a small test only
Salam
Salawat dan salam kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
-
Kelantan dilanda banjir seminggu yang sudah. banyak harta benda yg musnah. Ada orang mengalami kemusnahan ..rumah dihanyut oleh arus yg deras .. dan ada juga yg kehilangan suami, isteri , anak anak .. dalam dugaan terbesar pernah berlaku sepanjang sejarah Kelantan Darul Naim.
-
Rumah saya di Kota Bharu pun ..ditenggelami air banjir ..dalam rumah sahaja setinggi paras lutut .. nak kata rusak teruk ..tak lah .. tetapi kerugian dianggarkan dalam sekitar ribuan ringgit sahaja. banyakkan itu kawan? carpets, perabut, tv, buku buku, peti sejuk, pinggan mangkuk , cabinet dapur , pakaian pakaian dan pintu pintu yg akan berkembang kayu kayu jatinya bila ditenggelami air dan selepas datangnya hari panas terik kelak.
-
Beza antara dugaan ini dengan dugaan banjir/tsunami yg melanda Acheh 2004 dan zaman Nabi Nuh alai his salam ..rasa rasa nya Banjir Kelate 2014 ini tak lah seberapa sangat.
Dalam banjir Acheh 2004 .. tsunami .. 60,000 orang terkorban termasuk ribuan siswa siswi Universiti Shah Kuala .
Dalam banjir zaman Nabi Nuh alai his salam .. bukan setakat seluruh makhluk Allah dihanyutkan air bah terbesar dlm sejarah dunia ..tetapi .. anak lelaki nabi Nuh a.s sendiri pun ditenggelami oleh Allah di hadapan mata ayahnda nya sendiri. Cuba kita bayangkan ..anak kuching yg paling kita sayangi tiba tiba terjatuh ke dalam perigi disaksikan oleh mata dan kepala kita sendiri .. betapa cemas sedih pilunya hati kita bukan?
tetapi di sini anak kesayangan Nabi Nuh alihis salam .. sendiri ..Allah ceritakan keadaan hati dan keadaan kesusahan dan kegulanaan hati seorang nabi - Nabi Nuh alaihis salam.
Siapa tak sayangkan anak sendiri? walaupun ..sejahat jahat mana pun seseorang anak telah lakukan .. ayah dan ibu tetap menyebut nama mu wahai anak. Cuba kita melawat penjara penjara ..dimana ditempatkan beribu ribu tahanan polis. Tengok mulut dan air mata si ayah/ si ibu sepanjang lawatan tersebut. Ibu akan menangis melolong lolong ..tak rela anaknya dihukum gantung sampai mati .. begitulah Nabi Nuh alaihis salam sendiri. Dia pun macam kita juga ..daddy pada masa ini di bandar kota - bharu
So .. secara .. keseluruhan .. walaupun banyak mana pun harta benda yg rugi ranap sekelip mata di kelantan ..ayuh kita ambik ini sebagai satu dugaan dan peringatan dari Allah yg Maha Esa/ Maha Berkuasa betapa kerdil nya kekuasaan manusia selama ini.
our technology is no where when Allah lets us see ..the water level rising slowly in front of our naked eyes. How can you address that ..in spite of you having all the most up to date technologies and warning systems that never work when it really matters most ..
Al Fatihah.
Wasallam.
Astaghfirullah hal azeem.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/12/a-small-test-only.html