Bahasa rojak


Update terakhir:

Salam.

Selalu kita mendengar orang melayu yang bercakap cakap dalam bahasa melayu .. tiba-tiba dia menggunakan beberapa istilah bahasa inggeris.  Jika ini terus berlaku .. orang panggil dia telah menggunakan bahasa rojak.  Ramai orang menyampah bila mendengar pengucap utama dalam persidangan apa apalah ..menggunakan bahasa rojak.  Begitu juga filem melayu moden yang menggunakan bahasa rojak. Kadang-kadang ada filem star itu BI nya gred 8 sahaja, tetapi bila berlakon dgn Erra Fazirra ..asyik asyik menggunakan B.Inggeris jer ..sebbutan nya bukan perfect english pun… Rojak?   Meluat kita semua, bukan?

  1. Apa kata pulak ustaz ustaz   dan ustazah ustazah di dalam TV3, NTV, Astro .. yang bercakap 1 minit dalam BM tetapi 2 minit lagi dia menyebut ayat-ayat quraan dan hadith hadith nabi dalam bahasa arab.  Kalau dia meberi ceramah agama 1 jam ..maka ndia akan bercakap dalam bahasa arab selama 40  minit.  Bukan kah ini dipanggil bahasa rojak juga?  Tidak boleh kah kita menggunakan ayat ayat yang 100% Bahasa Melayu sahaja?   Tidak sempurna lagikah Bahasa Malaysia kita ini?  Ada ustaz menggunakan istilah maksiat.  Kalau gunakan istilah ‘amalan yang membawa seseorang itu ke arah  berdosa’  bukankah ini lebih mudah difahami oleh semua orang melayu tak kira muda ataupun tua?  Ada orang menggunakan istilah madrasah, pondok, pondok moden, .., banyak lagi .. pelik bukan?  tak semua orang melayu faham dengan istilah istilah yg bercampur aduk ini.  Sekejap  melayu dan banyak masa bahasa arab.  Confuse?

3)  Ada orang tabligh datang ke rumah saya .. 1 minit dia akan bercakap BM tetapi tiba tiba dia menggunakan istilah seperti ‘gasht’,  ' khususi ghaszt ' .. ini semua dalam bahasa urdu/persian.  Bahasa dari Pakistan.  Pelik?  dari mana pulak bahasa jenis ini boleh masuk ke tanah air kita?

Bukan kah ini semua bahasa rojak yang turut sama merosakkan bahasa melayu kita?  Tolong jawab tuan hamba.  Terima kasih.
Wallahu huaklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/12/bahasa-rojak.html