Air (water)


Update terakhir:

Salam.

Ada berapa jenis air.
Pertama, air minum. Tak kira warna kulit dan agama, kita meminum air. Ikhsan Allah, dia benarkan semua makhluknya sama ada mereka melibatkan diri dgn ketaatan kpdnya atau menderhakai perintahnya sepanjanng masa … semua dibenarkan minum air tersebut.
Allahu akbar. Allah maha berkuasa.

Air kedua, air yg digunakan untuk menanam padi dan tanam-tanaman yg tumbuh melata di atas muka bumi ini.  Cara pengunaan air ini ..subhanallah ..mengikut akar yg ada pada satu satu tumbuhan tersebut. Dengan kuasa yg ada pada tuhan, padi membesar dan masak kuning untuk faedah manusia sejagat. Tanaman lain seperti mangga dan rambutan ..contohnya mengambil air dari bumi secara tersendiri..dan bila cukup masa..pohon rambutan menggeluarkan ribuan buah rambutan untuk faedah manusia dan binatang yg lain.

Walaupun air itu penting, kadang kadang bila akar sesuatu pohon itu ditenggelami air untuk sekian lamanya..pohon betik akan tiba tiba mati.
Oh hebat sungguh kekuasaan tuhan ini. Walaupun manusia tahu air adalah penting untuk tumbuhan, Allah juga bertanya kpd manusia…kau tumbuhkan tanaman atau  pun aku? Rujuk Surah Al Mulk ayat 30.

Air ketiga ialah peluh badan manusia. Air ini dtg dari dalam tubuh manusia melalui kulit kita. Dgn cara peluh, tubuh manusia mengekalkan tahap suhu badan seseorang individu yg mana ini  membawa kesihatan pd manusia. Oh hebat sungguh biologi yg tuhan tunjukkan kpd manusia.

Air ada warna. .nescafe dan kopi, warna air nya hitam dan mempunyai kafein. Jika di minum kopi dan nescafe, yg keluar nanti bukan berwarna hitam pula. Bahkan warna air kencing manusia adalah berbentuk kuning kepucatan pula.

Negro minum kopi, kencingnya bukan hitam. Melayu minum kopi, kencingnya pun tidak hitam. Bangladesh man  minum kopi, kencingnya pun bukan juga berwarna hitam. Mengapa?
Allah bersifat adil dlm segenap ciptaannya. Hasil tangannya cukup istemewa.
Air jenis keempat ialah air mani. Di dalam air begini, terdapat bnyk rahsia kehidupan manusia. Ada air mani mengeluarkan manusia berambut kerinting, bibirnya tebal dan kaki manusia yg kuat berlari seperti Serena Williams di pentas tenis dunia. Untuk kejadian manusia, hanya setitik air mani sudah memadai.
Dari campuran air mani  bapa dan telur ibu ..terjadilah anak yg cacat anggota. Ini dengan izin Allah. Dari air mani ini juga tuhan boleh hasilkan org cacat tetapi otak paling geliga seperti Profesor Hawkings dari Oxford University.
Kalau difikirkan berkenaan dgn air sahaja..sepatutnya kita akur (tunduk) perintah tuhan sepanjang masa. Tidak sanggup kita menderhakai perintah dan suruhan nya.
Ada garam rasanya masin. Tetapi di Afrika Selatan terdapat satu tempat  dua jenis air laut bila bertemu …rasa air laut di sebelah kiri adalah tawar sedangkan rasa air laut di sebelah kanan rasanya masin. Bila ini berlaku, sudah tentu ada garisan pemisahnya. Di manakah itu?   Rujuk Surah Ar Rahman ayat ke 19, 20.  Bolehkah manusia menciptakan sempadan sebegini sejak beribu ribu tahun yg lalu.  Dulu air masin dan air bukan masin tidak bercampur. Sekarang pun ..  status kualiti campuran tetap sama.  Siapakah yang menjaga perkara sehebat ini?

Subhanallah. Maha Suci dan Allahu Akhbar - hebat ciptaan mu ya allah.

bukan setakat pemisah antara dua lautan , tuhan tunjukkan kpd manusia juga konsep kesempadanan yg tidak ada tolok bandingnya untuk tatapan dan cabaran manusia.  Di dlm perut kambing dan lembu pun tuhan mengajar manusia mengenai garisan pemisah ini.  Tidak ada manusia lagi yang dapat menentukan titik kekelebekan garis pemisah ini. Adakah pada urat tertentu?

Apakah itu?
tengok sahajalah …satu sempadan antara susu , darah dengan najis kambing dan lembu.
di manakah ..garisan pemisah itu? Sekejap keluarnya susu. Sekejap keluarnya darah dan sekejap lagi ..keluarlah najis. Subhanallah.
Akhirnya ialah air zam zam di Mekah. Apakah itu air zam zam ini?  Air zam-zam banyak bomoh bomoh menggunakan untuk maksud mengubati orang berpenyakit seperti lemah semangat, malas dan gila.  Mengapakah bomoh tidak menggunakan air sirap untuk menggubati pesakit pesakit tersebut?  Sudah tentu ada kehebatan dengan air zam zam ini ( usaha Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail dan pengurbanan Siti Hajar di padang pasir )  ..  ada sejarah di sebalik terpancutnya air zam zam ini untuk kegunaan manusia dari dulu hingga ke hari ini.

Benda benda begini ..sepatutnya mendidik kita mengenai kewujudan Allah yg Maha AGUNG. Tuhan maha Pencipta dan tuhan inilah yg akan mengadili semua perbuatan kita di pentas dunia yg sementara.

Al Fatihah.
Sekian.
wasallam

Rujukan:  Al Quraan - The Miracles

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/12/air.html