Ada ada saja thinking out of your box


Update terakhir:

Salam. Thinking out of the Box / berfikir jauh sedikit dari segiempat kekotak Maksudnya ialah kita memikirkan sesuatu cara yang baru, serba baru dan tidak terikat sangat dengan apa yang digariskan oleh kurikulum/ silibus sesuatu mata pelajaran sebagaimana dicadangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Contoh terbaik ialah usaha terbaru kerajaan Malaysia mengabungkan perkhidmatan POLIS dan TENTERA dalam satu badan. (Rujukan Sunday Star, 27 March 2011). Ini akan menjimatkan banyak kos. Bayangkan bahawa dalam perkhidmatan tentera, seseorang tentera akan dipencenkan apabila umurnya mencapai 40 tahun. Umur ini adalah terlalu muda jika dibandingkan dengan umur persaraan wajib penjawat awam yang lain seperti guru, jurutera dan pensyarah universiti (umur persaraan wajib 58 tahun). Dalam pada itu, banyak tempat latihan tentera boleh digunakan untuk memenjarakan banduan yang sudah mencapai jumlah penghuninya melebihi 100,000 orang. Ironinya besar peratusan banduan adalah warga asing. Dalam sektor perguruan pula, memikir di luar kotak hitam berlaku telah lama berlaku bila Jabatan Pendidikan Negeri , Pejabat Pendidikan Daerah telah mengambil balik pesara guru opsyen Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik untuk sama-sama membantu mengajar subjek ini kepada pelajar-pelajar sekolah menengah diseluruh negara. Dengan sedikit saja upahan kerajaan sudah dapat menjimatkan wang melatih sumber manusia baru kerana dengan cara ini mereka mendapat menjana kembali modal manusia lama yang terbukti mempunyai terlalu banyak pengalaman dan kepakaran dalam subjek-subjek kritikal tersebut. Baru-baru ini kerajaan telah mengambil pakar-pakar bahasa inggeris dari Negara Britain dan Amerika Syarikat untuk membantu kemerosotan pencapaian bahasa inggeris dalam kalangan guru dan pelajar-pelajar di Negara ini. Sebagai usaha jangka masa pendek , ini adalah usaha yang baik tetapi dengan mengambil guru-guru yang baru bersara (lingkungan umur 56 ~ 60 tahun) faedah yang diperolehi adalah lebih optimum. Ini adalah kerana guru-guru lama telah memahami falsafah pendidikan Negara dan telah pun menjalani pelbagai jenis latihan bahasa semasa dalam perkhidmatan pendidikan dahulu. Adalah satu langkah yang bijak jika pihak sekolah menjalankan latihan dalaman antara guru pakar (bersara) ini dengan guru-guru baru yang beropsyen bahasa inggeris dan bahasa melayu. Saya percaya banyak ilmu dapat dikongsikan bersama antara kedua-dua kumpulan guru ini. Guru-guru bersara ini ada antara mereka adalah bekas Ketua pemeriksa kertas peperiksaan peringkat PMR dan SPM. Banyak kemahiran dan ilmu fonotik dapat dikongsikan bersama. Setengah-tengah guru bersara telah dilatih di luar Negara apabila mereka melanjutkan pendidikan di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang-bidang tertentu. Dalam sector mata pelajaran ekonomi rumah tangga, memikir di luar kotak ialah menggalakkan pelajar-pelajar wanita menambahkan skil dan stail memasak masakan tempatan dan makanan barat. Sejak kebelakangan ini banyak berlaku perceraian dalam kalangan masyarakat melayu islam. Salah satu punca utama ialah pihak lelaki suka sangat makan di luar rumah tanpa menggira masa sama ada di waktu siang atau pun malam. Mereka berbuat demikian kerana sang isteri tidak menunjukkan minat mendalam dalam memahirkan diri memasak mengikut selera sang-sang suami. Bayangkan pagi Ahad pun, ada suami yang masih mengunjungi kedai makan semata-mata untuk bersarapan kopi panas dan roti bakar. Jika diteropong, mungkin sang isteri sedang nyenyak tidur maklumlah hari ahad adalah hari cuti awam. Kalau bangun lewat pun tak apa kerana jam 0100 petang nanti mereka boleh beramai-ramai makan tengah hari di restoran lain pula. Dengan amalan hidup makan di luar ini, banyak wang terbuang dan masa untuk bersama ahli keluarga tersangatlah terhad. Lagipun, membawa ahli keluarga keluar membahayakan nyawa mereka kerana statistic menunjukkan bahawa Malaysia mencatit kes kecelakaan tertinggi jalan raya jika dibandingkan antara 10 buah Negara Asia Tenggara di sini. Aktiviti masak memasak ala Chef Wan di mana pelajar-pelajar di bawa ke tepi pinggir hutan dan anak sungai semata-mata memasak adalah satu cara atau aktiviti memikir di luar kotak hitam. Ini memberi pelajar-pelajar sedikit pengalaman berriadah, menyediakan makanan tempatan dengan menggunakan ulam dan herba yang banyak terdapat di luar sana. Chef Wan banyak mengajar pasal diet dan stail makan untuk kesihatan sambil-sambil memasak. Ini kurang berlaku kerana ada pihak yang banyak berkira dalam banyak perkara. Tambahan pula mengikut pengalaman saya bertugas sebagai seorang guru di Kelantan , ada sesetengah guru suka sangat mengunakan istilah ‘malas aku’, ‘menyusahkan aku sahaja’ , ‘ buat gapo kerja bodoh tu ?’ .. perkataan ini lah yang menyebabkan ramai masayarakat kita tidak mampu berfikir luar dari kotak hitam mereka sepanjang masa. Bagusnya, jika pihak pentadbir dengan berani memindahkan sahaja guru yang sedemikian ke tempat yang serba baru. Contohnya pindahkan mereka dari Kelantan ke Rompin, atau Kota Putra, Johor. Ini akan mengubah sedikit cara kerja harian mereka di sekolah. Bila mereka mengalami sedikit kesusahan barulah mereka akan insaf lantas menghargai apa yang telah mereka kecapi di sekolah yang lama dahulu. Berada dalam ‘comfort zone’ terlalu lama membantutkan pemikiran guru dalam memberi pengajaran yang lebih kreatif dan berkesan. Ini membawa kesan yang parah kepada pelajar-pelajar di mana sesetengah mereka lebih suka merempit dan menimbulkan masalah sosial liar lain dari menghadhirkan diri ke sekolah selepas sesi PMR dan SPM tamat. Mungkin stail mengajar dan cara berkomunikasi dalam kalangan guru-murid adalah sangat membosankan mereka. Oleh itu, berfikir di luar kotak hitam hendaklah selalu diamalkan oleh semua pihak di Negara ini. Insyallah Negara kita akan termaju seperti Singapura yang mana universiti mereka berjaya tersenarai dalam 30 buah universiti terbaik di dunia. (Rujukan: Times London Sept , 2010). Salah satu produk mereka ialah Problem Based Learning yang banyak diperkatakan di Republic Politeknik Singapura. Cara ini juga cuba dibawa oleh Univ Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/03/ada-ada-saja-thinking-out-of-your-box.html