bangsa bahasa
Salam
Ada pepatah ' tinggi bangsa kerana bahasanya'.
Bagus bukan?
Tetapi untuk makluman, sekarang benda skema menjadi mainan orang ramai. Ada wanita tak suka orang skema seperti ' mengucapkan terima kasih kerana ….' ; bagi mereka ini menunjukkan lelaki itu berjenis feminin.
Entahlah.
Dalam sktsa ‘SENARIO’ .. kita perhatikan orang ramai ketawa terbahak-bahak bila ..pelakon pelakonnya menunjukkan sedikit perilaku masyarakat ini yg dikategorikan dlm klas ‘skema’.
Orang ramai lebih suka perilaku yg bukan skema lagi … kalau tak dibendung oleh pihak atasan mungkin amalan sembahyang subuh berjamaah akan menjadi bahan ketawa.
Membaca surah Yaseen di awal pagi di kebanyakkan opis , jabatan, kementerian dianggap satu benda yg melucukan pula.
Entahlah.
-
orang kita suka membeli benda benda yg mahal mahal seperti jam tangan. Tujuan sebenar sesebuah jam ialah menunjukkkan satu waktu untuk sesuatu aktiviti seperti jam 0800 ialah masa untuk mula bekerja di opis dengan penuh minat dan tekun tetapi masyarakat luar boleh lihat dengan mata kasar mereka ..ada staf ..keluar opis waktu itu untuk sarapan, membeli belah dan macam macam lagi. Cukup memalukan bukan?
-
di dalam restoran, jarang kita mendengar staf restoran melayu mengucapkan ‘terima kasih, datang lagi yer’. Ada isteri isteri fikir ..staf restoran nak tunjuk gatal lah itu .. bila mengucapkan rangkapan terima kasih che abang.
Begitulah tuan/puan/adik/ kakak sekalian.
Masyarakat kita dah mula rusak. Bukan setakat bahasa dah rusak, nilai kehidupan pun sudah mula rusak. Mimbar masjid .. ada orang ..memberi ceramah .. banyak lucu, bahan ketawa dari …ilmu yg sebenarnya.
Dulu jika saya ke masjid untuk belajar sesuatu ..dapat jugak 1, 2 , 3 ilmu untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk keluarga saya .. tetapi sekarang .. tak sedap rasa hati kerana buah tangan kita semakin kecil dan ringan pula timbangannya.
Saya sudahi penulisan kali ini dengan beberapa pantun yg berbentuk ‘ever green’ agar maksudnya sentiasa segar dlm ingatan kita semua:
tingkat papan kayu bersegi;
sampan sakat di Pulau Angsa
indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa.
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah,
budi yg baik dikenang juga.
(dari Dewan Bahasa, Julai 2005).
Sekian.
Wallahu aklam bis sawabbb.
rujukan:
Dewan Bahasa Julai 2005 . ‘jgn salah mulut’.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/04/bangsa-bahasa.html