Banyak benda penting lehhhh...


Update terakhir:

Salam

Dalam kehidupan manusia banyak benda diletakkan dalam kategori ‘PENTING’.

Kerja/ pekerjaan/ status pegawai =  penting.
Rumah tangga pun penting
Bila keluar ke mana-mana kad pengenalan itu penting.
Duit lagi lah penting.  BIla main atas lebuh raya , duit kena ada dalam poket kita.  Kalau tidak susah nanti bila LLM minta kita tinggalkan kereta kita di stesyen terdekat.  Jalan kaki lah kita. Kes, tak cukup duit nak bayar tol.  Kasihan ,

Kesihatan penting.
Keluarga kita penting.
Ibu bapa kita penting.
Jaga janji penting.
Jika kita pemegang biasiswa JPA/ PETRONAS .. adalah satu yg penting kita tamatkan pengajian dengan jayanya.  Mengapa?  kita pergi ke luar Negara atas amanah rakyat.  Tak boleh main main belajr ini.  Nanti orang tunggu kita dengan ijazah Ph.D  ..kita boleh tunjukkan hanya ..segala segala dari luar kecuali Ph.d.  Penting kita jaga amanah rakyat.  Janji kita dengan rakyat jelata. Oleh itu aku di luar Negara, kebanyakkan masa aku habiskan dalam library university.  Kadang kadang menyambut 1 Syawal pun .. aku tak beratkan pa apa pun kerana ..pengajian aku lebih penting dari segala segalanya.  Aku tak nak hampakan harapan rakyat Malaysia.  Cuba fikir ..harapan nelayan,  peneroka FELDA dan perasaan hati Tan Sri Samad Isa dan kuncu kuncunya …  Waduhhhhhh..  bapak.  Masya Allah!

Pendek kata , semua benda atas muka benda ini tersangatlah penting.
Hati kawan penting.  Kita kena jaga perasaaan kawan atau sahabat taulan yang dekat atau pun jauh.
Tetamu pun penting. Melayannya dengan baik penting.  Oleh itu, suami isteri kena jaga .. biar tetamu bila datang berhari raya ..  biar juadah itu sesuai dengan occasion 30 Syawal.  Hari Raya lah.  Tak kan nasi goreng jahhhhh… aku datang ke rumah mu ini.

Ingat aku datang pun bukan setiap hari.  Setahun sekali pun susah. tak kan ..roti canai berkuahkan dal jer ..saudara.  Ingat tu?

Hati VC penting.
Hati Dekan kita penting.
Hati KJ kita penting.
Hati geng geng kita di makmal computer FSKTM, UTHM penting

Hati mak pun penting.
Menatap wajah mak ..di kala dia hendak duit baiki bumbung  atap nipah ..  kita kena cari duit habis habisan ..kerana hati mak kau jangan cuba dilukai. Nanti dia sumpah kita , payah nak confirm satu satu pekerjaan, kontrak dan maksud hidup.  Kasihan ..pi mai pi mai .. hati mak juga yang penting dijaga.

Kita khawin dengan mek salleh dari Petersburg, Russia pun
ibu kita more penting dari isteri kita yang cantik macam bintang pemain tenis Russia atau Serena Williams USA.  oleh itu ..  kena letak ibu dan perasaan hatinya ..tertinggi sekali ..kalau boleh di hujung hujung langit sana.  Insyallah ..syorga bapak!

Rumusan - semua benda di dunia ini penting.  Jika tak kena dijaga , pesawat MAS pun boleh hilang walaupun pilot MAS baca doa itu dan ini demi kesejahteraan penumpang dan dirinya sendiri.  Pada hari itu aspek keselamatan tersangatlah penting.


Tiba tiba datang maulana dari India, Pakistan, Bangladesh, Morocco ..depa bilang kat aku

1)  akhirat lebih penting dari dunia.
2) mengapa?  dunia sementara, akhiratlah yang kekal abadi.
3)  kejayaan di dunia tak sehebat kejayaan di akhirat.  Oleh itu, jom kita kena beri masa ..  buat usaha agama agar semua ahli keluarga dapat mengamalkan agama 24/7

Bagaimana?  cara keluar dakwah, bina iman dn amal.  Biar fikir kita .. banyak ke arah fikir akhirat sepanjang masa.

Bila ada fikir akhirat ,
solat kita jaga.
solat fardhu berjamaah kita jaga habis habisan.

jaga aurat isteri dan anak anak tu ..
jaga itu dan ini.

Penat!

(aku intai juga ..perut perut geng maulana ni semua bulat dan besar ..BROI broi bang)

macam macam nak jaga.  Why?  Ingat guar seorang JAGA ker?
Semua penting.

Dunia penting.  Akhirat lagi lagilah penting.

