Amalan agama di waktu pagi pagi hari
Salam
Sekadar berkongsi sahaja ini. Insya allah.
Amalan di waktu pagi termasuk menyiapkan tesis PhD
Allah mengurniakan kita semua 24 jam sehari. Orang kulit putih dapat 24 jam , orang kulit hitam pun dapat 24 jam. Orang mata biru dapat 24 jam. Orang mata coklat melayu pun dapat 24 jam. Orang mata sepet cina yang tak suka mandi di waktu pagi pagi hari pun dapat 24 jam sehari. Sungguh adil Allah Taala dalam mengurniakan zat masa 24 jam kepada seluruh makhluknya bernama manusia. Tidak ada pun sifat ketidakadilan dalam pemberian jumlah masa oleh Allah kepada manusia walaupun ada manusia yang sanggup mendurhaka kepada perintahnya setiap masa dari mula-mula mengecapi hidup hinggalah ke saat dia menghembuskan nafas yang terakhir. Asyik mendurhakai Allah sepanjang masa. Bagaimana? Mensyirikkan Allah. Dia merasakan ada benda lain selain dari Allah itu sendiri. Zat itu mungkin kekayaan, mungkin ketokohan, kehebatan bila mendapat tompok kekuasaan dalam pemerintahan Negara dan bermacam macam lagi seperti kecantikan.. zat keagungan selain dari kebesaran Allah yang mentadbir seluruh pelusuk dunia 7 petala langit dan 7 petala bumi.
Di sini ingin saya berkongsikan sedikit amalan amalan hidup ramai para para sahabat nabi di kala pagi.
Apakah itu?· Bersembahyang tahajud, witir di saat saat orang lain bersedap-sedapan dengan tidur diulek mimpi · Membaca Al Quraan dan berzikir· Membuat doa khususiseperti meminta nikmat kesihatan, panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan dalam semua urusan hidup· Memohon agar Allah matikan dia dalam keadaan dia redha kepada Allah dan Allah Taala pun redha dengan dirinya(para para sahabat tersebut) juga
Dengan amalan ini , para para sahabat nabi dapat membuat kerja dakwah islamiah dengan cepat dan berkesan. Bahkan banyak Negara dapat ditawan oleh islam seperti sebahagian besar Negara India, China dan Eropah termasuk utara Afrika seperti Morrocco.
Pada masa ini , kita generasi moden pun dapat membuat amalan amalan hebat begini jika kita mahu. Kenapa susahnya? Tepuk dada tanyalah selera. Jika ada peminat bola sepak mampu bangun dari tidurnya semata mata nak menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di SEpanyol baru baru ini , kita pun sebagai pelajar IPTA IPTS pun boleh bangun juga untuk
· Melakukan ibadat di waktu 1/3 baki malam di mana di saat saat ini , doa mukmin akan diterima bulat bulat oleh Allah Taala· Jika kita menghadapi kesusahan membaca jurnal PhD , susah nak faham maksud jurnal walaupun kita sudah baca 10 kali banyaknya, gunakan masa tahajud ini , mintalah pertolongan Allah. Cuba menangis dengan Allah. Menangis itu biarlah banyak sedikit. Susahnya ngaji PhD ini ..Ya Allah. (ulang 100 kali). Tolong aku Ya Allah. · Jika kita menghadapi kesusahan menulis tesis PhD bagi Bab 4,5 dan 6 , gunakan masa tahajud ini , mintalah pertolongan Allah. Minta Allah kurniakan kepada kita kebolehan menulis secara betul dan efektif. JIka Allah boleh memberi si fulan bin si fulan kejayaan PhD di Amerika Syarikat (orang kafir) mengapa pula Allah tak dapat kurniakan nikmat yang sama kepada kita mukmin dan mukminat. Apa.. adakah diskriminasi dari pihak Allah?
Ramai orang bangun di tengah tengah malam semata-mata untuk kencing dan ‘adjust something’. Ada suami bangun menonton TV dan ada isteri misali bangun (oopss .. kainmu itu ,,baik baik sedikit ) untuk buatkan secawan kopi ‘kaw dan tersangat kaw ’ untuk peminat bola yang setia tersebut bergelar suaminya itu. Mengapa kita tak bangun jam 300 pagi semata-mata untuk beribadat kepada Allah di waktu yang terbaik begini ..kita mohon pertolongan Illahi. Allah Maha Kuasa. Allah Akbar!
Sekian.Wallahu aklam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/11/amalan-agama-di-waktu-pagi-pagi-hari.html