Apa itu relatif dan subjektif cikgu
Salam.
Ada orang kampung ..pengikut setia blog saya yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan Datuk Fadhilah Kamsah .. bertanya " DOKTOR .. apa itu relatif dan subjektif .. ceritakan sedikit.. boleh tak Doktor?"
2) Jawapannya boleh. Tidak kena apa-apa bayaran pun Tuan Haji. Saya cuba insyallah ini.
Mula-mula saya nak takrifkan (beri makna) kepada istilah ‘subjektif’.
Subjektif itu satu unit ukuran yang tidak tetap. Contohnya .. semasa kita belum khawin dengan isteri kita .. wajahnya adalah wajah yang paling cantik sekali antara semua wanita seluruh dunia termasuk ratu cantik UNIVERSE dari Venezuela pada tahun 1980. Tetapi jika ditanya adik adik kita .. Milah tu lawa tak Oman? Mungkin .. Oman akan berkata “.. tak ada lah.. macam budak kampung jer .. pakai baju kurung dan kain sarung ..pun tinggi sebelah ..betul bang “. HIsshhh kau ni Oman .. aku tampar kau nanti ..abang nak khawin dengan dia tau. Tengok .. mata kita kata Milah adalah paling cantik sedangkan adik kita bernama Oman tidak kata begitu. Cuba tanya ibu kita “.. dia akan menjawab .. Milah tu .. ketawa ketawa ketawa .. tanda . apa itu .. Mak leh cari untuk kau .. ramai lagi pompuan lebih lawa dari itu .. mamat Oooiiii… “. Tengok 3 pasang mata manusia iait penulis, Oman dan ibu penulis .. memberi gred kecantikan seseorang wanita itu .. berbeza-beza .. bukan kah begitu pembaca sekalian? Tapi bagi seorang lelaki yang sdah mabuk cinta dengan Milah .. cinta itu buta .. maknanya .. kau kata apa apa pun ..Milah lah orang paling lawa ..yang aku hendak siang dan malam ..sampai mati.
Itulah sedikit pentakrifan kepada istilah “LAWA”. Gred lawa berbeza beza dari satu set mata manusia ke satu set mata manusia yang lain. Itu baru sesama manusia dari Malaysia. Belum kita cuba tanya orang lain dariIndonesia, Brunei, Taiwan, Korea dan Jepun lagi. Kita jangan bergaduh pasal greding lawa yang berbeza beza ini. Zaman la ni .. jika menantu tidak secantik Paris Hilton (France) sedikit pun tak apa .. asalkan dia pensyarah universiti .. dan maklumlah anak kita lelaki ini .. SPM pun .. hampir hampir tak ada gred pun diperolehi .. GRED 3 SPM tahun 1985 zaman dahulu kala. Jawatan ? he.. he.. see? orang tua kampung sekarang tak kisah sangat tahap kecantikan menantu dah .. asalkan anak lelakinya .. berjawatan Kerani Jabatan Perikanan Bandar K … boleh beristerikan dengan seorang pensyarah .. berkelulusan PhD dari Glasgow, Scotland. Tetapi jika menantu pompuan tak bekerja .. orang kampung mahu .. pompuan itu lawa sedikit lah ..sedap mata memandang bagi semua orang kampung melihat pagi dan petang .. kerana pagi pagi .. dia akan menunggu orang menjual ikan di tepi jalan kampung .. bersama-sama dengan ibu-ibu yang lain membeli ikan bersama sama. Jadi di sini .. tahap penerimaan .. kecantikan seseorang wanita adalah relatif mengikut keadaan ekonomi semasa. Bukan senang dapat .. pasangan pengantin sama lawa dan sama sama pandai serentak ..macam kita selesaikan persamaan serentak 3 anu atau lebih anunya. Simplex Programming dalam subjek Operations Research. Cubalah buat tableau .. kalau nak tahu?
Aghhh sekarang kita beralih kepada istilah relatif pulak.
3) RELATIF
Izinkan saya memberi contoh kehidupan orang orang melayu sebagai menjawab soalan ‘apa itu relatif?’.
Contoh Pertama: Ada orang miskin menghadhirkan diri ke masjid untuk Sembahyang Fardhu Jumaat. Sebelum menunaikan semabhyang fardhu itu , selalunya , tabung duit masjid akan digolekkan dari satu orang makmum ke satu orang makmum yang lain. Bila tiba tabung duit itu, dia sedekahkan RM1 dari saku koceknya. Noktah.
Ada orang kaya. Pergi opis, pergi shopping , pergi masjid sekali seminggu menggunakan kenderaan berjenama BMW 5 Series. Orang kaya ini pun bersembahyang bersama sama orang miskin di atas tadi dalam satu masjid yang sama. Bila tabung duit masjid sampai dekatnya, dia menyeluk saku nya sedalam dalamnya .. mencari duit untuk disedekahkan. Duit RM50 ada, RM10 ada, .., tetapi dia pilih ..RM1 jer .. untuk sedekah masjid.
