atuk dengan sains kognitif
Salam
Tadi tertengok ..borang prestasi laporan darjah 4 UPSR beberapa buah sekolah.
Ada 9 bab . contoh peratus, nisbah dan lain-lain.
Seorang guru matematik di minta memberi gred pencapaian .. berbentuk band kepada setiap pelajarnya.
Band 1 - paling rendah / paling lembab
Band 6 - paling cemerlang/ paling pintar.
Bayangkan guru ini ada 40 orang murid. Sama besar. Sama lawa. dan sama saiz kepala otak. Semua cakap jawa./ loghat kelate pekat budu.
- Setelah saya tamat perkhidmatan dgn KPM tahun lepas .. saya nampak ..patut pun ..kita tak leh lawan Singapura dlm matematik.
Why?
Dilema besar ialah ..KPM telah transform seorang guru sebagai penilai …. kpd si budak samad, saad dan salbiah .. band apa yg layak untuk setiappelajar ini .. dalam setiap topik matematik.
Saya rasa ini kerja gila.
Kalau ada 40 murid satu kelas , dan setiap kelas dgn 6 band .. so cikgu dah ada problem dgn masalah menaburkan 6*40 * 9 topik untuk kelas 4 Delima.
Di Malaysia .. seorang guru sekolah rendah .. mempunyai kelas matematik sebanyak 3 buah se tahun akademik.
Jika setiap kelas yg lain ada 40 orang murid .. juga ..cikgu ini ada masalah .. dengan prosess penaburan 3 * (6409) = 6480 lubang sel yg mesti dia penuhkan setiap tahun.
- Hanya manusia yg tak gila jer ..yang mampu buat kerja di atas.
Kalau di Kelantan .. ada murid ..ada ibu bapa yg banyak buah durian, duku, langsat .. merekja suka memberi buah buahan kpd guru guru.
Setelah kerap sangat .. mendapat buah rambutan kuning .. mana ada guru ..yg sanggup .. memberi Band 1 kpd anak anak orang kampung yg baik hati ini. Ini kesan rasuah dari pendalaman. Tengok balak habis ditebang di banyak negeri ..kes rasuah ginilah dik ooi.
Oleh itu ..besar kemungkinan .. banyak laporan tidak valid/ tidak tepat ..mengenai tahap pencapaian prestasi setiap murid ..
Bila laporan tidak tepat ..maka ..macam mana negara boleh buat .. intrapolation, extrapolation .. bilangan guru guru matemati yg paling optima setiap tahun .. untuk menjadi guru matematik/ pensyarah universiti baru untuk subjek matematik.
- Sebagai datuk .. saya fikirkan .. baik guru guru ini di asah minat, kemahiran mereka betul betul; mengajar setiap topik dgn betul, tepat, smart dan setiap pengajaran menghasilkan goal / matlamat eksplisit / objektif yg telah ditetapkan di awal awal setiap topik subjek matematik ini. (Roger Schank, 20**). Bila ini berlaku .. maka besar kemungkinan ..minat budak dlm matematik sains dapat digerakkankan ke atas dari subjek boring, dry kepada satu subjek yg menarik pulak secara konsisten. Biar budak seronok belajar matematik dgn aktiviti yg paling sesuai dgn tahap umur mereka. Bayangkan tenaga guru ini berjuta-juta kiloJOULES dapat dialihkan dari mengisi lubang sel sebanyak 6480 lubang setahun dalam satu-satu subjek kepada aktiviti paling berfaedah / menguntungkan kpd satu aktiviti lain bermatematika untuk semua pelajar di bawah kawalannya. Bila ini berlaku insya allah dasar 60 : 40 untuk aliran sains dan sastera yg dicanang-canangkan oleh YB Perdana Menteri di USA baru baru ini dapat dicapai. Betul tak atuk kata ni?
Mata saya cepat kabur bila dalam kelas saya ada 14 budak kulit mangga .. bagaimana nak tahu budak Mangga1 ke, Mangga2 ke , Mangga 3 ke ..yang dapat pengguasaan mutlak Band 6, Band 5 , Band 4 untuk topik peratusan? Ini susah dibuat kerana faktor bilangan pelajar di dalam kelas. Cuaca di sini pun panas. Murid murid ada yg keluar tandas. kadang kadang cikgu tua ada masalah prostat kencing. Bila ada trafik berat keluar masuk kelas ..betul ke penilaian dan pentaksiran ini GURU BESAR/ PPD/ JPN/ KPM?
Ada budak ..mulut nya jer bising ‘content ilmu tarak’ .. ke sana sini dlm kelas buat bising , buat kacau .. tetapi mak bapak dia ..ada kebun durian D101 di Pontian Kecil . silap silap ..budak bising ini dapat Band 6 dlm setiap topik dalam matematik darjah 4 sedangkan ..dlm kertas peperiksaaan akhir tahun ..keputusan akhir tidak mencerminkan begitu dari pelaporan prestasi subjek matematik darjah 4 ini. Bukankah ini kerja yang sia-sia?
Kalau dari peringkat sekolah rendah lagi kita didik, kita latih, kita zalimi warga guru kejar mengejar dalam benda benda yg sia sia .. maka tak hairanlah .. di peringkat universiti pun .. nampak gayanya .. disebabkan aktiviti sia sia lah yg membuat guru/ pensyarah cepat mati / burnt out. Keluarkan statistik berapa ramaikah guru guru senior/ pensyarah pakar yg sudah bersara - opsyen awal di seluruh negara. Guru dididik untuk mengajar, membimbing ,..bukan pegawai PPPS untuk isi markah .. dari minggu 1 hingga minggu 45 ..setiap tahun sedangkan .. tahap PnP nya tidak seberapa pun. Apa kata ..kita suruh pelajar - pelajar ini pulak memberi tahap Band 6, 5, 4 . ..1 untuk guru guru nya. Adakah kamu faham apa Cikgu Sidek ajar pasal topik peratusan, Rama, Raju, Kuma? He..he.. he.. kerja tak masuk akal ini kan Rama, Raju , Kuma ?
Why ..gonna let this happen for ever lu?
Ha..ha..ha.. (atuk makan pisang goreng salai ..masin ..nenek mu buat .. aduhai sedapnya bersara..awal).
Sekian.
Yang baik dari Allah dan yang tak bagus pun .. dari izin Allah jugak.
Rujukan:
Roger Schank (20**). Teaching Minds - How cognitive science can save our schools.
New York , London: Teachers College Press.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/12/atuk.html