Apa guna bersedih dan beremosi
Salam
Orang melayu senang bersedih. Ini adalah kerana didikan ibu ayah mereka di rumah melalui cerita cerita agama, tempatan dan gossip keluarga sana dan sini. Orang bersedih susah nak menawan alam kreativiti, inovasi dan kajian bertahap tinggi dan profesional.
Selagi kita tak berani mengeluarkan diri kita dari ruang lingkup emosi dan kesedihan ..selagi itu kita akan ketinggalan.
Bukan setakat kereta Proton telah ditinggalkan oleh Toyota dan Nissan tetapi .. banyak lagi kita akan ketinggalan ke belakang. Bacalah tulisan tulisan Tun Mahathir dan Tengku Razali Hamzah.
- Apa nak buat tuan?
2.1 baca buku buku terbitan orang yg mana tamadun mereka lebih maju dari kita.
2.2 cari kawan kawan baru
2.3 dengar cerita cerita baru
2.4 berazam tinggi dan jgn bersedih untuk meninggalkan kawan kawan lama, kekasih lama dan warung Wak wak Jawa di kampung.
2.5 jom kita mengorak langkah dengan bacaan ‘bismillah’ dan ' tawakal tu ala lllahhhh'.
- Kupasan
Saya mulakan dengan point terakhir dulu kerana kesuntukan masa ini.
Para para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. cukup sayang kepada Nabinya. Mereka sayang kampung halaman mereka di Madinah dan Mekah Mukarammah. Jika mereka beremosi melampau lampau untuk meninggalkan tempat tempat suci berikut sudah tentu kita semua akan menyembah patung dan berhala.
Kita tidak akan berjumpa ‘hati yg tenang melalui zikirullah dan bacaan Al Quraan’ jika mereka terus berpegang kuat kpd cinta kasih mereka kpd Nabi Muhammad s.a.w.
Bila mereka menyahut cabarannabi untuk berhijrah ..
maka .. tamadun islam terus berkembang dan berkembang .. bermula dari tanah Sepanyol dan .. terus ke Afrika dan Mongolia , China.
Itulah hasil pengorbanan para para sahabat nabi muhammad s.a.w. Dari beribu ribu para sahabat di kala itu .. hanya beberapa pusara mereka yg masih kekal di sana. Yang lain ..tanah kubur mereka berselerak ke seluruh dunia terutama benua India dan China.
Orang melayu pun sama .. jika kita terrus mahu hidup dgn nasi lemak , ikan bilis, timun 2 - 3 iris sahaja, tea ore kurang gula .. dan makan nasi tengah hari dengan ikan kembong dan ulamnya timun batang plus budu
dalam sukan bola sepak kita hanya mampu berlawan dengan adik beradik kita Singapura dan Indonesia sahaja. Hari ini aku menang 2-0 ; tahun depan Singapura menang pula 2-0 ..itulah ukuran kejayaan kita wahai saudara selepas kita menang penalti dengan Indonesia 5-4 malam tadi. Pi mai pi mai ..tang tu jer standard bola sepak kita.
kita tak mampu bertahan lama dalam library membaca bahan bahan yg berat skala jurnal berwasit .. kerana .. kita makan 1 - 2 keping lempeng bercicahkan gula sahaja. Sepatutnya kita perah susu kambing dengan penuh semangat waja ..dan minum 2 - 3 botol sehari bersama isteri dan boy kita … baru boleh tahan lama belajar, mengajar dan buat penyelidikan di seluruh dunia.
Jangan takut untuk memerah tetek kambing itu. Dia tak marah lah. Say hello first ..
Yang penting ..ada disiplin untuk berbuat demikian setiap hari ..sekali sehari jer. Kalau meramas tak tentu pasal ..sudah tentu kamu akan ditendang .. dan mungkin kau akan jadi bahan bualan orang seperti arwah jali dengan kambingnya itu ker?
Kita harus berubah stail dan pendekatan kita.
Ada melayu .. selepas belayar merata rata dunia .. dia tiba tiba ..khawin dengan girl friend lama nya. Cukup suka ..orang orang melayu kita di kampung Perak dan Kedah baru-baru ini. Tapi .. si girl friend akan melekehkan kita jer .. kat aku jugak kau nak menumpang kasih yer bang?
Malu .. jangan menjatuhkan water face kita kpd anak anak cucu cicit kita. Sepatutnya kita khawin dengan Milah berumur 35 - 45 tahun .. baru datang respect anak anak cucu kita. Kita sanggup meneroka alam baru. Ada cabaran baru ..ada track larian baru untuk kita memecut dan stay santai sampai mati.
Kita mesti berubah. Tak akan hilang melayu di bumi ini selepas datangnya 4 - 6 juta rakyat asing ke sini. Sekarang restoran melayu banyak dah yg tutup perniagaannya kerana pukulan maut kedai mamak 25 jam. Di Penang , .. kedai melayu ada di bawah pokok tembusu sahaja. Bukan UMNO PP jer yang bungkus .. kedai melayu pun turut sama. Mengapa? kita sanggup mati pada takuk lama..tak mahu berubah apa apa.
Sekian.
Wallahu alam bis sawab .. mintak pak khatib buat teks khutbah pasal ini please.
Ingat tu?
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/03/jangan-bersedih-dan-terlampau-emosi.html