Apa susahnya matematik?
Salam.
Kita sebagai manusia sentiasa melihat nombor dari awal pagi ke waktu malam dan seterusnya datang lagi pagi lagi dan lagi.
Pertama , bila terjaga dari tidur ..cepat-cepat kita nak tahu waktu dari jam dinding. Adiush dah lewat ni… Jam 530 pagi.. nak bergegas ke masjid. Menunaikan sembahyang fardhu subuh di masjid. Hadith: sembahyang di masjid berjamaah .. adalah 27 kali ganda lebih baik dari solat bersendirian di rumah. Setiap langkah ke masjid, satu dosa kita diampunkan dan satu pahala ditambahkan ke dalam akaun hidup kita. Tengok 27,1,1, 1 semuanya nombor. Bayangkan jika roda kereta kita berputar 50000 kali pusing semata-mata berkejar menunaikan sembahyang subuh berjamaah.
Kedua: bila pulang dari masjid dah masuk jam 630 pagi. Kena hantar anak ke sekolah. Dia akan mengambil peperioksaan PMR tak berapa lama lagi. Dari 3 OKTOBER. Sebelum ke sekolah , duit poketnya hendaklah dibekalkan. Nah, duit RM3 hingga RM4 sehari dari pagi hingga 530 ptg. Kesian dia. Dulu kita belajar jugak. Arwah ayah tidak mampu bekalkan sebanyak itu. Duilu saya dapay RM0.20 ( yes ..20 sen jer sehari). Kayuh basikal gajah ke sekolah 5 batu dari rumah. Sekarang , budak-budak sudah mewah. Ke sekolah menaiki Exora. Ada air cond. Boleh dengar berita dalam bahasa inggeris. Dulu tak ada itu semua nak.. hanya penat dan peluh sahaja menitik di atas dahi ayahanda mu ini. Tengok banyaknya nombor dalam paragraf ini. 530, 630, 3 dan 4 ringgit.
Ketiga: Bila di universiti .. saya akan start kerja dari jam 0800 pagi hinggalah kepetang. Jam 530 ptg baru abah pulang. Semasa di sini abah sibukkan diri menyemak tugasan pelajar. Menyemak nota matematik Diploma untuk diadakan kelas esok pada hari rabu. Sebanyak 5 solan besar dari topik Siri Janjang Arithmetik dan Geometrik telah diberikan kepada mereka untuk mencuba dan mencuba. matematik ialah try dan try sampai betul-betul paham. Kalau tak try mana kita tahu kita paham atau tidak sesuatu konsep itu. Sekarang jika ada masalah matematik, pelajar dirujuk ke youtube.com. Macam-macam ada di sana> Cubalah? Type McClaurins Series. Nah semuanya ada.
Keempat: Bila bekerja kadang-kadang perut lapar. Check dulu duit. RM10 . Syukur. Boleh pi kedai mamak dan order 1 roti kosong dan air kopi panas. Sekadar menghilangkan dahaga buat seketika. Lihat angka lagi dalam matematik. 10 ringgit tu , selepas bayar duit kpi dan roti kosong ada lagi RM7.50. Jika ada teman-teman yang masuk serta dalam makan minum itu mungin baki 7 ringgit itu tidak mencukupi. So mintak kawan-kawan top up lah. (ha..ha.. suka suka).
Kelima: bila di opis, cuba juga membaca ..journals. Kadang-kadang otak melayang teringat macam-macam bil belum dilunaskan. Bil astro, api dan air, hutang exora rm800 dan utang macam-macam. Duit bulanan ibu dan adik yg cacat di kajang.. semua bermain di dalam otak kita yang sihat ini. Selagi tak dilunaskan ..rasa rasa tak panas jer tempat duduk di kerusi abah ini. See duit lagi. Angka matematik lagi RM800 dan ..mungkin sampai RM1500 untuk settle semua hutang itu.
Keenam: umur dah banyak dah. Jika sekarang umur kita 53 tahun dan jika Allah nak ambik kita semasa umur 54 tahun .. ini bermakna saya ada 1 tahun lagi untuk buat macam-macam amalan dan buat taubat nasuha bersungguh-sungguh. Baki umur 54 - 53 = 1 tahun = 12 bulan = 12 * 30 hari = 360 hari * 24 jam = … tengoklah angka matematik bermain kagi di dalam kehidupan kita ini. Umur hayat kita semakin berkurangan. Ayuh..berhati-hatilah. jangan tertipu lagi oleh sang syaiatan dan dajjal yg durjana. Enjoy itu dosa jika bermaksiat. Tengok orang cantik TV Indonesia tu. Apa dah jadi ya?
Ketujuh: toke kedai Organik Chicken bertanya saya bila mau habtar kereta WIRA untuk diketuk bodynya. Dia terlanggar WIRA pak chik ni. Aghh..aku sibuk sebenarnya. tapi tak apalah ..dia mintak saya hantarkan ke kedai … Aliran, Parit Raja. Segera? Duit tu adik ooi. See matematik lagi dalam kehidupan kita.
So mengikut Nabi .. if kita ingat selalau pasal mati .. kita adalah orang yg bijaksana. So orang matematik dan org yg suka berkira-kira .. kita dianggap org terpandai sekali. jaga lah diri kita semua. Ameen.
Wa llahu alam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/09/apa-susahnya-matematik.html