alternatives
Salam
Best hidup 30 40 tahun yang lalu.
Datuk, nenek, ayah, ibu, anak dan cucu bila berkumpul sekali sekala cukup menyeronokkan.
Datuk cari ayam.
Nenek masak gulai curry ayam.
Anak jika pulang dari jauh ada juga buah buah tangan seperti pisang emas setadan dua, ubi kayu seguni dua dan macam macam.
Cucu cucu pun bila pulang ke kampung mesti tanya
Atuk sihat? Chak nak tido dengan nenek. Boleh atuk?
Best kan ?
He he he.
Sekarang trend adalah seperti berikut.
- Belum atuk datang, ada orang telipon
Atuk sampai jam berapa?
Kalau begitu, beli roti yer?
Jam dah lewat ini. Belum dinner lagi?
Aghhh.. maaf kami bergegas pulang tadi. Tak sempat cari buah buahan untuk abah dan emak.
Cucu cucu sibuk main games dalam smart phone mereka.
Anak anak mahu rehat dan tidur sahaja.
Waktu makan pun ramai ahli keluarga masih bergayut dengan cell phone dan melayan mesej rakan taulan. Senyap sikit waktu makan.
Cucu cucu tak selera masakan kampung nenek.
Mereka biasa dengan fast food. Di kampung mana ada itu kecuali masakan kampung ikan goreng, gulai telur itik masak cili padi, sayur pucuk ubi dengan kuah pecal jer. Sambal belacan wajib ada tetapi anak cucu tak komen apa apa. Pedas kah? Masin kah?
Makan tak bertambah apa apa.
Ramai orang diet itu ini.
Dulu kami makan dalam bising bising. Bertanya macam macam maklumlah bukan senang berjumpa ramai ramai.
Sekarang banyak benda dah tahu.
Watsapp .. send pictures ..lebih awal sudah tahu.
Best ke gini?
Suspense dah hilang.
Seronok bertukar menjadi hambar.
Lepas makan ..masing masing dah ada program.
Datuk tungggu dan lihat.
nenek sibuk nak ikut along, angah selepas makan. Ada chance tudung baru dari supermall di pekan.
begitulah.
kita berhadapan dengan alternatif.
pokok pangkalnya
nak ambik atau tidak?
contoh alternatif.
- Solat ramai ramai waktu subuh, maghrib.
- Datuk seorang diri ke masjid.
- Makan bising bising atau diam jer.
- Fast food atau masakan kampung jer.
- Ajak aatuk jalan sama atau masing masing ada hal lain.
- Belanja datuk nenek atau ..pandai pandailah jaga diri.
- Beli sedikit buah tangan atau balik kampung tangan kosong jer.
- Budget duit untuk nenek waktu pulang semula ke kotaraya atau
kita transfer sahaja duit nanti abah.
ha..ha..ha..
begitulah
kita berhadapan dengan banyak alternatif.
pandai pandailah memujuk diri tok wan dan nenek wor di kampung.
apa leh buat.
Dunia bergerak laju.
masa tak tunggu kita lagi.
kalau sayu dalam hati, ayuh u tube atuk.
bola ada, filem sanggam ada, dikir barat halim balik asal pun ada.
Amacam semua?
Harap kau faham ..
wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/02/alternatives.html