banyak dugaan
salam Kita adalah makhluk yg paling tuhan sayangi kerana kita mempunyai akal dan banyak kebolehan. Walaupun begitu, tuhan memberikan kita banyak cabaran dan dugaan. Kita perlu banyak bersabar. 2) Bulan puasa kita kena banyak bersabar dengan ahli keluarga kita kerana kita sama sama berpuasa. Kita lapar dan penat , mereka pun begitu juga. Tetapi tak leh lawan ..ibadat si isteri. Dia buat macam macam untuk kita ..memasak, mengejut kita dari tidur untuk bersahur dan macam macam lagilah. Oleh itu , kita kena berterima kasih kpd tuhan .. yang telah memberikan nikmat isteri sebegini rupa. He..he.. 3) kalau pembaca ..belum berumah tangga .. hargailah penat lelah ibu anda. Cuba tengok aktivitinya dari subuh ke subuh yg lain. Macam macam ibu uruskan bukan? Saya yakin semua pahala suami .. dalam bulan puasa ini dikreditkan ke dalam akaun isteri solehah tanpa merosakkan apa apa dlm akaun suami. Subhanallah! Fikirkan lah . Ada satu ayat .. jika tuhan sayang kat anda ..Tuhan anugerahkan kamu seorang isteri yg bagus seperti di ataslah dan .. harta paling bernilai untuk suami ialah .. isteri solehah dan rajin memasak, mengemas rumah dan lain-lain lagi. Kalau isteri bekerja/berjawatan ..kayalah tuan hamba. Sekian. Tazkirah bulan puasa ini. Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/07/banyak-dugaan.html