Badan rasa letih
Salam
Sebagai manusia biasa .. badan kita kadang kadang merasa cukup letih dan mengantuk pula. Mengapa? Ada 3 sebab:
- tidur dan rehat yg tak mencukupi
- kerja yang terlampau banyak dan ada stress gila gila seperti ..programmer komputer yg ada DUE DATE
- terlampau banyak memikirkan yg bukan bukan seperti .. jika tak siap program komputer ini .. BOSS aku akan pecatkan aku dalam 24 jam. Adush.. habislah.. how to bayar kereta Vios ini? how nak sponsor anak masuk USIM selepas bulan 3 ini. Payah ..
Huraian:
1a) manusia diminta tidur paling optima 6 - 7 jam sahaja. Jika kurang dari itu, sudah tentu badan kita akan merasa penat dan tak bertenaga. Orang tua pesan .. makanlah / minumlah makanan yg ada elemen madu lebah (honey from the bees). Insyallah mujarab.
2a) semua kerja ada stress. Programmer komputer ada stress .. driver teksi Kuala Lumpur pun ada stress. Why? tak ada penumpang walaupun sudah berjam jam berputar putar di kawasan Pudu Raya. Orang dah khawin 3 - 7 tahun pun ada stress. Tak ada zuriat lagi .. lagi pun masyarakat melayu kaki penyibuk. Sibuk bertanya ..bila nak dapat anak ni? Waktu berhari raya puasa depa tanya .. time raya haji depa tanya .. time atuk kita mati pun ..ada depa tanya. Stress nya?
Orang menjual makanan pun stress bila berpindah ke tempat baru atas arahan kerajaan. Tempat baru .. payah org nak tahu .. prestasi masakan kita dan kualiti makanan2 kita selama ini. Bila restoran tak ada ramai pengunjung.. hutang sewa hutang semakin banyak dari bulan 12 tahun lalu hinggalahke hari ini.
Orang tua pun ada stress jika ada penyakit sejak muda muda dahulu. Kencing tak puas .. buang air besar ..tak mau mau .. keluar najis ..walaupun .. dah banyak ubat dari seluruh dunia . dia telan , minum dan kemam. Bila tak boleh buang air kecil dan besar .. isu kecil pun .. jadi sesuatu yg besar. Senang bergaduh .. sesama kawan di pejabat , opis, rumah, kat luar opis dan lain lain lagi. Stress kerana ada penyakit. Ada doktor peribadi saya .. menasihatkan jika kita ada penyakit kencing .. cuba try khawin isteri yg lebih muda sedikit … insyallah tahap penyakit pundi kencing itu akan beransur ansur hilang. Entah apa rahsianya itu. Saya pun tak try try lagi. (ketawa).
3a) memikir benda yang bukan bukan. Waktu siang memikir .. waktu malam pun memikir .. waktu dah jauh malam .. pun otak kita masih memikir benda yg bukan bukan. Contoh pelajar yg sudah 2 - 4 kali fail subjek CORE matematik di universiti ..di mana program yg ia ikuti pun Ijazah Matematik. Ada sponsor dulu dulu itu tetapi dek sebab banyak kali dah fail ..fail.. fail .. fail.. memang oklahdia memikir .. nak beli beg apa .. nak pulang ke kampung for good and for ever and ever ( tak balik bbalik ke kampus dah selepas ini).
Bila balik kampung .. gfriend yg ada .. sure.. boleh ucap selamat jalan lah. Mana ada .. org berpegang pada janji zaman la ni. Semua orang mahu cepat. Kaya cepat. Khawin cepat. Bercerai cepat dan jangan lupa Mati pun cepat jugak. Dah kau fail 2 - 4 kali … gfriend pun dah .. dekat dekat nak konvokesyen dah pun. Payah .. nak pertahankan cinta sakti itu. Dia pun dahtawar hati. Gfriend tahun akhir dah .. (anak org kaya pulak itu) sedang hero asyik fail jer matematik diskrit dan statistik .. tahun1 .. berkali kali dah. Lagipun hero setakat anak bujang org jual sate ikan di kampung Kedai Lalat , Kota Bharu, Kelantan jer. So good bye my friend. Status ekonomi tak setanding mana pun.
Tak apa … bunga tak sekuntum .. kumbang tak se ekor .. ( elok nyanyi lagu ini 30kali sehari supaya cepat sedar diri sikit tuan hamba itu..)
So riingkas cerita … ukur baju di badan sendiri.
Jaga diri baik baik.
Jangan kasi .. masalah ini bertambah tambah susah … permudahkan sahaja. Seperti jikatak ada orang nak naik teksi kita di Pudu Raya.. why not try .. ambik route (laluan) lain pula. Tuhan kasi kita otak bukan?
Kalau badan masih penat .. elok jumpa doktor pakar ..tanya .mengapa ini terjadi.
Dengarlah nasihatnya itu … mana tahu makanan di johor tak sesuai dgn tekak orang kelate itu.
Bersabar lah.
sekian. wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/03/badan-rasa-letih.html