amanah pemimpin
Salam
Kita semua adalah pemimpin. Ada pemimpin kecil dan ada juga pemimpin besar. Semua pemimpin akan disoal secara rapi. Jika lulus, syurga. Jika kandas, neraka. Mengikut hukum probabiliti, semakin kecil bilangan org yg kita pimpin, makin cerah peluang kita memasuki syurga dibandingkan org yg berebut rebut menjadi pemimpin.
-
Seseorang pemimpin mesti ada sifat dan akhlak terpuji.
Semasa pemerintahan sayidina omar al khatab, omar senditi meronda kawasan daerahnya agar semua rakyat berkeadaan aman dan damai. Seorang ayah yg bijak, dia pun akan memastikan semua anak anaknya berada di dalam rumah terutama waktu malam kerana di sebalik malam terkandung 1001 bahaya seperti rompakan, pembunuhan dan lain lain lg.
Sayang seribu kali sayang, zaman sekarang perkara seperti ini tidak dipentingkan sangat.
Ayah tak peduli berkaitan dgn ibu dan si ibu pun tak memngambil pusing perkara yg berkaitan dengan perut suami dan anak anak.
Suami yg malang, fokus utamanya hanya sekadar mencari sebanyak mungkin harta wang ringgit tanpa mempedulikan perkara halal dan haram. Bila punca rezeki adalah haram, hati perut anak dan isteri akan mendapat kesannya seperti tidak berhati perut, ganas, kasar dan tidak hairan dlm masyarakat melayu sudah ada kes kes di mana si anak mengapakkan kepala ayah dan ibunya semata mata hajatnya tidak ditunaikan. Ada ayah sanggup memakan anaknya dan si ibu akan menjual anaknya kepada orang lain.
Begitulah sifat pemimpin yg buruk pada skala yg kecil dunia kepimpinan seseorang ayah dalam sebuah rumah di kampung atau pinggir bandar. -
Seorang pemimpin negara yg hebat, bila saja rakyat mendengar si pemimpin tersebut ingin datang melawat dalam keadaan terdekat ..rakyat jelata amnya sudah mula seronok menerima kunjungsn tersebut. Mereka datang sendiri ke tempat perhimpunan tanpa susah payah sedikit pun walaupun keadaan langit tak mengixinkan. Bukan macam lani , seperti memaksa seluruh guru, jururawat, askar dan polis berkumpul untuk menyambutnya … bendera dikibar tetapi hati rakyat entahlah bahass apa yg diucapkan. Sumpah seranah dlm bahasa siam mungkin kot?
RAKyat sanggup berkorban apa sahaja jika pemimpin dengan keluarganya sanggup bersusah payah untuk rakyat jelata.
jika tidak ..bnyak wang negara hangus untuk membeli sokongan rakyat yg palsu dan pura pura.
DUlu kita pernah mendengar, si anak sanggup menunggu sepanjang malam untuk menyuap nasi ke dalam perut ibunya yg sakit. Ibu pun
sanggup berbuat lebih dari itu untuk anak anaknya demi kasih sayang.
Dulu pemimpin bersusah payah menolong rakyat secara langsung. Budi baik ini bila rakyat kenang …mcm mcm pengorbanan yg sanggup rakyat lakukan untuk ngara.
Sayang seribu kali sayang …nilai kepimpinan dan teladan setakat dinyanyikan oleh semua peringkat pemimpin dan rakyat sahaja di banyak lokasi seluruh negara tak kiri di lereng bukit atau puncak alam.
Di sekolah pula tuan guru besar menyanyi dgn warga sekolahnya. Di hoslital besar, pihak doktor menyanyi dengan staf bawahannya …kerana terpaksa.
di pinggir hutan dan gunung ganang, pemuda pemudi dilatih menyanyi lagu lagu patriotik sebagaimana pemimpin mahukan. Tetapi semua ini tidak bertahan lama. Sekadar menghabiskan gula, susu, milo cergas dan bendera kertas sahaja. Jumlah minyak untuk bas bas sekolah, politeknik dan universiti …cukuplah bnyk digunakan semata mata untuk menyemai sifat kasih sayang ala pemimpin alaf ini. Sekadar wayang wayang untuk TV station dalam negara dan B.B.C news jer.
Semua kos perbelanjaan ini dpt diselamatkan jika anak bini pemimpin pertama sanggup mempamirkan satu sifat hidup yg simple, jimat, kemas dan bijak.
jika diamalkan kehidupan yg ringkas, sudah tentu bnyk wang negara boleh diselamatkan. Pakaian pemimpin dan anak anaknya akan dijadikan bahan panduan, contoh teladan untuk orang ramai. Baru sedap rakyat mendengar khutbah berkenaan kehidupan ala sederhana rasulullah. Jika tidak, jom kita jilat ais krim kelubi, cermai sudahlah dlm cuaca yg panas begini wahai memanda.
Bila cakap tak serupa bikin, rakyat pun sentiasa mencurigai niat baik seorang pemimpin.
Begitulah jadinya terhadap negara ini yg mengalami hutang negara mencicah 700 bilion ringgit setakat ini.
Kasihan. Kasihan. Chak. Chak. Mulut berbunyi. Lama lama semakin kuat bunyi ..chak chak mulut rakyat kita ini menandakan mereka bersimpati sgt sgt nasib negara sepeninggalan arwah Tun Razak, Tun Mahathir, Abdullah Badawi dan ..
Sekian. Part 1. Sarapan sekejap. Insya allah bersambung nanti.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/amanah-pemimpin.html