aset dan liabiliti


Update terakhir:

Salam

Dalam subjek perakaunan dan ekonomi,
Ada satu istilah yang selalu disebut oleh guru guru dan profesor dalam bidang ekonomi ialah ' aset dan liabiliti'.

ASET ialah harta seseorang yang dimilikinya secara membeli, hadiah dan sebagainya..
Tanah ialah satu aset yang tetap.
Jika tanah ini berada di sebelah bangunan KLCC  aset ini tersangatlah berharga.

Satu lagi istilah ialah liabiliti.

Liabiliti ialah hutang. Sesuatu yang merugikan tuan punya badan.
Jika seseorang mempunyai aset 1,000,000 RM dan liabiliti RM500,000
Maka dari konteks perakaunan dia masih beres dgn aset berbaki RM500,000

Jika aset RM1 juta tetapi liabilitinya RM10 juta maka dia diistiharkan bankrup dengan hutang RM9 juta.

Seorang dipanggil bodoh jika mempunyai liabiliti yg  banyak sepanjang masa. dari kaca mata pakar ekonomist.

Dalam perniagaan, org ramai tak mahu membuat sebarang tranasksi dengan org di ambang bankrup.

  1.  Malaysia sebuah negara yang kaya.
    Aset negara terlampau banyak.
    Getah, sawit, nenas, kelapa, daun teh, lada hitam, petrol, bijih timah merupakan aset negara.
    Kalau tidak itu, tenaga kerja yang ada merupakan aset negara juga.  Sebab itu remaja negara ini dipantau oleh ibu bapa, masyarakat, guru sekolah dan pihak kerajaan agar remaja negara ini dapat menyumbang sesuatu yg baik kepada negara ini kelak.  Macam macam program di sekolah diaturkan agar anak anak tuan dan saya menjadi bijak.  (Rujuk:  RICH DAD POOR DAD).

Tetapi sejak kebelangkangan ini, Malaysia mempunyai liabiliti yg tinggi.  Patutlah ramai orang besar rebah dan terus ‘jalan’.
Semakin dibiarkan , semakin banyak hutang negara…

Bila aset tak dapat menampung liabiliti yg besar,
Lama lama negara akan hancur.

sebuah negara mempunyai sebarisan pemimpinnya.
jika pemimpin cerdik , negara yg tiada aset banyakpun ..mereka boleh hidup dengan baik. Contoh Singapura.

Pemimpin cina pun ..tak menganut agama islam pun ..bila cerdik ada so karo (satu perkara)
sebuah pulau sekecil Singapura

namanya dipandang mulia.  Atas jalanraya orang puji depa, atas langit pun mereka sangat berbisa.

Contoh pertandingan bolasepak.
Singapura kalahkan Malaysia
Singapura kalahkan Kelantan.
Mengapa?  Cerdik so karo. Dia berehs.

Tak perlu ..aset getah, sawit, petrol apa apa
tak perlu ..itu ini seperti Konsep 1Malaysia apa apa; tunjuk sepotong jari keras sana dan sini
Singapura kalahkan dua negara Malaysia dan Kelantan secara main main sahaja.

Orang cerdik ..asetnya melebihi liabiliti.(rujuk: Rich Dad Poor Dad).
bila hutang tak banyak
main bola, gelecek gelecek ..skor goal senang jer.
senang sekali.  Bila otak tak serabut dengan hutang hutang yg bodoh ..gawang gol senang jer nampak. Tendang kuat terus masuk gol.  Pemain bola buta pun ..  so simple bang?

Orang banyak problem ..jika bola di kaki ..gawang gol tak ada goaliee  ..pun gagal menyumbat gol. Kepalanya berat. Tak naik naik sejak semalam.

Dalam satu satu organisasi
jika dikesan satu perkara ..yg membawa punca liabiliti
benda tersebut dibuang secara cepat dan pantas.

Di dalam badan seseorang manusia, satu penyakit kritikal dipanggil barah.
Doktor akan buang barah secara segera agar pesakit boleh hidup lama. Alat yang digunakan mungkin parang, pisau, gergaji letrik ..pandai pandailah.  Beri kat aku, aku chop terus tertanggal dan drop terus dalam bakul ….

Zalim?  Hari ni nampak zalim ..esok dan seterusnya ..pesakit bahagia.  Penunggu setianya boleh balik rumah dan terus tidur berhari hari dengan perasaan cukup lega.

Di sekolah, jika pentadbir merasakan ada guru guru yang membawa angkara berupa liabiliti
guru guru tersebut dibuang kerja atau dipindahkan ke sekolah lain di kawasan pendalaman Sabah dan Serawak.
dengan cara ini, barah di sekolah dapat dikawal tepat dan betul.

Di Kementerian Imegresen, 15 pegawai dibuang kerja dan 18 pegawai ditahan kerja kerana disyakki ..jahat merosakkan sistem komputer dan sabotaj kerajaan.

Dengan cara ini, kerajaan dapat kembalikan nama baiknya.

Banyak wang negara selamat.

Sekarang ekonomi negara tidak selamat.
hutang negara RM700 bilion.
Dulu semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Allayarham Tun Abdul Razak,   Datuk Seri Abdullah Badawi, Tun Mahathir Mohammad memimpin negara,
hutang negara tidaklah sebanyak ini.

Dunia barat (kafir) menyerang kita setiap hari.

Mengapa.?
Adakah  guru  seperti saya membawa liabiliti.
Adakah Che Ismail penjual ikan mata merah dengan motosikal Honda Cup 70 c.c. sekeliling kelalang di kampung satu liabiliti?
adakah kapal tangki minyak di Pelabuhan Klang satu liability?
atau Datuk LCW punya angkara?

betul bijok mu.

Apakah doa yang digunakan oleh pemimpin negara untuk mempertahankan keadaan ini ?
Adakah doa mukminin, mukminat lain pada musim

bulan puasa ramadhan kareem  malam lai latul qadar

doa puak puak ni ..tak berbisa kah?

doa mufti mufti tan sri, tan sri,
doa power power  dalam bahasa arab, bahasa pekat kelantan

atau macam mana?

mesti doa mereka musim haji dan umrah

rakyat jelata
tak berbisa mana/ tak makbul

sedangkan ..

liabiliti negara semakin bertambah hari demi hari.?  Apa ini ..

  1.  Jom balik kita ke cerita asal

Singapura ..
Malaysia..

bukankah bagus kita cerdik so karo jah?
bagus apa?

tahu formula

aset  mesti lebih banyak dari liabiliti ( Rujuk: Rich Dad Poor Dad)
harta negara mesti lebih banyak dari  hutang negara.

rumusan cerita

kito mesti cerdik.
negaro mesti cerdik
rakyat jelato cerdiklahhhh

He he he

kalau tidak ..org kafir ketawakan kita semalam, hari ini dan juga esok. Ketawa mereka menyakitkan telingo aku dan semua orang kampungku  atau

mu rasa guano tuan ?

Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/06/aset-dan-liabiliti.html