Baik baik


Update terakhir:

Salam.

Negara memerlukan rakyat yang baik.

Guru kena baik.
Kerani pun kena baik.
Menteri kena baik.
Perdana Menteri pun kena baik. Dio baik. Org rumahnya pun kena baik lah.

  1. Selepas satu satu upacara perkhawinan di kampung melayu,  org org tua selalu berpesan kpd pasangan  pengantin untuk hidup dengan baik.  Berbincang dengan baik dan …  kena baik baik. Hidup baik baik. Gaduh baik baik dan mati pun baik baik jugalah.  Bila orang memasukkan jasad kita ke dalam lubang kubur ..orang di atas .. minta kita letakkan jasad dengan sifat ‘baik-baik’.

Apakah maksud semua ‘baik baik’ ini?

  1. Hutang negara sudah mencicah RM600 bilion dah.

Dulu ada menteri dipenjara kerana rasuah.
Ada pegawai kerajaan yang membunuh orang kampungnya sendiri  dan ..

macam macam ..  tidakk nampak baik pun ..orang orang di sebelah dunia sini.

Oleh itu apakah ..sebenarnya .. ungkapan ungkapan ‘baik baik’ ini?  Adakah kita seperti burung burung kakak tua  ..  tahu menyanyi baik baik baik baik ..tetapi realitasnya kita tak faham apa apa ..dengan maksud ungkapan baik baik ini.

Semalam ada ibu membunuh anak anaknya yg kecil.
Dulu ada orang muda ..membuang anak yang baru lahir ..di longkang, di kawasan semak , disangkut kat pagar masjid dan dikerumuni oleh serangga serangga dan macam macam lagi.

Tingkah laku ini ..tidak mencerminkan ,..satu masyarakat yang baik-baik pun.

Mengapa? Boleh tak kita simpulkan di sini, sebenarnya ramai kito nihhhh

  1.  tak ada iman pun. Kita bukan manusia yang bertaqwa. Mungkin kita kafir kot?
    Kita tak takut balasan tuhan.  Kita tak percaya api neraka yg mana kuasa panasnya 70 kali ganda dari kuasa panss api di dunia.

Kalau kita percaya ..
Sudah tentu
kita sudah menjadi manusia yg baik-baik.  Boleh dijadikan contoh teladan oleh semua manusia di benua Eropah, Afrika, Amerika, Arabia, India, China hatta Antartica sana.

Kita dah confuse.  Kita derhaka?

Kepada siapa yerrr?

Kepada tuhan yang menanti kita sejurus kita mati ..pada bila bila masa nanti.

Awas.  Bertaubatlah.
 Itu pun kalau kita mengaku kita itu benar benar mukmin mukminat sejati.
Sekian.
Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/12/baik-baik.html