Aku .. manusia yang lemah.
Bnayak manalah boleh aku jaga .. 

kena hujan sedikit atas kepalaku ..  aku demam , selesema, resdung.

bos marah sikit .. jantung aku sakit. Stress gila.
isteri marah ..dia suruh beli ayam,  kita beli telurnya sahaja.
Aduhai…

kadang kadang fikir, mengapa mesti kita bodohkan diri kita ini selama ini?  Untuk apa ?
tak ikut orang ..apa dosa aku?

nak ikut tu
nak ikut ini
buat aku gila tau?

ha..ha..h…
nak jaga hati konon ..
jaga hati mak
jaga hati isteri nombor 1

i
jaga hati anak
jaga hati jiran tetangga
jaga hati pemimpin MO1
gitu ker dunia aku?

mengapa aku tak jaga hati ku sendiri?
bagus soalan ini.

boleh buat research ini.
 di Cambridge, UK atau Univ of Tsukuba, Tokyo, Japan

jaga diri aku
jaga status aku
jaga feeling aku /  bukan calang calang orang tau .. mengapa kena jaga hatii orang SPM gred 3 sahaja sedangkan ..kau hebat jauh darinya.

Ha..ha..ha..

bodoh bukan?
mengapa kita mesti bodohkan diri kita?
melayan kerenah manusia lain selain dari diri sendiri.

Sekarang  ramai lelaki berumur 40 - 60an mati awal .. jauh lebih dulu dari kaum perempuan.
ini kerana ..lelaki bodoh terlampau takzub melayan kerenah orang.

kain beli tak betul , kita jugak yang kena tukarkan.
ayam tak ada dalam fridge, kita juga yang kena settlekan.
gula pasir dah kosong dalam balang ..kita juga kena fikir fikirkan.
pergi emporium mewah ..kita jua yang kena adjust parking bay ..depa dahlama turun dan pergi shopping..
Banyak sedap engkau1

dASYAT.

tERLAMPAU BANYAK benda penting ..hinggakan si mati ( suami) terlupa menjaga hal ehwal nya terlebih dahulu.

Ada suami ..tak mandi pun ..kena beratur beli sarapan - nasi lemak, roti canai, kuah dal, dan macam macam .  Anak anak nak pi sekolah.

Ada suami …terlupa nak mandi pagi pagi..

 rushing hantar isteri ke stesyen LRT, commuter, MRT

bukankah ini gila
kurikulum mana kau pakai ini?
apa ke benda ini!!!!

siapa yang suruh kau berlakon begini?
jawap , jangan tak jawab.

cuba ..kita lupakan semua orang.
hari gaji OOI

kita enjoy sorang sorang.
makan itu ini
beli itu ini
enjoy sana sini

apa jadi selepas semua itu?
try.. dah cuba tak .. perkara begini.

try fly London.7 hari enjoy. Oxford Street, Bond Street, Piccadily, Brayntons  Square
bukan mahal sangat tiketnya pergi balik RM4000 ++
try
apa jadi after London trip?

ha..ha..ha..

kau takut
kau penakut
kau tak mahu cuba .. just do it!

try try try.

Bila tak try ..  kita cepat mati.  kau bodohkan diri sendiri. Otak  jer pandai .. benda lain .. bodih.  Ha..ha..ha..

(cuba ketawakan diri sendiri banyak banyak..try.. best perrrrrr.. baru kita tahu .. had had kemahuan kita).  Ironi  nya kita tak pernah cuba.

kita pengikut agama yg tak cerdik selama ini.

Speak out.  Aku pun ada perasaan maaa.

  1. belajar dulu macam macam kau try.  Dalam makmal university, kau buat experiment dalam winter dan summer.  Kadang kadang pergi makmal seorang diri.  Tak gila engkau? Isteri dan anak sedap tidok ..kau pergi try programming tak jalan jalan pun.  Engkau menderita ..sedangkan rakyat Malaysia ynag lain bila turun dari bilik di atas tingkat 2 ke dapur ..

abang ..telur tak ada lerrr.
susu lembu pun ..tak ada yang cream abang.. how?
roti ..semua dah keras. Winter lah.

why not try the above thing now?

imagine .. dunia ini kita jer yang ada.
Kita penting.
layan nafsu kita sekali sekala.

kalau selama ini 200 juta kes, kita layan feeling orang
apa kata ..kali ini kita enjoy sakan..diri sendiri?

Saat dapat gaji bulan July 2017 any time now.
saat dapat duit pencen ..today.. tau?
best.  Relax jap ..focus on yourself.

Masuk neraka ker?
Ha..ha..ha..

try.
Sekian.
cukuplah ..  nak dengar jugak report selepas ni ..jadi apa dengan para pembaca yang budiman.

Wallahu aklam.  jaga diri bapak.  ibu di mana tu?

Exit blogging dengan istighfar banyak banyak.  Allahu Akbar!

  

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/07/banyak-benda-penting.html