Bala kecurian
Salam
Saya ingin berkongsi .. apa yg saya dengar khutbah jumaat di Kota Bharu Kelantan. Jumaat yg lalu. 22 Mei 2013. Saya menulis dalam bahasa kampung juga. Harap membantu.
sebahagian dari isi -Kandungan Teks Khutbah hari Jumaat Masjid Kpg Langgar Kota Bharu, Kelantan 22 MEI 2013
Cuti baru baru ini saya sempat pulang uruskan bil rumah saya di Kelantan sambil menghirup udara segar dan makan nasi dagang ikan tambang bercampur acar timun di Bandaraya Kota Bharu, Kelantan selepas PRU13 yang berakhir 5 Mei 2013. Alhamdulilah.
Saya sempat bersembahyang jumaat di masjid Langgar, Kota Bharu. Berikut adalah benda yang saya dengar ..nak share dengan followers blog saya tak seperti ini je.Saya tertarik dengan kandungan teks ucapan khutbah jumaat kali ini. Tak jupo teks jumaat serupo ini. Sebahagian kandungan teks yang masih saya ingat ialah tentang kecurian kecurian yang sedang menjadi jadi di kawasan Bandar Kota Bharu sejak akhir-akhir ini.
Apakah yg dicuri? Disenaraikan di sini:(i) Duit derma masjid walaupun tabungnya berbentuk besi, kuat dan gagah ..masih dapat dilarikan orang setelah dikopak secara professional .. dan ajaibnyor bertali lembu dan gajah, ikat kat tiang masjid paling kuat sekali ..semua lesap hari demi hari.(ii) Harta harta masyarakat seperti motosikal, basikal anak anak ke sekolah, kereta, tayar, minyak pelincir, sampoo kereta, getah pelapik kaki orang dalam kereta pun .. dicuri orang. Bateri kereto, tayar kereto (iii) Pecah rumah, wak lari computer, handset, ipAd , iPOD, seluar jeans , seluar dalam anok tino orang (iv) Rompak(v) Samun, curi simen, curi bata orang nak buat rumah, kedai , curi besi panjang dan (vi) Perbuatan khianat manusia yang tak puas-puas mahu menyusahkan orang ramai
Adik kakak sekalian. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?
Sudahkah kita hilang keimanan kita .. mahu mencuri duit untuk pembinaan masjid jamek Langgar kito ni. Tak takutkah kalian tentang azab Allah yang akan menimpa tuan tuan sekalian?
Saya yakin .. dalam barisan makmum hari ini ..ada anak anak mereka yang terlibat dalam kes kes kecurian di atas sepanjang masa. Tok puas puas mencuri. Ayoh kaki mencuri, anak buat jugak curi dan cucu sekarang pun ..masuk mencuri juga.Saya yakin ..dalam barisan makmum yang mendirikan sembahyang jumaat ini .. ada orang yang terlibat sama ..mencuri wang dari tabung masjid. Adakah itu dinamakan orang islam beriman?
Marilah kita pulangkan semua barang barang yang dicuri .. sama ada sengaja ataupun tidak sengaja.Kita bertaubat nasuha dan jadi orang baik baik seghoti. Muga muga Allah mengampunkan kita.
Saya yakin ada pencuri ini berumur 60, 70 dan 80 tahun. Mereka terlibat sama secara aktif atau tidak secara langsung. Tak takut kor kita akan mati ..tak lama lagi. Duit dalam tabung masjid itu lah yg akan digunakan untuk membeli alat alat perkebumian jenazah khasnya ..mungkin mayat/ jenazah demo jugok.
Saya suka khutbah ini kerana .. tahap percakapan/ teks khutbah ini berbentuk tempatan ditujukan khusus kd orang orang kampong Raja Dewa, Langgar , jalan merican , Billion Supermarket, dan Dusun Muda ini. Lain sikit dibandingkan dengan teks ucapan di university tempat saya bertugas ini. Bahasa yg digunakan dalam masjid university sangat sangatlah tinggi bahasa melayu nya contohnya pusat koreksional di Ajil, Trengganu dan Pusat Koreksional di Tanjung Keling, Melaka. Itu sahajalah .. apa yang saya dapat ingatkan dari khutbah di Kota Bharu. Yang lain tak ingat sangat maklumlah .. macam macam dalam kepala otak saya seperti ..apa nak makan selepas solat jumaat dan macam macam lagi da.
He..he..
So if kota bharu ada banyak kecurian .. apatah lagi di bandar bandar lain di seluruh Negara.Say Kota Melaka, Gelang Patah dan Georgetown. Di sana ramai orang bukan melayu.Yang hairannya ..makin banyak kito kecek pasal negeri islam, . ..semakin banyak harta masyarakat dicuri orang. Semakin kuat orang berceramah agama di atas balasah, surau dan masjid ..semakin banyak kecurian berlaku di sana sini. Semakin kuat mak ayah dok dengar ceramah agama dalam ASTRO dan TV hijrah .. banyak lagi basikal anak anak kito dilarikan orang. Tahu sajo ..tak tegur tegur anak anak kita sendiri. Itulah jadinyor?Rasa raso … Bila hukum hudud dapat dilaksanakan di Malaysia .. Cuba gak ..kerat tangan seorang pencuri di tempat umum seperti Bas Stesyen Central Kota Bharu ..lembah Kampung Sireh sebelah sungai Kelantan itu .. bila kerat tangan dapat dijalankan ..orang-orang curi mula berfikir ..berbaloi kah ..mencuri basikal orang tino THE STORE ..lepas tu ..tangan aku kena kerat ..kudung sampai mati.
Nak jawab apa dgn tuhan ..bila jupo dio ..dengan tangan kudung seperti ini …// dah lah tangan hitam legam kena matahari ..sekarang kudung pulak itu.
Mikir jugok orang tok kor gitu adik kakak sekalian? Mu raso guano weh?
Sekian.Wallahu aklam bis sawabbb. Maaf saya pinta .. jika ada kesalahan.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/bala-kecurian.html