apalah nasib ini?


Update terakhir:

Salam.

Esok raya kurban. Setiap titik darah binatang haiwan yg dikurbankan itu ..insya allah ..banyaklah dosa dosa kita tuhan ampunkan. Syukur..kita boleh menjalankan ibadat kurban lg dan lg. Ini semua nikmat MAlaysia aman damai dan rakyat bijak memilih kerajaan itu dan ini.

  1.  kalau negara tidak aman..payah kita nak buat ibadat ini dan itu.  tetapiUntuk itu, kerajaan kena ambik org org betul untuk jadi polis, askar,  dan guru  sepanjang masa.

tadi dlm akhbar star..dilaporkan 100 askar membawa pulang rm300 sebulan kerana azab bebanan hutang sepanjang masa. Kasihan sungguh yer? Bila hutang banyak dgn ah long ..inilah jadinya.
C
3) minggu lepas .. 10 hingga 20 pegawai pegawai besar kastam didakwa kerana ..rasuah bala ni bukan?

  1. Islam tak ajar ke ..hidup berpada pada ni?  Bila sekolah tak seberapo tinggi .jika .kita sedar diri  , bukan ke bagus?.Bila dah susah ..siapa  lagi yg mau tolong depa ini?  Kasihan bukan?

harap harap seluruh negara khatib masjid hari raya akan berkhutbah benda paling relevan ini.  Hidup berpada pada dan jaga diri. selain baca teks pasal nabi ibrahim, nabi ismail dan bninatang kibass  sebutkan juga azab pasal hidup berlebih lebih ini . Insya allah ada kebaikan n ada iktibar untuk kita bawak pulang dari masjid ke rumah untuk makan rendang n lemang.

majoriti pegawai kerajaan berbangsa melayu n secara otomatik beragama islam. Bila ramai pegawai melayu ditangkap ..dipenjara ..masuk lokap ..hilang pekerjaan, hilang pencen, hilang maruah ..apakah signifikan cerita  kurban lembu, kambing n untaa ..ini ?Sekarang imej islam jatuh ke paras yg menyedihkan. Soalan upsr bocor ..dikaitkan dgn guru guru melayu islam. Org kapir sumpah itu ini ..tak rasa malu ke kita olang olang islam?pl

Oleh itu ..eloklah buat sesuatu ..wahai org org agama berjawatan tinggi dlm kerajaan. Apa sudah jadi pak imam?

iman pegawai pegawai melayu sudah mula sedikit demi sedikit tergugat dan tergelincir  bukan? Apa itu iman? Percaya semua amalan akan disoal di padang masyar. Ada syurga n ada neraka. DI dalam neraka, disediakan api panas m membuat otak mendidih didih ..khas untuk org kafir, org makan rasuah, penipu, pengkhianat, penzina, perosak maruah orang, peminum arak, riba dan macam macam. Bahan api neraka terdiri dari manusia, batu batan dan ..Mereka tak ada iman lah ini. Tak percaya dah ini. Adakah sama  istilah iman kita setiap individu muslim dgn istillah gred jawatan imam? Ramai org keliru ..bukti ..setiap kali khutbah ..ramai  orang  tidur jer kat belakang. Kasihan nasib khutbah ..dari mimbar dan pak imam.

Buatlah sesuatu. Jika budak berhingus upsr, pmr .tak leh jawab soalan periksa dan membaca al quraan dgn baik .sibuk mak bapak hantar  budak budak tu ke summer camp ..bagaimana .pulak pegawai melayu tua ..tak berdisiplin, suka berpoya poya dan berhutang kelililng pinggang .. tak nak hantar winter camp ke .buatlah sesuatu ..negara islam contoh?

Ikut jamaah dakwah 3 hari, 40 hari pun bagus. Buat kerja dakwah, membersihkan karekter tak senonoh kpd karekter ..yg tuhan suka. Cubalah. Tak cuba..mana kita tahu.
sekian.

saya posman jer tapi time khutbah ..mata ku celik n berhati hati untuk mencuba d memahami maksud tersurat n tersirat teks ucapan yg mulia pak khatib.
ALFATIHAH  warga kerja gomeng kita. Al fatihah.
wallahuaklam bis sawabb

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/10/apalah-nasib-ini.html