Awas adab sopan kita ke rumah jiran bila berhari raya
Salam
Apa khabar saudara/saudari yg saya muliakan? Sihat ?
Ini ada .. sedikit .. refleksi .. muhasabah diri berkenaan dengan sikap tidak bersopan santun nya kita. Dulu orang orang melayu zaman Dato' Bustaman, Tok Janggut 1880 - 1950 , kita terkenal dgn satu bangsa yg sangat mulia/ hebat kerana budi bahasa . Jom kita tengok .. apa dah jadi sekarang ini.
Maaf .. jika ada . yg tersilap bahasa ..
Kita semua sibuk.
Orang muda sibuk.Orang tua sibuk.Orang perempuan sibuk.Suaminya pun sibuk.Pegawai kerajaan sibuk.Orang Pencen kerajaan/ swasta pun sibuk.Orang BN sibukOrang bukan BN pun sibuk. Tidak ada orang tak sibuk. Hatta orang yg dalam wad hospital pun sibuk .. bawak wayar ke sana sini ke tandas .. gi mari gi mari .. tersangatlah sibuk adanya.
Oleh sebab kita terlampau sibuklahhhhh ..
Kita terlupa nak ajar anak anak kita adab – beradab – sopan dan santun.Dulu masa( tahun 1800 – 1990) mak tak bekerja, boleh jugak emak ajar sedikit sebanyak ilmu adab beradab ini. Emak selalu susah hati jika kita tak ada adab dlm pergaulan kita. Sekarang kita semua telah membuat satu kesilapan besar (Maria Zain, 2012)
Mak ayah anggap guru guru sekolah boleh mengajar anak anak / cucu-cucu / cicit cicit kita ilmu adab- beradab ini.Guru-guru pun silap ingat mak ayah di rumah akan mengajar anak-anak mereka ilmu adab beradab ini tetapi semua andaian ini tidak benar kerana semua orang sibuk. Rushing nak habiskan silibus/selalu kejar mengejar atas jalan raya .. nak buat itu dan ini.
SEkrang anak kita sudah tidak beradab lagi. Orang melayu islam tidak beradab sopan lagi. Orang melayu islam Malaysia sudah berani kurang ajar. Maaf! Kurang ajar adalah sama dengan ‘tidak beradab sopan’.
Bukan mak ayah saja yang kurang ajar/ guru guru sekolah pun kurang ajar/pensyarah politeknik kurang ajar/ pensyarah university pun kurang ajar. Pendek kata kita semua adalah kurang sangat adab sopan dalam kehidupan kita. 24/7 kurang sangat kita bersopan sesama kita.
Dalam rumah , mak ayah sepatutnya mengajar ilmu asas adab sopan iaitu:· Bila menerima hadiah seperti sebiji buah nangka dari jiran, ucapkanlah terima kasih kpd jiran· Bila buat silap contoh kencing malam , ucapkan mintak maaf banyak banyak mak Ani yg silap· Bila isteri beri sedikit wang kpd ayah/ maka ayah kena ucapkan terima kasih di hadapan anak-anak.· Bila suami bawa kereta menemani ibu ke pasar berjam-jam baru pulang ke rumah , mak akan ucapkan terima kasih kpd suami / ayah di hadapan anak anak kita secara langsung (ASTRO LIVE)· Bila emak asyik dapat adik baru di akhir akhir tahun ini, ayah akan ucapkan terima kasih SEnah. Subur kita berdua. Ucapkan terima kasih secara ikhlas ..kerana isteri dpt memberi mu anak-anak lelaki / perempuan.· Bila datuk dan nenek dengar SEnah dah bersalin , ucapkan kpd menantu kita Jali itu ..tahniah LI.. untung kita belako belako. Alhamdulilah!
