alam bagus


Update terakhir:

Salam

Terdapat 10 alam yang bagus.

  1.  Membaca al Quraan sebelum menunaikan fardhu solat di masjid. Bila ini berlaku tuan sudah berkeadaan iktikaf di masjid.
  2.  Mentaati ibu ayah yang telah banyak berjasa. Pandang mereka dgn penuh kasih sayang. Cakap elok elok ..tolong.
  3.  Menghormati jiran tetangga.  Jika memerlukan sesuatu, mintalah izin.  Jika berhutang gula, bayar lebihlah sedikit.  Jaga janji dengan jiran.  Bila ini berlaku, hati jiran sudah tertawan.  Mulakan dengan kirim mengirim bubur kacang ice dan roti.  Cicah  jer.
  4.  Menjalankan muamalat secara baik dan adil.  Amalkan timbang rasa dan sifat ikhsaniah.  Elak bertikam lidah. Cukup dengan tikam menikam di rumah sudahlah.
  5.  Ikut giliran sewaktu  beratur untuk ke tandas awam atau membeli ‘fast food’.  Bila ini wujud, baru orang luar hormat pada kita.  Tak perlu ceramah panjang panjang dengan ayat2  dari padang pasir. Cukup gunakan common sense. Amalkan dan biar budak mudo boleh ikut.
  6.  Melawat saudara yang menganjurkan majlis kenduri perkhawinan, meratip si mati dan sebagainya.  Tanda kasih sayang.  Bila kasih sayang ada, 1  dunia boleh kita tawan.  Jom conquer?
  7.  Bertanya khabar saudara2  yg jauh  di mata.  Kawan kawan lama pun elok hello hello.  Guna stem 60 sen jika perlu.  Pos kad (recycle)  stem 50 sen sahaja.
  8.  Mengucap tahniah kepada sahabat2 yg berjaya. Berjaya perniagaannya. Berjaya mendirikan masjid atau surau barunya. Berjaya keluar dakwah 3 hari setelah berazam 40 tahun yg lampau tetapi tak jadi jadi.  Sekarang baru jadi.  Hadiah dari Allah.
  9.  Jgn kedekut dgn tenaga yang ada. Berilah perkhidmatan sukarela secara ikhlas dan jangan berkira kira. Malaikat catit semua titik titik peluh kita yg masam itu.
  10.  Sanggup meminta maaf dan memberi maaf jika keadaan mengizinkan.  Elak berdendam sesama kita.  Senyum sokmo sokmo.  Jauhi dari meminta minta.  Orang lain tak suka. Jangan menipu. Jangan ambik untung dgn kawan.  Ingat tu online bisnes apatah lagi dgn shifoooo mu.  He..he..he

Sekian.
Setiap  point 1 alam yang tersendiri.  Cubalah.
Rezeki mu luas in sya Allah.

Wallahu aklam.

Rujukan
Kitab Bimbingan Mukminun.
Kitab Radiyatus Sahabah
Kitab Fadhail Amal.
Kitab Fadail Sedekah.
Sisipan .Leaderomic.  Mr Roshan.  Star(M) Saturday.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/02/alam-bagus.html