banyakkan pujian
Salam
Dalam rumah tangga, suami kena bnykkan memuji isteri dan anak anaknya.
Kita memuji isteri kerana masakannya dan kita memuji anak kerana mereka rajin mentelaah pelajaran dan rajin mengaji al quraan.
Dengan cara ini kita mampu membawa bahtera ke mana mana jua.
- kalau kita pi amerika dan eropah, kita mengambil masa 3 hingga 4 tahun hanya untuk menemui faedah memuji ini.
Dengan pujian, org org bawah kita sanggup berkurban segala gala untuk kita siang dan malam sampai bos mati. He he he.
- dulu saya pernah ke majlis agama di kota bharu dan batu pahat. Mereka mengakui fadhilat pujian kpd anak bini ini.
Banyak pergaduhan berlaku dlm rumah tangga kerana masing masing kedekut memuji pasangannya. Bukan susah pun memuji ini.
Contoh pujian …nah di sini.
3.1 sedap masakan sup daging ini. Boleh bukak bisnes ni yg.
3.2 bagus karangan ini nenez. Abah harap satu hari nanti nenez dpt ganti abah ..dlm dunia penulisan. Ok tak?
Begitulah ..adik kakok ku sekelian.
Semua manusia tak kiro warna ..putih, gelap atau merah ..
Lebih gemar mendengar benda yg sedap sedap dari benda yg menghancurkan hati mereka.
O yer..nak bina mahligai bahagia ..kita mengambil masa yg cukup lama. Simen mahligai itu ialah melalui kata kata yg indah.
Untuk meruntuhkan istana itu, dgn satu ucapan penghinaan pun sudah cukup.
Hancurlah rumah tangga.
Org kawin sekampung ..ok kot bercerai kot ..kerana duit transport mereka tak bnyk sangat. Sekadar $5 sekali melawat ibu ayah mertuanya. Ada pasangan , mereka kena booking air asia setahun baru boleh melawat ibu bapa mertuanya. Setahun sekali. Buah tangan banyak jugalah sekali melawat tu. Contoh serunding daging RM80 dah sekilo. Jeruk Pak Ali pun ..mahal lagi dari Cadbury dan Kitk_kat tau? So beringat ingatlah.
Tetapi pasangan jauh jauh…contoh Kota Bharu berlawan Kuala Selangor..eloklah belajar cara cara memuji ini.
Penat kita nak pujuk isteri jika dia bawak lari kereta exora ‘gold’ , pakaian2nya dan anak anak terus ke kampungnya.
Malu kita dibuatnya.
Silap silap pecah muka kita. Mesti ipar ipar pukul kita habis habis. So jika mata tercabut, itulah angkara tersilap mulut. Kalau terselak kain ..ok lagi .malu sekejap jer ..tetapi awas jika terlajak kata .. pecoh mukor mu itu dik.
Belajarlah bercakap dgn baik dgn isteri dan anak anak kita. Anak anak sibuk dihantar ke tuisyen. Mak ayah ..eloklah tuition ..jugak ..belajar bercakap dgn consultant RM200 / jam. Ok tak?
Yg kita nak marah marah dan kutuk kutuk itu ..mengapa yer?
He he he..
Sekian. Cukup untuk hari ini. Org kaya bersedekah dgn wang ringgit ..tetapi ada orang berbuat demikian dgn kata kata yg baik.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/11/banyakkan-pujian.html