Banyakkan sedekah ..


Update terakhir:

Salam

Semalam aku di Kota Bharu.  Terlihat satu poster terpampang di pinggir bandaraya Kota Bharu berbunyi ..banyakkan sedekah.

Yes ..sedekah .. mcm mcm bentuk sedekah ini.. disenaraikan di bawah ..biar kita ada sahamnya sedikit ..

  1.  senyum ..  senyum itu sedekah

  2. duit .. RM1000 untuk bantuan banjir is sedekah;  duit poket RM3 untuk pelajar miskin di kantin sekolah pun sedekah …yg penting biar ikhlas .. baru Allah terima / sah dan diperakukan ke syurganya

  3.  buang ranting berduri di tengah jalan pun sedekah ..alih tayar lori di fast lane Highway Plus pun sedekah ..

  4.  bercakap benda yg baik pun sedekah ..

  5. memberi nasihat ..kpd pelajar pompuan supaya delay khawin (siapkan masters dulu ) pun sedekah ..
    kasi alternatif .. jgn kahwin dgn Mr XX .. kerana beberapa sebab pun sedekah .. menggalakkan berkhawin cepat cepat pun sedekah ..

Pendek kata ..bnyk benda sedekah ini , bukan?

*********** sebagai guru lepasan luar negara .. saya sedia memberi sedekah .. jariah berbentuk ..  1);  4;  dan 5 sahaja dari senarai di atas .. setiap hari.

Tak kira mlm atau siang ..yg penting .. ikhlas bukan?


Ada orang berat mulut.

Contoh .. terbaik.

Orang kita ..susah nak ucapkan Terima Kasih/

kena ada tuan asal ..sebut ..baru mula ..dia sibuk nak berterima kasih.

Entahlah ..kitab mana dia baca ..  jangan mudah berterima kasih ini.

Kalau tak berterima kasih ..kau nampak lagi hebat dari dia.

Tambahan pula .. orang orang kita ..susah sangat nak meminta maaf.

Takut jatuh air mukanya ..
maklumlah .. dia itu pegawai bawahan sahaja sedangkan aku ini ..siapa/

Kau siapa  ..aku siapa//
***** filem melayu zaman dahulu ..  contoh isteri Pegawai Daerah .. payah nak minta maaf dengan tukang kebun; tukang jaga sekuriti dan mcm mcm .. maklumlah ..  dia paling cantik .. isteri pegawai daerah.**
**Tak sedar ..dia tu ..  sekadar .. anak dari tukang jaga lampu isyarat .. landasan keretapi sahaja.  (laugh).**


cukuplah untuk kali ini.

Marilah kita berubah.  Tak susah bersedekah ini

mula mula ..

ringankan ..tangan ..seluk dalam dalam kocek seluar ..keluarkan duit merah itu ..sedekah kpd orang orang miskin ..

ringankan mulut ..ucapkan terima kasih Kak Yah .. sup ekor mlm tadi ..

ringankan bibir itu ..  hiasi sekuntum senyuman manis untuk sahabat kita yg baru selesai ..pengajian Ph.D di tatkala umur 59 tahun.  Ucapkan tahniah mu ..  azeeem.  BRAVO you make us really PROUD.

Ha..ha.. ha.. bila kita happy ..seluruh dunia pun happy ..  Suara orang ketawa gembira pun sedekah. Why?  ceria alam sekitar, insya allah.

Wallahu aklam bis sawabbb

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/01/banyakkan-sedekah.html