Aktiviti dalam bulan puasa


Update terakhir:

Salam

Mengikut kitab tebal tebal yang saya beli dari Jaafar Rawas Kota Bharu ..  ada menceritakan ..penting kita isikan masa bulan ramdhan ini dengan aktiviti/ amalan seperti:

(i)  mengaji Al Quraan
(ii) sembahyang sunat  Isra', Dhuha dan beribu ribu rakaat sembahyang sunat yg lain
(iii)  berzikir subhanallah, alhamdulilah dan Allah hu akbar.


Sudah 4 hari puasa berlalu.  Saya buat jugak …semua yg tersenarai di atas itu tetapi tenaga saya banyak   digunakan untuk mencuba menulis buku Dewan Bahasa Pustaka.  Satu cubaan tetapi kena buat betul-betul .. tarikh tutup 19 JULAI ini.

Hendak tak hendak ..banyak juga tenaga saya ..  saya gunakan untuk membaca, memikir, menulis itu dan ini.  Tujuan ialah menyebar ilmu dan jika ada rezeki ada duit sedikitlah.  Tolong doakan .. yer.

  1.  Ramai kawan kawan saya yang turun dari Masjid Langgar, Telipot dan Kampung Sireh Kota Bharu ..mengetawakan saya bila saya beritahu .. saya sedang menulis buku.

Dia kata .. tuhan tak terima ibadat menulis buku jika kita buat dengan niat nak benda lain selain dari Li llah hi taala.  (Hanya semata mata untuk Allah Taala).  Ikhlas dalam niat.

Saya tak jawab apa apa.  Itu perangai saya sejak dahulu kerana saya tahu …ramai kawan kawan saya ini beribadat kerana Allah Taala semata mata.

Disebab sikap begitu, barangkali,   kalau kita sempat berkunjung ke perpustakaan-perpustakaan  di negara ini..kita dapati 2 perkara besar

(i)  banyak buku ilmiah ditulis oleh orang barat - Eropah, USA, Australia

(ii)  kalau ada buku orang kita  pun .. ada yang tergolong dalam seksyen ..terjemahan dari kitab arab zaman dahulu kala .. hinggalah ke hari ini.  Dalam buku terjemahan ini , mana ada kita jumpa perkara perkara yang melibatkan induction , recurrence , regression, hypothesis  dan lain lain lagi kerana ada setengah buku terjemahan adalah hasil terjemahan dari orang yang bukan pakar dalam bidang buku matematik tersebut.  Contoh matematik abstrak diterjemahkan oleh orang pakar bahasa sahaja.  Ke mana perginya orang ..pakar matematik melayu kito?


Mungkin jawapan adalah … orang pakar matematik kito (di Sek Menengah, MRSM, IPTA) mungkin tergolong sedikit sebanyak dalam golongan orang-orang  melayu kelate yg baru turun dari masjid langgar, telipot dan kampung sireh itu.  Mungkinlah.

  1.  Saya rasa ..  kerja menulis karya yang berat berat seperti ‘Multi Dimensional Man '  atau ‘Another look towards Graph Theory’  tak banyak dicuba / ditulis oleh pakar pakar matematik sains orang melayu kita.

Mengapa?

  •  ada orang kata ..  point untuk naik pangkat Prof Madya/ Professor hanya ‘1’ mata sahaja dari skor 100
    ** ada orang kata .. apa faedahnya menulis ini ?  tak ada guarantee..sambutan buku tersebut
    *** ada orang mencabar .. boleh  kayakah demor?

Saya rasa .. peliklah.

Bagi saya ..a u zu billah hi minash syaitonir rojeem .. kalau orang pandai melayu kita tak tulis ..apa yg mereka faham dari pengalaman selama ini menulis dalam  jurnal berwasit selama 10 - 40 tahun yang lampau …  bila lah kita boleh harapkan perpustakaaan di kuala lumpur penuh dengan karya anak jati melayu MALAYSIA

Buatlah dahulu penulisan buku berat berat ..biar pitih banyak banyak mengalir ke dalam saku dan bank ..dekat dekat nak mati ..bilo wayar macam macam masuk kot dubur, tekak , perut, telinga kita ..kita niatlah .. aku tulis buku itu lillah hi taala.  Tok leh kor gitu, Jaafar Rawas dan rakan rakan?

He..he..

saya rasa .. orang kita .. ada yang bersikap malas.  Bila ada saja sikap malas ini .. payah lah nak jimat duit negara dari dok mengalir laju membeli buku buku orang barat  yg dichopkan ahli annnar.

Sekarang ..banyak buku CINTA ..buku jiwa jiwa ..sesuai dengan zaman ustaz dan uztazah pun dah jadi CELEBRITI   .. budok melayu dalam kampung kita ..apa lagi.

He..he..

Fikirkan lah.

Sekian.  Keno cari ubat ..malas ini.  Sor lagi ..kita ikut agama .. keno ikut akal , otak kita sekali sekala.  Tuhan menaikkan darjat kita jika kita guna banyak otak untuk berfikir.

Sekian.  Jom tulis buku ilmiah sedikit.  Kasihan orang melayu kita ..  asyik baca buku dalam BI tetapi .. tak sefaham mana kot ..dibandingkan jika diberi buku tulisan oleh orang bijak melayu kita .. Boleh?
Walalu hu aklam bis sawabb.  Mohon maaf.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/07/aktiviti-dalam-bulan-puasa.html