Ajak mengajak kepada benda yang baik
Salam
Semua manusia diberi nikmat hidup oleh Allah Taala dalam satu tempoh masa terhad dipanggil ‘tempoh umur’. Orang berkulit putih diberi umur berhad tertentu dan begitu juga lah orang berkulit hitam. Orang berbangsa melayu pun sama juga. Kita diberi nikmat yang tersangat-sangat terhad yang mana tidak siapa yang tahu bila penghujung umur kita masing-masing. Anak-anak bangsawan (kerabat raja) pun sama juga kerana pembolehubah umur ini Allah yang kurniakan dan tentukan.
2) Beruntung besarlah orang yang memahami konsep kesementaraan ini. Dan malang sungguhlah orang yang tidak memahaminya. ‘SEMENTARA’ hidup kita buatlah sesuatu yang berbentuk sementara. Contoh kesementaraan hidup ialah: seorang pegawai kerajaan diberi tempoh perkhidmatan dari umur 25 hingga 60 tahun di Malaysia. Oleh yang demikian, sipenjawat awam ini akan bertugas, berkhidmat untuk rakyat Malaysia selama 35 tahun. Tidak lebih dari itu. Ramai pegawai yang dapat menikmati tempoh perkhidmatan yang panjang itu dan ada juga sesetengah penjawat awam yang tidak berjaya menikmati tempoh maksima perkhidmatannya seperti kematian, kesakitan yang berpanjangan dan diberhentikan kerana kesalahan rasuah, membunuh, belot dan bermacam-macam lagi ketidakpatuhan arahan dari pihak atasan.
3) Sesi ini saya ingin menulis mengenai proses ajak mengajak saya sendri dan pembaca kepada amalan yang mulia seperti seorang guru/pensyarah yang mana senjata ampuh kita ialah otak, akal, mulut, lidah, jari jemari dan mata pena. Punjangga arab Ibnu Khaldun rah. a. pernah menulis ‘pena adalah lebih tajam dari mata pedang Salahuddin Al Ayubi’ r.a.. Mengapa yar?
Sebagai guru kita bercakap benda yang baik dan mengikut sukatan dari KPM, KPTM dan kerajaan Malaysia. Contoh percakapan guru ialah:
‘Ok pelajar .. topik kita pada hari ini ialah KINEMATIK .. istilah yang cikgu hendak pekenalkan kepada kalian ialah velocity dan pecutan (acceleration)’.
Minit 5 - 55 - seorang guru akan mengajar subjek matematik dengan topik kalkulus dan sub topik kinematik hinggalah minit ke 55 di mana beliau akan berhenti dan memulakan aktiviti untuk keluar dari bilik darjah. Cukup skema kehidupan guru ini bukan?
Begitu jugalah manusia.
Kita harus menjalani kehidupan (umur) kita mengikut skema Allah Taala sebagaimana ditunjukkan oleh jurutera terkenal Nabi Muhammad s.a.w.
Banyak kesah dalam Al-Quraan menceritakan pasal orang-orang skema yang mana balasannya ialah syurga fidaus yang mana terdapat 7 batang anak sungai mengalir di bawah istana syurganya masing-masing.
Begitu juga azab yang menanti bagi mereka yang tidak menjalani kehidupan berbentuk skema sebagaimana dikehendaki oleh PENCIPTA MAHA AGUNG bernama Allah Subhanawataala. Kisahnya .. azab dalam neraka yang menanti kita. Dimana makanan dan minuman adalah dari air panas dan mendidih-didih bentuknya. Semakin minum semakin hancur urat perut dan lidah kita.
Dalam Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. banyak mengesahkan oraang-orang bersifat untung dan ada yang bersifat malang semalangnya. Kasihan.
Agh .. tak lama sangat kita nak berlakon ini tuan hamba. Sekadar 35 , 45, 55, 95 , 150 tahun sahaja. Slepas itu kita akan tahu ..untung nasib kita masing-masing. Kita dapat semi-result (carry mark assessment hidup masing-masing) akhirat sejurus kita ditempatkan ke dalam perut bumi atau kubur di mana para-para malaikat akan menayangkan secara life ( seperti kita lihat Facebook orang America, Australia, England .. walaupun kita tak pernah sampai ke sana ..kita tahu kawan kawan kita di sana cukup seronok berhari raya, study PhD, masters dalam negara yang ada salji, polar bear, makan ketupat buatan sendiri .. so dalam kubur ..kita akan dipertontonkan seperti ala-facebook tempat kita bergelar syurga atau neraka .. ada gambar best dan ada gambar yg cukup ngeri seperti sebatang besi panas dijolokkkan melalui lubang kemaluan (in out in out berturutan tanpa henti) kita bagi mereka yang dah berkhawin tetapi mencari habuan dari lorong-lorong maksiat. Nah rasakanlah.
Oleh itu saya mengajak diri saya terlebih dahulu .. jom kita ubah haluan hidup SEMENTARA ini dari alam maksiat kpd alam yang mana Allah redha kepada kita. Cara? kita ajak diri sendiri dan anak-anak bini kita dan saudara saudara kita .. ke arah amalan hidup yang baik, aman damai dan penuh sentosa. Sesungguhnya kebahagaian itu hanya datang dari ketaatan kita kepada semua suruhan tuhan PENCIPTA sekalian alam rabbul alamin mengikut sunnah nabi Muhammad s.a.w.
Sekian. Wallahu aklam. GOD KNOWS BEST.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/08/ajak-mengajak-kepada-benda-yang-baik.html