after a bad deed, do something good


Update terakhir:

Salam

Sebagai manusia biasa, kita tak leh lari dari membuat kesilapan ..itu dan ini.

Mungkin dosa kecil dan ada dosa besar.

Dosa kecil terlampau banyak seperti:

a) mencuri tulang - malas nak buat lebih lebih untuk sang anak dan suami contohnya

b)  mengambil cangkul orang tanpa meminta izin; guna kereta orang ..bila hantar dah habis minyak keretanya ..  tentu ada org sakit hati.

c)  bayar hutang sewa rumah lewat sedikit .. janji jam 1200 tengah hari nak bankin .. tetapi jam 200 ptg baru bereshhhh ..  payah cari car parking .. alasan lah itu.

d) dan macam-macam lagi.

Dosa besar seperti :

a) menipu rakyat terang-terangan

b) janji berbelit belit macam ular (hipokrit)

c)  kebas duit orang secara terang-terangan

d) buang /potong rezeki orang bilamana ..jawatan askarnya ditamatkan ..hanya kerana dia bercakap benar dan telus tentang kemungkaran - tipu daya dan mcm mcm


Menyedari hakikat di atas, sebagai manusia biasa ..

kita boleh buat koreksi ..insya allah.. (selagi mu masih hidup lah)

jika terbuat dosa kecil ..mohon maaf secara profesional ..seperti .Milah ..maafkan aku ..masuk duit kau lewat sikit tadi ..dan nah ..aku kasi kau lebih sikit tu ..rm20 ..belanja lunch please?

jika buat dosa kecil .. tak memberi jawapan matematik secara tepat dan betul ..  ucapkan maaf students ..cikgu wat silap semalam ..rujuk soalan 2b) semalam ..  yang betul betul punya begini yer… tengok!

jika buat dosa besar ..seperti .. berzina dengan bini orang ..

entahlah ..nak buat macam mana hah?  negara ni ..tak ada hudud lagi tau?

kalau hudud ..dia akan direjam sampai mati ..

kalau bukan hudud ..  mungkin anda dilepaskan ..(tak cukup bukti) ..rujuk cerita norita dalam papers BH, UM, STAR

tetapi Allah Maha Pengampun ..selagi tak bersyirik kpd NYA .. anda masih lagi selamat ..

mohon ampun dan taubatlah secara taubat nasuha .. janji betul-betul tak mahu buat lagiiiiiiiiiiiiiiiii  ya Robbb..

ampun dosa aku ini ..(yg elok kena berguling guling depan Kaabah ..mohon maaf bnyk bnyk .. tak apa ..org kata mu gila pun tak apa ..  yg penting bila kita mati ..Allah ampunkan dosa kita ..sudahlah..

Something good to rectify what you had done bloody wrong /sins?

  1. bina masjid ..all air-cond

  2. bina jambatan .. dari Ketereh ke Kota Bharu ..  buat 6 lane ..baru sedap balik rayor ..  rakyat KBharu semua semua..

  3. bina library setinggi library UTHM . 7 tingkat ..depannya penuh kawasan kelapa sawit .. sejauh mata memandang ..hijau warnanya ..sejuk mata memandang ..ingat HIJAU tu?

  4.  ambik janda orang ..  kahwininya ..sebab?  dia ada anak yg ramai ..  dgn niat anak anak tiri mu hafiz, hafizah, dai, duat , mufti ..  bagus jugak kan?

Begitulah seada-adanya.

Jika kita buat silap jik ..  mohon maaf kat rakyat jelatolahhhh ..  ingat tu ..selagi hayat di kandung badan.

Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/09/after-bad-deed-do-something-good.html