Adab III


Update terakhir:

Salam

Kita manusia yang dilahirkan dalam keluarga susah ..mana nak lari dari hutang itu dan berhutang ini.

Berikut adalah adab adab bila berhutang.

Langkah 1:  buat surat. Taip dgn komputer boleh, tulis tangan pun boleh. pandai pandailah.  Sepanjang penulisan bacalah bismillah hi rah ma nir rahim dan Salawat kat Nabi Muhammad s.a.w

Langkah II :  cari saksi yg boleh dipercayai.  Kalau di Malaysia, pemberi hutang melayu, penghutang melayu , saksi pun kalu boleh melayu juga lah. Senang untuk semua pihak.  Sebelum balik .. penghutang ucapkanlah terima kasih kepada kawan kita itu yg telah berbesar hati menolong kita pada hari ini,  bukan?

Bila balik ..maklumkan kpd isteri tersayang./ suami tercinta bahawa kita sudah berhutang untuk membayar duit kereta.  Jangan buat senyap sahaja. Orang berniaga banyak berhutang. Oleh itu .. buat lah surat surat , tanda tangani dan  ada saksi. Bila mati senang sedikit proses menuntut hutang itu dan ini dgn waris waris terdekat.  Gunakanlah kad pengenalan dan mati setem di Wisma Persekutuan.

Langkah III: doakan semua pihak panjang umur dan murah rezeki dari sekarang hingga bila bilalah sehingga hutang dapat dilunaskan.

Hari bertukar hari. Minggu bertukar minggu.  Bulan bertukar bulan.  Tiba tiba mati si penghutang kerana banyak sebab.  Silap makan ubat kuat terlampau banyak sangat kot.  Matilah dia.

Bolehlah pemberi hutang tadi datang ke rumah waris si mati dan story story sedikit .. insyallah selamat.

Jika penghutang itu Benggali .. payahlah sedikit jika waris waris itu semuanya tinggal di Dakka , Bangladesh sana.

Tak boleh salahkan saya .   proses berhutang dan kasi hutang ini eloklah dalam kalangan warga negara atau negeri  sendiri.  Senang nak story bila jadi kematian itu dan ini.

Langkah IV:  katakan kita tak mati bila buat bayaran terakhir.

Kalau berhutang RM10,000 dalam 3 bulan .. eloknya after bayar RM10,000 itu ..kita hadiahkan sedikit ‘gula’ kepada pemberi hutang tadi (ikram muslimin), katakan RM100, 200 .. tanda penghargaan terima kasih kita kpd si pemberi hutang tersebut yg sudi menolong kita di kala kita susah. Ucapkan sesuatu yg sedap telinga mendengar.  “terima kasih banyok dehhhhhhhhhh”.  Serahkan semua surat itu dan ini ..   kira kira dah settle semua hutang alright bukan?  Tanam dalam  hati ..jgn berhutang lagi dgn sesiapa. Imam Ghazali r.t   ada berpesan “,,  bila berhutang ..kita jalan tak sedap sangat ..pertama, dipandang hina oleh org sekeliling kita;  tidur pun tak sedap jugak ..  akhir sekali nak bercakap atas pentas besar besar pun tak seronok sangat.”  Why? si  muka berhutang.

Kalau manusia boleh amalkan adab se begini ..insyallah satu dunia boleh terus hidup aman dan damai.

Jangan jadi orang itu sudahlah ..  orang kasi derma RM3 bilion ..  dia pulangkan balik RM2.8 bilion. Cukuplah baik punya Story of the century. Out of this world!

Sekian.

Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/02/adab-iii.html