Bacalah al Quraan
Salam
Kita diminta membaca al Quraan sepanjang masa.
Dalam masjid waktu zohor dan asar , kita tekun membaca Al Quraan.
Tetapi .. lebih bagus kita baca tafsir/ makna ayat ayat dibaca serentak.
Dan terbaik .. baca, faham isi kandungan tersebut dan kita terus amalkan apa yang terkandung itu.
Contoh,
jika Allah menyentuh perkara berkenaan dengan ikhlas ..eloklah kita buat semua tugasan kita secara ikhlas yang boleh.
Jika Allah memberi amaran mengenai .. sikap menipu , berbohong , khianat , zalim ..
eloklah kita berwaspada dengan perkara ini.
Mengapa? jika tidak .. sia sia semua amalan kita selama ini. Haiwan dirimba dan ikan di lautan pun akan ketawakan kita. Apa tidaknya ..kita makhluk yang ada fikiran. Tak kan tak faham .. bila tuhan beri warning pasal ikhlas .. kita kena bertindaklah.
Kalau tidak kita bergelar insan yang BODOH.
2) KIta baca Al Quraan
kita solat 5 waktu
kita puasa 30 hari setahun
kita simpan duit .. naik haji ..g umrah
kita bantu orang orang susah ( miskin, papa kedana ) dari dalam dan luar Negara ..
jika
sampai satu zaman .. ada orang besar nak jalankan hukum hakam tuhan di atas muka bumi ini
kita kena sokonglah bersungguh sungguh hati.
Jangan kita melawan pulak.
Jangan kita beri idea kepada orang luar (kafir) bahawa hukum hakam Allah tak praktikal dibumi bertuah ini.
Ada ke logic?
Baca al quraan macam macam.
Ada sampai ke peringkat berlagu.
Bertanding dalam pertandingan mengaji .. dapat johan qari/ qariah ..
kebangsaan dia menang ; antarabangsa pun dia menang ..JUARA ..
bila orang Tanya ..bolehkah hukum hakam tuhan dalam al Quraan itu dilaksanakan di sini ..
dia jawab tak boleh ..
kerana Malaysia adalah sebuah Negara paling unik di dunia.
Ramai penduduk berlainan bangsa, budaya dan agama.
Mana pandai kita dengan Allah Taala?
- Klau kita tak menyokong pelaksanaan hokum hakam Allah
samalah kita tak faham apa yang dibaca selama ini
walaupun kita membaca dengan stail berlaghu yang hebat.
Astaghfirullah.
Betul tak?
Dalam kata lain kita ..pembaca Al Quraan yang bodoh.
Simple ..
Di dunia ini bolehlah kita ligat
sana dan sini
tetapi bila berjumpa tuhan nanti ..
apakah alas an yang kita nak pakai untuk menyelamatkan diri kita dari azab Allah.
4) Di sini kita buat macam macam kerana
kita berpegang kepada satu kepercayaan
bila datang hari raya aidil fitri
dosa dosa kita secara otomatik terampun.
Kita ingat kita akan jadi umat tanpa dosa.
Pakaian bersih dan suci. TEmpat kita syorga firdaus satu kampong dengan para para nabi alaihis salam.
Dengan idea ini
orang melayu tak berubah apa apa ramadhan demi ramadhan. Ramadhan 2010 atau Ramadhan 2017 tak ada perbezaan dalam tindak tanduk kita secara menyeluruh.
Kalu dulu curi tulang semasa berumur 27 tahun di sekolah sebagai guru atau di markaz tentera sebagai major
sekarng pun dengan umur 72 tahun pun ..sifat / cara / gaya solat kita , puasa kita , tindak tanduk kita
tak berubah apa apa. Bacaan al Quraan pun tak ada apa apa peningkatan.
No changes.
Tak percaya ..pergilah melawat universitas universitas di Malaysia/ Indonesia
siapakah yang datang lewat saban hari?
kumpulan manakah yang menghantarkan assignment pada saat saat akhir ?
Jangan terkejut .. kita akan dapati kaum yang sama melakukan ‘dosa’ yang sama.
Ini adalah akibat kepada ..
Disebabkan kita fikir kita akan terampun semua dosa dosa kita waktu pagi hari raya yang mulia. Ha..ha..ha..
orang yg gemar menipu rakyat , menzalimi rakyat,
mereka reka kan cerita itu dan ini
selepas hari raya ini pun tabiat , habit, stail hidup mereka tidak berubah sedikit pun.
Khutbah teks hari raya pun ..tak boleh menukar stail seteruk ini kecuali .. iman dan taufik hidayah dari Tuhan Robullalameen.
Oleh itu lah ..kualiti hidup kita tak meningkat maju pun.
Walaupun kita menyebut kita masyarakat yang maju
.. mungkin perut kita jer yang sedikit maju bila Julai 2017 mendatang dengan pemakanan lontong, soto, kuah tom yam ala Thailand, masakan asam pedas orang Muar.
Tahap pemikiran , budaya pemikiran , tindak tanduk kita kaum adam dan hawa
masih di takuk lama.
Rasuah masih bermaharalela.
Boros masih menjadi ikut-ikutan.
Penat SPRM membongkar kes kes rasuah satu demi satu ..
kesan nya tiada. Hanya ikan bilis sahaja yang dpenjarakan ..sedangkan
jeng jeng jeng
Tengok sahajalah ..
bekas menteri besar sebuah negeri itu
keberadaan dia dalam satu korporat terbesar Negara membawa masalah ..
alih alih PM Malaysia melantik dia juga sebagai ..
itu dan ini untuk korporat , organisasi lain pula.
Ini menunjukkan dia tak ada apa apa perasaan malu diri.
Kalu SPRM boleh Tanya dia ..4 jam lamanya mengikut akhbar UM ..
apakah tanda ini? Semua bersih lah transaksi ?
Kalau begini
apa guna kita
membaca al Quraan
mendengar al Quraan dalam pertandingan musabaqah
memasang kaset al Quraan merata rata Bandar Kota Bharu
jika kita tak ada hati apa apa
untuk berubah
dari sifat terkutuk kepada satu sifat yang Allah redhai.
Sempena Hari Raya
saya tak mahu ketinggalan nak mengucapkan
SHR Maaf Zahir dan Bathin kepada tuan/puan/ adik/ kakok semua.
Jom berubahlah .. umat islam ku semua.
Biar kita menjadi contoh kepada orang orang lain.
Tak banyak pun ..biar ada sedikit yang termampu oleh kita.
Mana tahu ..ini sahaja modal kita untuk memasuki syorga Allah.
Abadi abada.
Sekian.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/bacalah-al-quraan.html