Adab ziarah orang sakit


Update terakhir:

Salam

Hari ni ..insyallah nak melawat sahabat karib yg sedang sakit.

Mengikut sejarah ..lama dah dia sakit ni.  Rasa rasa dah 4 tahun (jika tak silap).

Sekarang ramai geng Johor nak ziarah ziarah beliau.

Disebabkan saya berstatus ‘pesara’ elok juga saya ikut mengiringi kumpulan tersebut.

Adab ziarah:
1.  Sunnah Nabi Muhammad sa.w.
Oleh itu, bawalah sedikit buah tangan.  Contoh ..pisang , rambutan, betik, professor cendol dan macam macam yang ada dijual di tepi jalan dari pekan Pasir Puteh ke Kota Bharu.

2.  Beri salam.
3.  Bertanya khabar .. sekejap sudah lah ..jangan melebihi doctor pakar pulak.  Rasa tak perlu check tubuh badan dia dengan rapi pun.

  1. Berilah kata kata semangat .. insyallah tuan .. Allah akan sembuhkan tuan ..memandangkan tuan sudah banyak berjasa dan memberi sedekah dah kepada rakyat dan pelajar di Johor dulu.

5.  Cakap dengan cermat.  Jika dia sokong BN ..jangan lawan dia dengan PAS atau PKR.  Ikut angina dia sudahlah.  Jangan kasi dia semput dan bertambah sakit jantung atau pundi kencing dia.

Kalau dia sokong TRW , sokonglah TRW itu habbis habisan ..  biar dia tersenyum sama melihat team bola dia sedang melonjak naik prestasi permainan.

He..he..he..

  1. Jika isterinya buat air ..hidang air dan biskut tawar ..  habiskan minuman dan kueh mueh itu.  Jangan komen apa apa ..contoh ..haik ..biskut dah masuk angina dah niiii.

  2. Rasa rasa 20 - 30 minit sudah cuukup menziarahi orang sakit ini.  Tak perlu lama .. kerana masa berbaki jom kita melawat AEON Lembah Sireh dan makan makan di sana.  Ok tak?

Kasi dia chance berehat dan terus berehat dengan anak anak isteri tercinta.

8.  Di sini, ada pelawat beri sedeqah duit RM50, RM100 kepada pesakit.  Buah keras sedikit ni ..  sekadar membeli gula, biskut, buah-buahan untuk sanak saudara yg berkunjung selepas kami ini.
Kalau RM1 tak payah lah..  kot.  Maaf.  Air mineral pun RM1.20 sekarang.
Aku? Serba salahlah nak kasi atau tidak.  Tengoklah nanti.

Sekian.

Harap ada menafaat penulisanku  ini.

In sya Allah.

Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/07/adab-ziarah-orang-sakit.html