Di sekolah/ opis/ PUTRAJAYA/ institusi pengajian tinggi di seluruh negara
· Bila bos dengar anak anak buah dapat kejayaan dalam apa apa jenis pertandingan; ucapkanlah tahniah secara terang terangan. Bila dengar kejayaan ditempa pada hari isnin, pada hari isnin lah kita ucapkan tahniah itu kepada pegawai bawahan kita . Yang bagus belanja makan atau bawak staf AIR ASIA ke Acheh, Indonesia. Sebagai tanda penghargaan· Bila bos dengar anak anak buahnya … penulisan si anu bin si anu Berjaya masuk ke dalam jurnal impact factor …atau tak ada impact factor sekali pun .. ucapkan tahniah .. berikan hadiah berupa sebuah novel/ kasut CLARK itu dan ini. Satu bentuk motivasi. Org bawah akan kenang boss sampai mati.· Kalau tengok anak buah .. umur pun dah banyak ..gred jawatan DG44, DS45 dari dulu zaman Hang Jebat sampai lo ni .. gred jawatan ..tak bergerak gerak pun ..cubalah ..wahai BOSS ..tolong .. up grade gred jawatan anak anak buah tu / Kita prihatin benar kat nasib orang orang bawah kito.· Bila bos dengar anak anak buah dapat menantu baru .. ucapkan tahniah dan cubalah menghadhirkan diri ke upacara kenduri ( sedap rasa hati .. jika nampak BOSS kita di bawah khemah hijau musim kita berkenduri ). Terima kasih Prof! (he..he..)· Bila dengar bos sakit, anak anak buah akan datang melawat bos di Hospital, Ward, di rumah bangl0 BOSS; tak apo kor boss?· Bila dengar anak BOSS akan ke luar Negara untuk menyambung pengajian PhD .. semua anak anak buah akan mengucapkan Tahniah Boss! Tak buat kenduri boss tanda kesyukuran? Tepoh roti jalo dgn saya deh? Harga special BOSS…
Di kedai/ di emporium / tempat jual beli/bazaar ramadhan/ pasar minggu
· Bila dengar orang sebelah kedai kita dapat menjual banyak banyak barang-barangnya dengan besar pulak keuntungannya / volume jualan besar ..ucapkan tahniah. Kenapa nak berdengki pulak?· Bila dengar jiran kedai kita Berjaya menjual ikan segar dalam masa paling pantas ..ucapkan tahniah .. mu pakai ilmu gapo Jali?· Bila dengar jiran kedai tak Berjaya menjual apa apa pun dalam sehari, seminggu, sebulan, setahun .. Tanya khabarlah..bak po nyor? Mu kecek guano dengan pelanggan Mat Jali weh?
Di Putrajaya
· JIka dengar PM Dato’ Seri Hj Mohd Najib berjaya memberikan kita staf kerajaan 1.5 bulan bonus, ucapkan lah Terima Kasih PM, Terima Kasih banyak banyaklahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ..sedap sikit raso hati .. awal awal tahun semua buku anak anak leh beli secara cash dah Dato’ Seri . TQ so much. If satu hari , kita nampok boss runsing ; · Tanyalah kahbar dengan Dato’ Seri jika Nampak BOSS BN susah hati benar dan berkerut banyak di dahi
Insyallah jika kita dapat amalkan ini semua .. anak anak kita akan mula mengamalkan adab beradab sopan santun ..dan jika ini berlaku .. kita juga yang sedap hidup dalam rumah tangga
seronok mari pejabat; sedap ikut arahan boss itu dan ini .. di dalam dunia ini.
Sekian.Wallahu aklam // sama sama lah kita amalkan ilmu adab beradab ini sepanjang hidup kita. Semua ini bermula di rumah / dgn kito dulu jugak. Bilo orang tua beradab; maka secara otomatik anak-anak nak ke rumah jiran ber hari raaya .. akan beradab sopan dan tinggi budi pekerti.
Rujukan:
Maria Zain “Good manners , Good education” / Harakah 1 OKTOBER 2012
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/09/anak-kita-tidak-ada-adab-pun-bila-gi.html