Bab ikhlas
Salam
Tadi selepas subuh di masjid, Pak Imam ada bertazkirah pasal ikhlas. Aku tumpang menadah telinga.
Topik bagaimana ikhlas boleh hilang, terlucut dari buku akaun amalan kita masing masing.
Saya tulis dan sampaikan sahaja di sini. Jangan marah. Niat .. menulis sambil sambil bersedekah melalui penulisan ini. Nak bagi duit seluruh rakyat dunia ..mustahil aku boleh buat begitu ..tetapi dengan blogging ..insyallah. Harap ada seorang pembaca teringat apa yangdibaca dan diamalkan seterusnya dalam kehidupan dan sampaikan kepada orang orang lain. Syarat? Tulis dengan baik dan berfokus tinggi.
Saya tengok pun ..Pak Imam 1 ini bercakap berpandu kepada benda dalam handsetnya sahaja.
Google .. dan dia pun bertazkirahlah. Beginilah bunyi tazkirahnya.
1. bila bersedekah , jangan bercerita kepada sesiapa kecuali seorang guru nak buat satu pengajaran kepada anak anak muridnya.
Hadith: Paling baguih bersedekah .. apa yang tangan kanan beri , tangan kiri tak tahu menahu pun.
Masya Allah!
Aku jenis .. selalu buat muhasabah diri sebelum tidoq .. apa aku buat hari ini?
Mesti tahu punya .. duit dalam akaun/ poket seluar mengapa dah habis ni? Baru 14 haribulan ..gaji bulan julai 2017 lambat lagi ni. Gi mana pitih mu ? He.he..he.. mesti tahu tangan kiri ku ..kasihan.
2. bila beramal apa apa pun ..sembahyang tahajud, puasa sunat Khamis Isnin, puasa 6 atau apa apa
jangan beritahulah kepada rakyat Malaysia ni ..
3. bila memberi derma .. jika tulis nama dan jumlah derma ..pahala sedeqah ..BURN (terbakar)
contoh:
Profesor Joe — RM1000
Ketua Pemuda — RM500
Ketua Wanita — RM501
Untuk selamatkan diri tulis begini
Hamba Allah — RM1.00 jah!
4. jangan sebut ..ikhlas niiiii.
Contoh:
kita beli buah tamar dari seorang janda muda. ( mana mu tahu dia janda ?)
Dia pun masukkan buah tamar sekilo dua. Lepas itu ..dia tambah lagi ni .. sementara itu dia ada menyebut
ikhlas saya niiiiii….
Jangan!
kalau nak beri buah tamar lebih sedikit .. beri sahajalah .. jangan disebut sebut apa apa .
payah kan?
Kita orang melayu Kelantan .. cukup tinggi sopan santun , budi bahasa kita
maklumlah nak pikat anak dara dia itu.
Kerap sedekah tehhhhh..
ada udang di sebalik batulah nii.
- memberi tenaga dan masa bersungguh sungguh siang dan malam dengan ada niat sesuatu
Payah. Hidup zaman BARISAN NASIONAL lor ni.
Ramai kita .. bila berbudi , nak sangat orang besar besar mengenang budi kita ( susah payah kita)
Sekurang kurangnya anak kita boleh masuk MRSM Jeli.
Adjust BOss .. adjust .. bila berjumpa Datuk Pa kita.
Begitulah nasib MRSM.
Sekarang payah dah nak cari MRSM seluruh Negara .. semua calon MRSM lulus cemerlang dalam semua subjek.
Ada tu ..alumni MRSM .. MUET pun Band 2 jah…. ajaib bte hairan.
Mengapa?
ada yang tak perform pun dalam UPSR , boleh masuk MRSM.
Begitulah .
Bila berbudi ..ada orang nak dibalas budinya.
In sya Allah .. begitulah kita hidup zaman moden ini.
Sekadar nak menunjuk nunjuk anak anak kita ngaji
tinggi sewaktu orang beraya di rumah kita ..
anak hambo
Australia ada,
UK ada, Jepun pun ada. Tajaan MARA.
Tetapi sayang bila pulang .. ke Malaysia
tak ada kerja pulok doh nya.
Aduhai….
Cukuplah untuk kali ini.
Panjang umur berjumpa lagi.
Tazkirah tak boleh lama lama .. sekejap jah . 10 minit pun sudah memadai. Nanti orang boring. Dok kor gitu sahabat ku yang bistari MRSM bitara ?
Sekian.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/07/bab-ikhlas.html