Bahasa ibunda semakin payah dan membosankan


Update terakhir:

Salam

Tadi saya mengambil kesempatan membaca 2 - 3 paragraf tentang pendidikan matematik negara ini.  Saya membaca sebagai persediaan untuk ke Indonesia sebagai Pengucap Utama Persidangan Matematik Pendidikan Yogyakarta Dis 2012.

  1.  Cuba kalian baca ayat ini:

'  ..  konstruktiseme radikal ialah melihat sesuatu objek dari pandangan ilmu peribadi atau pengalaman seseorang dalam jangka masa terbatas ..'

Apa itu konstruktiseme radikal ?

adakah istilah ini digunapakai oleh Hang Lekir dan Hang Lekiu semasa mereka bermain sepak raga di Pantai Melaka  700 tahun yang lalu ?

Adush ..susahnya ..  sekarang orang pandai bangsa melayu .. menggunakan istilah bahasa inggeris dan dimelayukan ..

kenapa tak tulis begini -   “… apa apa yang disampaikan oleh bijakpandai melayu adalah bergantung kepada ilmu dan pengalamannya sendiri yang terbatas dan berlegar dalam jangka waktu yang terbatas”.

Bukankah senang begitu /  rasa rasanya bunyi melayu kelate sikit itu - ayat kedua.

  1.  Semalam saya berada di MIGHT, Cyberjaya 7.  70 - 80 peratus ahli mesyuarat .. adalah berbangsa melayu termasuk aku.  Tetapi kami bercakap dalam bahasa Inggeris sepanjang masa dari jam 0400 - 0600 petang.

Mengapa tak guna bahasa melayu .. kan?  Korbankan bahasa melayu ..dan tonjolkan bahasa inggeris. Hari ini Hari Raya Korban.  Satu peristiwa besar dalam perjuangan dakwah islam - Nabi Ibrahim a.s menyembelih anak kesayangan nya sendiri ..  Nabi Ismail a.s.  Hushhhhh.. besar pengorbanan itu ..tetapi adakah

pengorbanan berbahasa Inggeris dalam mesyuarat besar MIGHT semalam satu pengorbanan identitas bahasa kebangsaan kita.  Power Point semalam penuh dengan data matematik , statistik, teknologi rel, dan macam-macam tetapi sayangnya ..  semua adalah dalam bahasa INggeris.

Satu pengorbanan yang besar juga ..aku fikirkan.  Aku tertidur .. semasa pulang dari Cyberjaya ..ke Batu Pahat ..tidur kerana penat seghoti ma  dan ..  pelik .. memikirkan ramai melayu pandai tetapi kami asyik berbincang dalam B.I.  Bilo nok kecek dalam BM nyo?

Adush Pak Sako/  di mana mu kali ini?

Wallahu aklam.  SElamat Hari Raya Aidil Adha.  Maaf Zahir dan Bathin.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/10/bahasa-ibunda-semakin-payah-dan.html