azan ..pembesar suara ..
Salam
Tadi dalam khutbah di sebuah masjid di Georgetown .. khatib memberitahu pasal benda viral dalam media sosial .. response ke atas kerajaan Pulau Pinang nampaknya ..bila mana ia tak berapa suka kita pasang pembesar suara untuk azan dan aktiviti ilmu dlm sesebuah masjid / surau ini.
Nampaknya umat melayu islam ..tak gembira dgn perkembangan terbaru ini.
Khatib .. menasihatkan kita jgn ‘terlampau emotional ' pasal masalah ini. Ikut jamaah mufti dan ..majlis agama P.P. memberi respons terlebih dahulu. Mungkin ada hikmahnya.
- Khatib menyambung lagi atas mimbar ..
‘bilangan khariah sembahyang 5 waktu tak berapa ramai pun ..
yg mendengar majlis ilmu agama pun tak ramai jugak .. oleh itu arahan dari kerajaan negeri pasal pembesar suara dan azan ..nampak ada logiknya.
Penduduk ..nak tidur , ada anak kecil , ada orang sakit nak berehat, ada students nak belajar ; pensyarah kasi laluan bila azan berkemundang .. mereka tak mahu diganggu oleh azan + pembesar suara lah itu.
- Dia mintak kita muhasabah diri kita sendiri…perkara ini berlaku kerana umat islam tak peka ..
time azan maghrib pun ..dok tengok bola, main bola, minum minum di kedai mamak, ada bapak hantar isteri dan anak anak perempuan ke pasar malam/ emporium di waktu azan maghrib (contohnya) ..
sedangkan bilangan ahli khariah ..tak bertambah-tambah pun ..
kalau tak ada azan pun ..mungkin bilangan yg sama itu sahaja hari demi hari / minggu demi minggu.
Oleh itu .. teguran kerajaan negeri kena atas batang hidung kita sendiri.
Kalau nak ..orang lain respect agama kita ..ayuh kita kena cepat cepat ..bangkit dgn amalan amalan masjid ..lagi pun Allah telah mengistiharkan ..“yakinlah org org beriman adalah org yg berulang alik ke masjid setiap hari terutama subuh dan isya’ ….. org yg sembahyang di rumah / opis/ stadium bola/ kolam renang ..tak ada jaminan tuhan memberi label seperti itu.
Macamana itu?
- Benda ini berlaku ..bilamana bilangan org melayu tua ..masih ramai lagi di sini.
Entahlah apa nak jadi .. jika bilangan melayu tua dah berkurangan hari demi hari ..rasa rasa ..masjid pun akan jadi muzuem seperti di Cape Town, Afrika Selatan. Satu hari nanti ..cucu cicit di sini akan bercerita .. oh tikar sembahyang yg tergantung di dinding rumah kau itu .. ada aku nampak moyang aku gunakan sambil dia mencium bumi dan sembahyang .. …
Ini sudah berlaku di Sepanyol dalam kalangan pak pak arab di sana. Raheem Sterling di England .. cuba tanya dia ..mari mano Raheem ini?
Sekian. Renung-renungkanlah.
Walllahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/10/azan-pembesar-suara.html