belajar membaca majalah yang pro Islam / pro amalan agama islam. Contoh majalah ialah Iman, Solusi, Muslimah dan lain-lain. Tak payah bacalah majalah RODA (ini untuk anak anak muda gilakan motosikal yang berkuasa besar). Kalau pak haji naik , sudah tentu melayang kopiah haji dari mekah itu. He..he.. Awas kain pelekat pak haji itu!7. Banyakkan solat sunnat seperti Isra’ , dhuha, awabim, tahajud dan witir. Tak tahu? Tolong belajarlah pak hajiiiii. Simple tu.8. Belajar buat doa panjang-panjang sekitar 30 minit, 1 jam, 2 jam dan sehari suntuk. Yang paling bagus belajar berdoa dengan linangan air mata .. menyesal kesalahan yang lalu semasa kita muda-muda dahulu. Menangis dalam doa waktu tahajud pada jam 300 pagi di kala mak hajjah sedang tidur nyenyak dengan gelaran baru hajjahnya itu. Contoh kesalahan dulu-kala - buat lari anak dara orang, mengusik janda 30 tahun umurnya yang merupakan jiran tetangga disebelah. Hutang carpet orang Pakistan tak bayar bayar sampai ke sudah. Berita terakhir .. penjual carpet mati terbunuh di Pakistan. How? Hutang dia , pak haji tak settle settlekan lagi. Hutang penjual ikan dari Kemboja pun pak haji tak bayar habis-habis. Mampus kita?9. Belajar keluar dakwah tabligh 3 hari, seminggu, sebulan, 40 hari, 4 bulan dan sepanjang hidup. Boleh? Dengan keluar dakwah, kita bentuk fikir agama kita. Kita betulkan muamalat kita. Insyallah. Kita belajar berdakwah dekat dekat dan Negara jauh. Belajar sampaikan satu ayat kepada orang lain. Belajar kita.10. Belajar pasang lagu nasyid budak budak sekolah 7 tahun – 15 tahun. Tak payah pasang lagu Hindustan itu lagi. Bukannya pak haji fahampun bahasa hisdustani itu. Lagipun, Rajesh Khanna dah lama mati ..pak haji..sepeninggalan pak haji ke tanah suci itu.11. Jadi orang pertama ke masjid/ surau/ madrasah/ musoollla bila terdengar seruan azan. Ingat sembahyang berjamaah 27 kali ganda dari sembahyang seorang diri di tepi katil kita itu yang sudah banyak kehilangan skrew kerana .. katil sudah tua …12. Belajar berzikir lama lama. Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar. Astagh firulllah, Salawat kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Kalau anak muda yang sudah keluar dakwah tabligh 1 minggu biasa dengan menyebut nama Allah 1000 kali pagi dan petang, bila pak haji dah pulang dari Mekah ..dengan perbelanjaan RM15,000 se orang , elok sangatlah ..sebut nama Allah itu 100,000 kali pagi dan petang. Pesan kat mak haji kita itu etek deh? Bo lah bermain facebook nyor tok haji wehhhh/. Facebook sesuai untuk budak budak university/politeknik tau? Senang antar attachment assignment depa .. / maaf pak haji.13. Simpan duit. Hantar orang lain .. nak gi mekah jugok tetapi tak mampu mampu juga. Kita tak payah pergi lagi. Duit itu lebih afdal jika haji orang miskin/ yang kita taja diistiharkan haji Mabrul oleh Allah Taala.
Senang tak 13 point di atas?
Itulah nikmat naik haji dan bergelar haji di hadapan nama kita masing-masing seperti Haji Bidin, Hajjah Kioooooh he..he.. .Sekian. Masa mencemburui saya. Solat subuh di masjid! Saya tulis untuk keinsafan diri sendiri juga.Wallahu aklam . Nukilan: Haji Sazali bin Haji Khalid Tanggal: Nov 1 2012 Jam 500 pagiRujukan:Sudut Pedoman. “Tinggalkan kebiasaan buruk selepas bergelar haji”. Harakah. Okt 2012Buku Pedoman Haji. versi 1995. Kuala Lumpur: Tabung Haji Malaysia.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/10/a-simple-reflection-post-haji.html