apa nak dirisaukan


Update terakhir:

Salam

Salawat kat Nabi Muhammad s.a.w.

Di atas muka bumi ini ..Allah Taala menyayangi Nabi Muhammad s.a.w.  Tidak ada makhluk lain yg disayangi oleh Pencipta Agung .. selain dari baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Di akhir zaman ..  Nabi dah cakap .. umat ini terbahagi kpd 73 golongan.  Satu jer yg masuk syurga Allah. Yang lain .. tidak berjaya.  Full stop!

  1. Dua tiga hari ini Tun Mahathir .. risau ..umat melayu berpecah ..dan tidak berrsatu padu lagi.  Hiss.. jgn risau Tun.  (hope u baca ini Tun ..)

Melayu kaya tak kan nak berkawan dgn melayu miskin (Mahathir, 1980).
Melayu ada title Tengku, Dato, Datuk Polis , Datuk Brigadier General //  tak kan sama dgn org melayu mcm aku yang sedang menjual sate ikan di luar markaz tentera Pengkalan Chepa jer ni.
Melayu kulit cerah ..  tak kan nak berkawan dgn org melayu kulit macam aku ni .. ke arah kulit org Madras, India punya warna.

Melayu hidung mancung ..tak kan nak berkawan dgn melayu berhidung kemek begini.
Melayu terror makan dgn sudu garfu …tak kan mahu makan semeja dgn aku ..menggunakan jari jari sahaja ni ..  jijik bukan bila aku jilat semua 5 jari jari aku ini di depan matamu ..  sunnah nabi  ?

Melayu pandai ..  feelingnya lain dari melayu lain yg tak ada pelajaran.
Melayu bertitle Profesor penuh dengan Prof (tanpa) Dr. PhD ..lain pak ..lain  .. org kampung kator .. macam langit dgn bumi ..  jolor kor mu ni?
Melayu bergred DG41 dengan melayu Gred N17 ..lain lain lain ..semua kita telah dipisah-pisahkan sejak dulu lagi ..  (pandai pandai lah membawa diri di Putrajaya itu )
Melayu berharta ..tak kan sama dgn org melayu miskin papa kedana (Mahathir, 1980).
Melayu pandai fasih bertutur dalam bahasa inggeris ..tak kan sama dgn orang macam aku speaking english berbau budu dan daun pucuk ketereh dijadikan ulam ini
Melayu boleh khawin dgn org-org luar rasa rasa lain dgn org melayu ..khawin se kampung jer .. open minded katakan?  (contoh:  melayu khawin cina; melayu kawin India ; melayu dgn mamak ; melayu lawan arab;  melayu lawan bangladesh;  melayu lawan indon ;  ..he..he..  all lain lain feelings bukan?  )
Pendek kata ..kita sudah bisa berpecah ..  tidak bersatu.  selero tak sama.
Mu pro Hudud ..org lain bangkang habis-habisan ..

segelintir melayu lebih bersungguh sungguh  reject hudud (sepanjang masa) dari bangsa-bangsa lain ..pendek kata ..payah payah ma ..melayu can be united.

  1.  Kertas anak anak A4 boleh disatukan jika kita menggunakan gam / glue
    batu bata ..boleh disatukan jika kita menggunakan semen bercampur pasir dan air
    kain boleh disatukan rapat rapat jika kita menggunakan benang ..
    tayar kereta boleh disatukan dengan rimmm sport jika ada nuts  dan bolt yg sesuai
    penyokong bola boleh disatukan dgn memakai jersey dan skarf (red warriors tu?)

hatta …   hati manusia melayu ..  payah disatukan jika kita taburkan wang ringgit sebesar gunung sekali pun ..

why?  melayu ini ada otak dan nafsu nafsi masing masing.

  1.  Mengapa begitu alahai?

  2. Melayu akan bersatu padu jika kita semua kembali ke pangkal jalan.  Berpegang kuat dgn kitab Allah Al Quran dan Hadith hadith Nabi Muhammad s.a.w.  Rujuk satu ayat dalam Al Quraan.  “Berpegang teguhlah kamu kpd tali allah …”

Selagi kita tidak mahu berpegang kpd 2 unsur besar inii ..kita menangis meraung sampai kiamat pun .. kita tak akan bersatu padu.  Kita semua berpakat pakat menulis buku, jurnal , pun ..kita tak akan dpt bersatu padu ..apa apa pun ..

Andaian ini -   UMNO pegang ugama 50%,
PAS pegang agama 51%
melayu dlm PKR pegang agama (berapa percent brother )?  he..he.. may be more may be less ..but dont worry ..it won’t hit 100%

how to ukur ..  kekuatan pegang memegang ini?  simple jer.  tengoklah berapa ramai org org kita menunaikan solat waktu subuh berjamaah di masjid masjid jamek seluruh malaysia.

kalau kampung saya ada 1000 famili .. jika 10 orang jer yg dapat menunaikan solat subuh berjamaah ..  itulah indikator ..kita setakat mana kita berpegang teguh kpd agama islam yg suci murni.

tak sampai 10% pun.Satu lagi ..dlm dewan konvokesyen .setahun sekali .  dari 1000 ibu bapa yg datang menyaksikan majlis konvo ..  berapa ramai ibu yg bertudung .. menutuup aurat secara betul/

ramai mana pakai seluar ketat ..anak anak perempuan melayu pakai tight fit ..

itu semua indicators .. how much we adhere to the teachings of Islam.

So in conclusion ..don’t be sad .. my friend.

We wont be united for ever.  Some worship Allah ..some worship the devils (nafsu), some worship the wealthy lots  and titles ..

go ..go ..and goo ..where u wanna be .

but ingat .. kita melayu semua akan mati . Tun.

  1. Org melayu sihat akan mati
    Orang melayu berpelajaran tinggi pun akan mati

yg sakit terdampar atas katil di dalam ward HUSM sure akan mati ..dan org org yg melawat pun ..lambat laung ..kita pun ikut sama ..mati.

 Renungkanlah.

Jom let us hold to islam dan all the sunnah of rasulullah s.a.w.  The biggest sunnah is .. to do dakwah ..tabligh seluruh alam.  Satu istima akan di adakan di Yala, Thailand. 2 - 5 Januari 2015.  insya allah jumpa di sana.  Yes. Di sana sana sanaaaaaaaaaaaaaaaa

Al Fatihah. Nasi dah jadi bubur .. why cry any more?

Sekian.  Wallahu aklam bis sawabbb.

rujukan:
Mahathir Muhammad (1980).  The Malay Dilemma.  Kuala Lumpur : ABC

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/12/apa-nak-disusahkan.html