Amanah kerja sebagai pensyarah dan penasihat akademik


Update terakhir:

Salam

Saya dilantik sebagai Pensyarah Ds1-5 dan diberi tugas sebagai penasihat akademik untuk 30 - 35 orang pelajar berumur 20 - 23 tahun tahun 1 Program Ijazah IT FSKTM, UTHM.

Jadi hari 2/1/12 ..tahun baru , hari pertama .. saya disiplinkan diri berada di bilik kerja dari pagi ke petang.  Penat jugalah jadi pak pachat ini.  Tunggu is killing tau?

2)  Se orang demi se orang pelajar datang.  Ada yang datang dgn wajah ceria , berbau harum dgn perfume org eropah , jeans ada yg ketat muit , ada pakai kain baju kurung macam filem Risyatimah Rahim Maaruf ..dan ada yg datang macam baru bangun tidur jer.  Kedtangan mereka adalah dgn tujuan mintak saya turunkan tandatangan itu dan ini dalam borang borang mereka masing-masing.  Saya buat apa yg mereka hendak.  Yang penting mereka happy sudahlah ..maklumlah minggu ini adalh minggu peperiksaan finals SEM 1 Tahun 1 Degree IT.

3)  Kadang kadang saya ada bertanya jugak kat mereka ..apa persiapan nak exam ini?  Ada chance tak dapat pointer 3.00 ke atas dalam semua subjek ini?  Jawapan mereka berbagai-bagai ..dgn tahap kemerduaan suara yg macam-macam.

4)  Tak apa lah asalkan kau ..bersedia dgn rapi.  Saya ada berpesan tahun 1 sem 1 ..kau kena score tinggii-tinggii ..  nanti senang dapat 3.00 ke atas dalam semua semester sehingga tamat pengajian pada tahun 2014 nanti. 

Apa yang saya tulis di atas tadi adalah ..  bentuk kerja seorang pensyarah di salam sebuah  IPTA Malaysia. Bukan itu sahaja

5)  saya buat claim turun ke Kelantan pada bulan 12 tahun 2011.. buat tuntutan macam-macam seperti penginapan hotelselama 4 mlm, lodgings, perbatuan, claim makan minum bila keluar dari opis di Johor ke negeri Kelantan Cik Siti Wan Kembang.  Saya tak lupa untuk masukkan markah Penyelia Industri dan Penyelia Fakulti untuk pengetahuan Puan Zehan (Ketua Unit L-I, FSKTM, UTHM) kali ini.

6)  Di samping itu juga, saya cetak 2 artikel permohonan FRGS , ERGS Prof Madya Dr Rozaida Ghazali.  Mesti study cara dia apply ini duit grant ..research . dan harap harap this time berjayalah hendaknya.

Kunjungan pelajar tidak putus putus dari pagi hingga jam 400 ptg ini.  Jam 4 00 ptg saya berjumpa dgn pelajar arab pulak . Student Masters I.T.  macam-macamlah kerja dan tugasan pensyarah seperti saya ini.

Walaupun sesibuk gini, saya cuba tengok berkali - kali jam tangan hadiah Anugerah Khidmat Cemerlang saya perolehi Tahun 2010 yg lalu ..takut takut tidak sempat juga menunaikan solat asar berjamaah di Masjid Besar UTHM ini.  Bila azan berkumandang di udara .. payah nak tolak mudah-mudah panggilan muazin .. marilah bersolat /  marilah menuju kejayaan yang kekal abadi.

Sekian. Kerja ini satu amanah.  Biarlah rezeki ini sesuatu yang halal dan mengikut kehendak Tuhanku Pencipta Sekalian  Alam.
Ameen ya  robbal alameen.
Walllahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/01/amanah-kerja-sebagai-pensyarah-dan.html