Antara hidup dan mati


Update terakhir:

Salam

Syukurlah kita dihidupkan semula dari satu tidur semalam.

Dengan izin Allah kita dapat memulakan kehidupan satu hari lagi.  Insyallah.  Sebelum kita melarat melakukan berbagai bagai aktiviti harian ..jom kita baca doa bangun tidur.  Ingat tak?  Alham du lilah . hil lazi ah ya na bak dama ..a ma tana ..wa ilihin nushur.
Banyak perbezaan antara orang hidup dengan orang mati (Zakaria, 1960).Orang mati pada hari ini akan meninggalkan semua harta-benda, anak pinak, pangkat dan darjat.  Jika dia baru khawin semalam ..isterinya yang baru dikahwini pun ..dia akan ucapkan GOOD BYE adinda.  Sedangkan orang hidup seperti  pembaca budimanlah  mampu melakukan berbagai bagai jenis aktiviti dari sekecil-kecilnya hinggalah ke aktiviti paling besar dan penting.  Kita boleh kejar Air Asia ke Bnadung, Indonesia kerana tuhan menganugerahkan kita nikmat satu hari kehidupan.  Oleh yang demikian kita kenalah mengucapkan syukur setinggi-tingginya kepada Allah yang memberikan kita peluang hidup di atas muka bumi ini dengan berbagai bagai jenis nikmat.  Siapa Allah ini?  Dia lah yang menciptakan kita dari tanah dan bila kita mati dimakan ulat … kita bertukar menjadi tanah kembali.  Sebagai pencipta (akitek, jurutera) dia tahu tahap kekuatan dan skop , dan kelemahan kita.  Semua ada dalam al Quraan.  Bacalah dan rujuk kepada terjemahannya.
Bagaimana tanda kita telah bersyukur?Senang sahaja.  Ikut formula yang Nabi Muhammad s.a.w. anjurkan :  ikut semua arahan Allah dan jauhi dari larangannya semua sekali  dan ikutilah cara hidup Baginda besar kita Nabi Muhammad s.a.w.Apakah arahan Allah :  amanah, jujur, akhlak dan bersopan santun sesama manusia tak kira melayu jawa, melayu kelate, melayu Kampar, melayu kemboja, cina yunnan  dan india.  Bermuamalatlah kamu dalam perniagaan secara jujur / kerja buat di opis, organisasi, sekolah, politeknik, university dengan bijaksana dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya.  Allah tahu apa yang kita buat di waktu siang atau pun malam hari.  Hormatilah ibu ayah anda sepanjang masa terutama jika mereka sudah lemah kerana tua.  Jangan kata ‘ushh ..dan aghhh.. ‘. Leh?
Jauhi dari maksiat seperti zina (hubungan seks tanpa nikah ikut ajaran islam) , tipu daya, zalim, khianat, tenung nasib, minum arak, rasuah, menjual IC Malaysia kepada rakyat asing kerana PRU 1 ~ 14 , syirik kepada Allah, riba dan mengumpat jiran tetangga dan sahabat handai sekalian.
Mengikut kitab dari pencipta kita yang Maha Agung ..Kesan dari ketaatan kepada Allah adalahbanyak. 
  Ada lima(5)  di sini (Ghazali, 1980).*Kita tidur lena**Kepala tidak pening, berserabut dan gila.**Makan minum berselera.  Tenaga tip top punya.  Perut kempis tanda sihat.  He..he..Kualiti kita senyum manis, semakin manis dan teramat manis dengan teman hidup , anak beranak kita dan teman di mana mana jua .  Stay happy and don’t worry.
Kesan dari melanggar perintah tuhan (maksiat). The greatest maksiat  ialah tidak bersembahyang (SOLAT 5 waktu se tiap hari)Ada 5 juga.
 Tuhan tak kasi kita tidur lena lagi.  Bila tak lena tidur berhari hari lamanya , datanglah penyakit seperti kepala pening, blur, darah tinggi, kencing manis dan jantung.  Bil kesihatan pun semakin bertambah maklumlah bukan setakat ‘penadol’ je kita kena telan.  Tenaga bathin pun semakin lemah , lemah.. dan satu hari nanti ..ooopss  dah jatuh pun dia.

  • Tak lalu makan (hilang selera) kerana takut kat orang, takut kat polis PDRM, takut kat ATM, takut kat kerajaan ..  macam macam.  Bila tak makan, tidak ada gula dalam darah ..maka kita tidak ada lagi tenaga nak buat pekerjaan, susah nak study final semester examination payah nak ingat formula itu dan ini. Otak kita memerlukan sugar/gula nak pikir penyelesaian matematik, statistik, programming, engineering, bio sciences dan macam macam.  Programming computer tak jalan-jalan. Sebagai pegawai KPM prestasi kerja  SKT menurun .. dan mungkin dibuang kerja satu hari nanti.  Cepat cepat bertaubat wahai teman.  Taubat nasuha dan .. berjanji tak mahu buat maksiat lagi.  Sembahyang berjamah di masjid, surau dan balasoh.
  • Kurang senyum kat boss. Markah prestasi kurang dan semakin kurang.  Kualiti interaksi dgn kawan kawan seopis ..parah dan semakin parah.  Team work tidak menjadi.  Bila kurang senyum .. calling calling dalam telefon .. kurang berkesan.  Marketing tak menjadi.  Perniagaan tutup. Tak senyum kat suami  lagi susah.  Dah lah kita semakin tak lawa pada usia 35 ~ 70 tahun … perut buncit, peha mirip peha anak gajah dan mungkin mungkin ..cepatlah suami cari pengganti kita.  Siapa yang susah?  iTu lah.  Jaga solatmu itu.  Kalau buat solat fardhu dan solat sunnat lagilah bagus.  Doa banyak banyak.  He..he..
  • Tak happy hidup .. lebih baik mati pesan arwah P. Ramlee.

Sekian.  Fikir-fikirkanlah  wahai semua termasuk penulis blog ini  juga..   apa yang tertulis di atas. Betul tak?  Bagi siapa siapa yang tersinggung ..saya mohon maaf sebanyak-banyaknya.  Lagipun saya pun sedang belajar macam macam sebelum berjumpa akitek dan jurutera teramat AGUNG di atas itu bergelar   Allah!  Al-fatihah.Wallahu aklam bis sawabbb.

Rujukan:
*Ilya Ulumiddin. Jilid 1 - 5 ; Imam Ghazali r.a.  1980.   **Filem P. Ramlee (1956).  Khawin Tiga. 

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/antara-hidup-dan-mati.html