Amalan baik kenapa nak sukat-sukat


Update terakhir:

salam

Hari sudah ptg. Syukurlah saya dah selesai solat asar berjamaah tadi. Tak ramai .. org solat berjamaah ni. Maklumlah ptg ptg begini ramai staf rush pulang nak uruskan anak-anak dan membeli belah untuk berbukak puasa. Pokoknya kita semua bahagia.

Next 10 days .. the trip begins. Pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Saya rasa saya di antara staf yg pulang beraya jauh sikitlah ..kena memandu bukan saya sahaja tetapi membawa anak-anak dan isteri.

Selalunya.. waktu begini katakanlah 5 juta rakyat pulang ke kampung masing-masing. Katakan 0.1% did not return to their office as expected. Ini bermakna ramai yang terkurban di atas jalan-jalan raya kita di malaysia ni. Kenapa ya? Ada orang kata .. dah cukup masa mereka di atas muka bumi ini .. sebab itulah mereka mati. Sedap mereka berhujah ..

Kalau difikir2kan .. kenapa kita semua susah payah sangat nak pulang beraya ke kampung halaman kita masing2. kalau beraya di Kuala Lumpur sahaja tak leh ker? mana ada di dalam kitab mana2lah .. kalau raya mesti pulang ke kampung. Mana ? tunjukkan kepada saya ayatnya.

Saya rasa kalau kita relaks beraya di tempat kita mencari rezki , saya percaya tak penat pak polisan , jpj , macam2 kena wat kerja over time ..jaga2 ..supaya semua pemandu ikut undang2 jalan raya. Apa kata pulang beraya ke Kelantan .. pada hari raya ke 25 syawal. Saya rasa kesesakan jalan raya dah banyak yang terkawal. Bukankah begitu kawan-kawan? He..he..

Untuk makluman, jika sesiapa yang nak pulang beraya ke pantai timur .. rancanglah perjalanan tuan. jangan berlepas pulang semasa org lain berlumba-lumba untuk pulang. Banyak masalah trafik jam kalau begitu. Bagusnya kita start balik kpg sekarang juga. Settle?

dan rancang balik ke tempat kerja masing-masing se awal2 Syawal 2 atau Syawal 3. Lagilah settle perjalanan kita semua. Masalah terbesar berlaku ialah semua nak balik kpg pada Ramadhan 27 dan pulang ke Kuala Lumpur pada Syawal 5. Maka bayangkanlah trafik jam tahun 2008 yang lalu . Adik saya mengambil masa 18 jam dari bandar Kajang ke Kota Bharu. Penat dia…. Dia kata jam trafik dari Kajang lagi hinggalah ke Kuala Krai, Kelantan. Cuba kita fikir-fikirkan. baguskah raya begitu lagunya?

Sebagai penutup cerita ..saya nak ucapkan kalian SElamat Hari Raya Aidi Fitrilah. Maaf Zahir dan Bathin. Pandulah baik-baik. Jika tidak naik sajalah bas bandar Kota Bharu saja semasa beraya sana sini ke rumah sanak saudara yang tercinta. Selesai. Panjang umur kita.

Wasallam
wallahualam. p/s: bila memandu bacalah banyak2 ayat-ayat Al Quraan dan mintalah pertolongan dari Allah jua supaya Allah menjaga diri kita anak beranak kiri, kanan, atas dan bawah dari semua bencana. Ameen.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/08/amalan-baik-kenapa-nak-sukat-sukat.html