Apa makna ini semua hah?
Salam
Tadi sebelum tidur, saya tanya ustazah saya kat rumah (tak bertauliah). Saya jadikan dia sebagai benchmark selalu selalu kerana dia adalah anak seorang ustaz di Selangor. O yes ..dia ini isteri saya. Dah 30 tahun dia kenal anak muridnya ini.
- Soalan saya kat dia
2.1 You tahu tak makna ‘rahmah’? Dia jawab kasih sayang Allah.
2.2 You tahu tak makna ‘makfirah’? Dia jawab keampunan Allah.
2.3 You tahu tak makna ‘berkat’? Dia jawab kita buat semua kerja menjadi dengan izin Allah. Tak kaya tetapi ..anak anak semua menjadi. Ada rumah tangga kedua-dua suami isteri bekerja siang dan malam 40 tahun tetapi sayangnya ..anak anaknya hancur. Rumah tangga hancur dan .. selalu bergaduh. Balik rumah, rasa tak tenang jer hati suami isteri. Dah pasang air kond 3 kuasa kuda dalam setiap bilik pun .. masih terasa bahang kepanasannya.
O I C.
Saya mendengar syarahannya sambil mata saya 80% pejam dan telinga saya 90% padam. After some time ..I was fast asleep. Itulah .. .. cara kita belajar secara tak formal dengan orang rumah saya ini.
Rugi besarlah orang yg mana isterinya ustazah / ustaz (bertauliah) .. tetapi tak mengambil faedah dari gudang ilmu tersebut.
Di dalam Al Quraan , tidak ada formula/ jaminan mengatakan ..jika
- Ayah kau Nabi .. kau akan selamat dunia dan akhirat. Tengok sahaja nasib anak Nabi Nuh alaihis salam
Suami kau Nabi .. kau akan selamat dunia dan akhirat. Tengok nasib isteri dan anak Nabi Luth alai his salam. Mereka dibenamkan ke dalam bumi Allah. Mereka hancur dalam bumi yg diterbalikkan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Kenapa abah? Mereka tak mahu dengar seruan suami dan ayah mereka tersayang agar jangan melakukan hubungan seks luar tabeii (homoseks). Sama sama jantina teramatlah suka mereka membuat hubungan sulit.
Oleh itu, kita kena guna .. sejarah ini sebagai panduan hidup kita.
Kadang-kadang saya pun terasa hairan mengapa ..
ada orang itu suami kpd Ustazah tersohor di sana sini tetapi hari hari ..
tak tergerak dia nak bersembahyang berjamaah di Masjid Besar berdekatan (puas muazin memanggil dalam seruan aazan) dan
tak tergerak secara sukarela dia nak buat sedikit tazkirah kpd warga sekolah, warga pejabat, warga fakulti dan .. macam macam lagi
Rugi bukan?
Saya menulis jer ini. Jom buatlah sesuatu agar kita mendapat faedah .. hidup bersama dengan orang orang tersayang.
- Tak lama lagi … selepas musim puasa .. datang pulak musim org nak kahwin rata riti dalam kampung. Ada Nabi kasi nasihat pasal mencari pasangan hidup iaitu:
Seorang wanita dikahwini kerana 4 perkara:
4.1 cantik, wajahnya
4.2 kaya, hartanya i.e., ada gaji DG41 ke atas dan lain-lain
4.3 bagus keturunannya ; iaitu semua bapa bapa saudaranya orang politik Pro Kerajaan di Besut, Setiu itu
4.4 bagus agamanya.
Maka kahwinlah engkau kerana agamanya. Itu lebih selamat. Utamakan kepada wantia yg ada pegangan dan amalan agamanya ..adik? kau akan selamat. Go to the TOP of the page. He..he.. and alhamdulilah.
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/08/apa-makna-ini-semua-hah.html