Ambik mudah jah


Update terakhir:

Salam

Rakyat Malaysia kebanyakannya mengambil mudah banyak perkara.

  1.  sistem sekolah di Malaysia.  Ada sekolah, politeknik dan universiti

  2.  tabung pendidikan PTPTN

  3.  sistem kepolisan dan ketenteraan

  4. sistem kesihatan

  5.  dan banyak lagi.

Jika kita pergi ke luar negara seperti negara negara Medirranean atau negara arab , baru kita tahu ..keadaan kita jauh lebih baik dalam semua keadaan.

Dalam rumah tangga pun kita ambik mudah

  1. ada ayah
  2. ada ibu
  3. ada harta
  4.  ada macam macam

tetapi kita semua banyak yg ambik mudah( take things for granted).

Contoh bila pulang dari universiti (cuti) kita fikir ayah dah ada kat stesyen dah
, bila pulang ke rumah ..makanan dah ada tersedia di atas meja.

Bila tak ada ayah ..tiba tiba ..baru tahu siapa ayah dan peranan yg telah dimainkan secara senyap selama ini.
Bila kereta rosak .baru tahu ayah itu penting untuk membantu kita ..baiki kereta dan bayar kos repair.

Orang ambik  mudah ini ..  susah hidupnya satu hari nanti.

Contoh anak orang kaya.  Jika selalu makan daging lembu .. sejak kecil

nanti ..kita tak tahu lagi nasib hidup kita ini ..partner kita boleh kah ..menyediakan daging lembu itu setiap hari.

Didikan yg terbaik ialah ..biar anak rasa sekali sekala ..hidup ini susah jugak yer?

Makanan ..biar kita sediakan all sayur jer ..paling murah punya.

Ikan kembong paling murah jer.

Baru lah kita introduce ..daging kambing, lembu dan kerbau secara berperingkat peringkat.

Isteri yang tak kerja sejak muda pun ..kita kena sedar sgtsgt … tahu jugak susah payah si ayah/abah/ walid/ papa/ suami

  1. jangan ambik mudah semua benda ayah mu akan bayar
  2. jangan ambik mudah itu ini ..ayahmu yg perlu ambik tahu sgt sgt
  3. jangan ambik mudah …kerana musim panas tak tahu bila ,.bertukar menjadi musim tengkujuh hujan ribut melanda
  4.  jangan ambik mudah ..pakai cantik cantik .. nanti bila ayah ‘main’ dgn orang lain .. baru tahu ..  ayah itu manusia biasa jer ,,bukan malaikat direct dari syurga
  5. cakap elok elok dgn ayahmu ..  jgn kasi dia marah ..bila marah ..payah lah diri mu itu
  6. gosok gigi 3 kali sehari ..berbedak sikit sikit ..  gigi ‘0’ ..  hishhhh ..teruknya dia ini
  7. hargai partner itu 24/7 .. itu jer yg ada,     tahu?
  8. sura rumah (lelaki) .. jaga bau mulut mu.  Jika kuat merokok , gi basuh mulut itu sebelum menyambut isteri yg baru pulang dari ibu kota. Mulut, badan dan jari jemari  mu itu busuk tau? dan satu lagi ..jgn demand lebih lebih ..isteri baru pulang kerja tu ..penat dia tau?

Insya allah bila kita hargai susah payah mak bapak, tok laki  ..baru lah kita akan jadi orang yg baik dunia dan akhirat. Bagaimana?  bertanya khabarlah ibu ayah kita itu;  ucapkan terima kasih setiap pemberiannya kerana susah jugak ..menjual di pasar itu setiap hari ..ada masa barang semua laku dan ada masa ..tidak ada apa apa yg laku. Penat ayah di pasar ..  mencari sesuap nasi untuk kalian semua.

Sekian.

Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/03/ambik-mudah-jah.html