Ada sesuatu yang tak kena ini
Salam
Semalam Isnin 24 Januari 2012 muka depan akhbar BERITA HARIAN ada memaparkan berita sennsasi .. ramai pelajar IPTA sedang giat menjual kopun buku RM200 kepada rakan-rakan mereka. TUjuan utama mendapatkan duit cash secepat mungkin. Contoh iklan dalam handset mereka ialah “.. mesti tunai RM180 .. segera ..sebelum terlewat.”
Mengapa jadi begitu? Mereka nak makan minum, nak isi tangki minyak motosikal mereka , nak top-up credit handsets mereka. Lagi untung! Beli buku? (ketawa)
2) Saya rasa gelagat pelajar pelajar begini dapat sedikit sebanyak menjawab soalan Dari Tun Mahathir mengapa selepas 50 tahun BN memerintah tanah melayu .. melayu masih tidak berubah dari segi sikap menacari ilmu , menyahut cabaran dan membina empayar perniagaan seperti BOON SIEW HONDA di Malaysia.
3) Sebelum saya menjawab .. jom kita tanya Dato' Seri MOhd Najib .. apa tujuan sebenar kerajaan menghadiahkan kopun buku itu kepada pelajar-pelajar IPTA ini? Mungkin PRU 13 nak guna undi pelajar-pelajar IPTA/IPTS ni. Umur 21 ke atas kot? Kalau tidak tak kan tiba-tiba ..Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak PM Malaysia .. tiba-tiba terjun ke dunia universiti dan menghulurkan bocer buku itu. Hairan ?
Untuk makluman .. buku-buku karya asli oleh pensyarah universiti/ orang awam banyak yang tidak mendapat sambutan di kedai-kedai koperasi Universiti di seluruh pelusuk tanah air. Oleh yang demikian, ramai tenaga universiti tidak berminat menulis dan menulis buku-buku karya mereka untuk bacaan umum.
Lagi pun .. gejala salin menyalin nota-nota kuliah dan fotostat terlalu .. banyak di hadapan mata kita. Bayangkan kita menulis sebuah buku matematik komputer dengan harganya RM35.00 .. di hadapan mata kita pelajar-pelajar seronok salin menyalin dengan bantuan mesin fotostat cina/ jepun/ mamak .. mereka sudah dapat sebahagian bab bab buku itu dengan harga RM3.50 sahaja. Tidak sakitkah hati tuan hamba melihat gaya salin menyalin nota dalam kalangan pelajar kita dewasa ini?
3) Setengah-tengah pelajar universiti hidup dengan nota power point sahaja yang diberikan secara percuma olehProfessor mereka di universiti. Mereka membaca dan membaca nota nota itu sahja dengan harapan mereka kan memperolehi Kelas Pertama IJazah .. lainlah dengan bangsa lain seperti pelajar cina/ india/ Arab Saudi/ ..
Mereka memberi alasan bahawa beli buku ini berat jika buku itu adalah 2 kilogram beratnya. Tak larat nak bawa ke sana ke mari .. lagipun tidak cool jikabawa buku. Lebih baik .. nota nota itu berada dalam pen drive sahaja. Boleh cucuk di mana mana dan meeka sudah mampu mengulangkaji nota nota kuliah pada bila bila masa. Lebih cool lagi jika semua nota yg ada dalam pen drive itu ..tiba-tiba plllluupp terjatuh ke dalam lubang tandas yg banyak air dan najis manusia itu sendiri. COOL bukan? kena cepat cepat seluk ke dalam air yg jejikkkk ..tu ..hissss.. nota itu berbau lah.
4) Sekarang zaman semua benda nak ekspress. Khawin ekspress/ cerai pun ekspress
kawan baru kenal kenal eksprsss 1 bulan yg lalu / kena tipu pun ekspress dlm masa 2 hari
hari ni kontraktor berjaya dapat kontrak 2 juta RM / esok dah muflis ekspress/ kena tipu!
kerajaan kasi kontrak kat melayu supaya melayu dapat skill bina stadium bola sana sini / esoknya kerana kerja nak ekspress; beli bahan eskpress / kelulusan JKR ekpspresss/ satu stadium gganu dah roboh ekspress;
makan minum ekspress/ sebab itu restoran mamak boleh bertahan kerana servis mereka kebanyakkan nya ekspress laju laju punya; mana ada restoran melayu boleh bertahan dgn tempoh yg lama?
bila makan minum ekpress/ ada aank pompuan orang nak khawin esok lusa tak tahu nak memasak satu dua hidangan masakan melayu yang teristemewa seperti masak ikan cili api/ masak sardin telur dan ubi kentang untuk sang suami
pakai kereta ekspress/ tahu tekan minyak sampai licin/ mak ayah tolong belikan minyak dan bayar kereta bulanan tanpa soal jawab apa apa . Yg penting hidup kena laju
minum nescafe instant/ fotostat instant/ digital camera pun instant
penyakit macam-macam pun dah datang secara instant/ rambut gugur pada umur 30’an .. dulu org 50’an jer yg dah putih rambut tetapi disebabkan banyak makan aji no moto .. sekarang rambut cepat beruban…; check perut anak-anak melayu dewasa ; buncit ekspress?
sembahyang pun instant/ maghrib kat masjid 20 minit settle / dia sembahyang maghrib 1 minit flat
entah apa yg dia baca dalam sembahyang
orang lain baca GUARDIAN, TIMES LONDON .. kita mahu jadi negara maju baca METRO HARIAN. ada ilmu apa dalam metro itu? mana leh bina tamadun melayu unggul dalam populasi rakyat nak buat semua secara laju?
5) Saya rasa sistem pendidikan kena dibuat ‘overhaul’ secara besar-besaran. Warga guru kena cepat cepat dipencenkan. Kasi input baru. Dgn tarbiah dan falsafah ISLAM 100%. Cari ilmu kerana Allah. Kejar akhirat dulu baru dapat dunia. Kejar akhirat , kejar redha Allah baru dapat satu dunia.
Biar warga guru ada keseimbangan kompossisi kaum guru// 30 % melayu; 30% cina; 30% india; 10% orang asing. Sekarang warga guru di sekolah kerajaan 70% guru melayu 30% guru bukan melayu. Sebab itu .. murid-murid tak minat membaca dan membeli buku. PPSMI ? mana boleh guru tak fasih BI dibenarkan mengajar maths sains dalam BI. SEkarang Melayu mengajar. Cina, India komen macam macam kat luar pagar sana .. mengapa mereka tak join profesion guru ? Gila itu?
Cuba katakan .. untuk naik pangkat / naik gaji / dapat pencen awal .. setiap guru diinterview. Cuba sebutkan 2 buah buku ilmiah yang cikgu dah baca dalam 2 bulan terakhir ini? Cuba huraikan apa yang cikgu baca tadi? kalau tak lulus ..jgn kasi pencen pada tahun itu. Kasi pada tahun hadapan jika dia lulus dalam interview lagi dan lagi.
Jika buat begini .. baru ada .. chance bocer buku PM kasi ..tak mampukita jual kepada orang lain. Kita sendiri akan berebut-rebut membeli buku, baca buku untuk kebaikan diri kita sendiri.
See? bagus bukan? .. generasi melayu terbaru kita. Hidup ilmu kerana Allah.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/01/ada-sesuatu-yang-tak-kena-ini.html