Anak berjasa kepada ibu ayah
Salam
Semua makhluk terutama manusia bermula dengan pertemuan ibu dan ayah mereka masing-masing. DEngan izin Allah .. mereka dikurniakan cahaya mata @anak sebagai perhiasan hidup di dunia.
- Sepanjang kalian masih di peringkat bayi . .. lepas itu belajar merangkak, berjalan, belajar A, B dan C , ..sampai kepada satu peringkat umur ..anda bergelar dewasa .. semua itu adalah dengan bantuan ibu ayah kita juga secara langsung ataupun tidak.
OLeh itu jom/ meh kita lihat bil pebelanjaan kita membesar yang telah ditanggung oleh ibu ayah tercinta kita:
2.1 kos beli makanan RM250,000 termasuk milupa, nestle, kurma, kismis manis madu
2.2 kos beli alat alat sekolah RM300,000 termasuk ibu ayah pergi sendiri fotostat kerjarumah si anak
2.3 kos kereta , motosikal hantar ke sekolah, politeknik, Universiti , majlis khawin RM400,000
2.4 kos tarik beg sekolah tuan dari rumah turun ke sekolah dan time bila pulang dari sekolah RM100,000
2.5 kos cinta dan sayang pada anaknya sepanjang masa RM500,000
Jumlah Kos: RM1.55 juta
Tengok betapa banyaknya .. kos yg telah dipikul oleh ibu ayah kita tanpa kita sedari.
Itu baru se orang anak. Kalau kita ada 6 orang adik beradik.. kos kesemuanya ialah : RM9.3 juta
WOW!
Begitu hebat ..pengurbanan seorang ayah dan ibu. Tak termasuk kos mengandungkan kau .. lagi itu.
- Penutup
Oleh itu .. apa salahnya ..sekali sekala kita kenangkan jasa mereka dari dekat atau jauh jauh.
Tanpa mereka sudah tentu kita tak akan hidup sesedap begini. Percaya tak?
Contoh paling klasik: Dulu kita masuk meminang … anak dara orang .. semua urusan pinang meminang berjalan dgn lancar kerana adanya .. wajah ibu dan ayah kita di samping kita pada waktu itu. Jika mereka boycott niat kau .. sudah tentu girlfriend kau telah disambar orang ….
he..
he..
betul tak?
Oleh itu bagus sangatlah .. time time hujung hujung bulan ini ..hulur-hulurkan sedikit bantuan kpd ibu ayah tuan yg semakin tua itu. Tak banyak pun ..tak apa. Guna formula ini:
if pendapatan anda < RM1000 = hulurkan RM50
if pendapatan anda < RM 2000 = hulurkan RM100
if pendapatan anda < RM5000 = hulurkan RM200
if pendapatan anda >RM5001 = hulurkan RM300 sebulan tau? he..he.. banyak ke? (300/5000)*100 peratus = 1 / 16 bahagian = 6 peratus dari pendapatan.
Duit itu ..bukan mak ayah engkau nak beli kapal terbang/ kapal selam pun sekadar ..sekadar belanja rakan-rakannya di kedai kopi sekitar bandar kota bharu, kelantan jer selepas mendengar TGNA memberi ceramah mingguan di Kelab Pas. Lagi pun .. kalau engkau balik kampung dan duit dah kering . boleh mintak balik ..aduhaiiii anak anak kita sekalian. Insya allah anak akan berjumpa itu bahagia. Ameen.
TQ.
Wallahu aklam. May God bless you my children. Ameen. FYI, all parents sleep with your faces in their dream.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/03/anak-berjasa-kepada-ibu-ayah.html