Soalan saya .. siapa di antara kedua-dua makmum ini memberi pengorbanan yang besar untuk maksud sedekah untuk tabung masjid di kampung mereka masing-masing? Jawapan mestilah .. RM1 dari si miskin. Pengorbannya lebih banyak kerana RM1 bagi orang orang miskin ..mempunyai makna yang tersangat-sangatlah besar jika dibandingkan dengan
sedekah si orang kaya tadi yang memandu ke hulu hilir siang dan malam .. tetapi memberi sedekah RM1 juga. Walaupun simiskin dan sikaya memberi nilai sedekah yang sama .. tetapi ..secara relatifnya ..pengorbanan dari simiskinlah yang tersangat hebat.
CONTOH KEDUA:
Sayuti adalah anak seorang nelayan. Ayahnya nelayan. Atuknya nelayan. Kaum kerabatnya semua nelayan di Kuala Besut , Terengganu. Jika kita naik ke rumah Sayuti .. di semua sudut kita akan berbau ikan kerana .. jala ayah berbau ikan, jala atuknya pun berbau ikan. Jika datang seorang profesor dari UTHM ..bertanyakan .sesuatu contohnya .. kau sudah baca jurnal kami pasal ikan ? Mungkin ..Sayuti akan menjawab ‘..ada jugak Prof ..tetapi payah nak faham.. istilah dalam jurnal terlalu tinggi untuk saya…’. Saya akan cuba membaca jurnal itu lagi esok. Lantas tanpa soal banyak ..Prof UTHM memberi markah .. komitment Sayuti membaca ialah 5/10.
Tengok pulak .. Sayangti .. seorang anak kepada Pengetua Sekolah Menengah Kuala Besut. Ayahnya Pengetua. Ibunya guru besar di sekolah rendah Pasir Puteh. Abang dan kakaknya pun guru siswazah di sekitar kawasan Kuala Besut sahaja. Tiba tiba Prof UTHM datang menziarahi keluarga seba serbi guru ini. Dan dia bertanya ' Sayangti ada membaca jurnal saya pasal ikan itu?' maka Saynagti akan menjawab ‘.. sudah tentu Prof ..menariklah .. isu isu yang dibawa oleh jurnal Prof itu .. macam macam saya faham .. saya google ..rujukan yang diberi ..semua ada ..padat dan hebat .. seronoklah Prof’. Maka tanpa soal jawab yang panjang ..Prof merasa cukup gembira apatah lagi ..keluarga serba serbi guru ini menghidangkan makanan malam pulak ..dan membawa Prof UTHM ini shopping ..berbagai bagai jenis keropok .. selera Trengganu ..semua berkualiti tinggi. Maka Prof kita memberi markah .. komitmen Sayngti .membaca ialah 9/10.
Nah .. menagapa jadi begitu? Adilkah Prof UTHM itu terhadap Sayuti / Sayngti? Rasa-rasanya mestilah .. pembaca akan berkata ..tak adil .. Sayuti ..anak nelayan ..payah nak faham macam macam jurnal ikan .. dia nak rujuk kepada siapa .. atuknya? ayahnya ? .. mana mampu mereka membantu kerana otak mereka .. nak cari makan ..keluar ke laut sahaja siang dan malam.
Sayangti .. logiklah ..dia faham dan banyakmembaca ..kerana tak faham dia boleh tanya ayahnya Pengetua, ada ijazah ayah; tanya ibunya , ada Diplma Sains UPM , tanya abangnya ..ada ijazah UKM dan ada kakak cikgu ..ada ijazah jugak degree sains bilogi ..dari UNI Malaysia Terengganu. Kiri kanan Sayangti .. penuh dgn .. orang yang ada banyak pengalaman buat tesis .. baca majalah, baca jurnal.. dan lain-lain lagi. Tidak adil jika diberi markah berbeza dari Sayuti seorang anak nelayan saja di Kuala Besut/ Seberang Kastam.
Sepatutnya markah membaca jurnal patut diberi tinggi sedikit dari Sayngti ..kerana Sayuti terpaksa berkorban banyak masa untuk membaca jurnal dari membantu ayah dan datuk nya turun ke laut yang sedang bergelora. Lainlah dengan Sayanggti . .. nak apa-apa semua dh ada.
Rumusan: relatif itu ialah memberi markah komitment , kesusahan kepada seseorang .berdasarkan pengorbanan seseorang.. dalam mana -mana ketika (wang derma, pembacaan jurnal) di mana masa seseorang itu diperlukan.
Sekian. Jangan marah please. Ini hanya description on lawa secara subjective jer. Jangan kita bunuh membunuh antara satu sama lain kerana perbezaan pendapat. Ok? dan di sini jugak saya berikan idea tentang relatif. Harap membantu Wak Jafri. He..he.. jika nak lebih .. tanya orang pandai lagilah..he..he..
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/12/apa-itu-relatif-dan-subjektif-cikgu.html