Baru segar demam
Salam
Syukur ..saya masih ada di sini. Alhamdulilah.
Demam yang lama. Sorry.
Bila umur sudah banyak , kita senang dijangkiti kuman, virus dan macam macam.
Walaubagaimana pun saya bersyukur. Dengan demam dan batuk tuhan memberi kita sata petanda bahawa satu hari nanti kita berjumpa dengan kematian. Dulu kita sibuk dengan orang lain mati, satu hari nanti giliran tuan pula.
Oleh itu kita jangan bersusah hati.
Syorga/ Neraka ialah 50:50. Ini bermakna jika Allah suka, kita dimasukkan ke dalam syorga dengan rahmahnya dan jika DIA tak suka .. kita akan masuk ke neraka berjumpa dengan geng geng Firauan, Abu Jahal dan ramai lagi mereka (abdi) yang tidak ikhlas, kaki rasuah, penipu, tidak amanah, pengkhianat denganNYA. Na u zubillah.
-
Dua malam yang lalu
saya berkesempatan mendengar ceramah agama oleh Ustaz Dr Farid Ravi Abdullah. Tajuk “diambang ramadhan” di masjid Langgar, Kota Bharu. -
Bagus ustaz ini.
Dia tak menyentuh lapisan 1,2,3,4, .. langit di mana Nabi Muhammad saw naik turun merayu agar solat 50 waktu di kurangkan menjadi 5 sahaja.
Apa dia ceritakan ialah..
3.1 bagaimana dia mendapat islam di kala berumur 18 tahun / 1990.
3.2 belajar agama di Kelantan selama 4 tahun , belajar al Quraan dengan tok guru Al Quraan seramai 3 orang di Pengkalan Chepa, Pasir Tumbuh dan .. Perkim, Pengkalan Chepa. Dia lari ke Keningau Sabah.
3.3 bagaimana dia menolong arwah ibu dan abangnya menganut islam; Subramaniam., Gopi., orang kuat sembahyang dalam hindu ada tanda 3 garisan putih di atas dahinya
3.4 bacaaan Al Quraan nya cukup bagus. Malu besar orang islam lama lama yang masih merangkak membaca muqaddam. Mengapa? Ustaz Farid belajar dengan tekun sedangkan kita belajar al Quraan sekadar melepas batuk di tangga sahaja. Betul bukan?
3.5 mengapa berkata begitu? Di Langgar ni .makmum tegar pro PAS. Ustaz Farid mengimami solat maghrib dan isya di sini. Sukar untuk mendapat kedudukan istemewa begini jika imam tidak bagus bacaan al Quraan nya
3.6 dia belajar di UKM dan Jordan hingga ke peringkat PhD
3.7 paling best ..isterinya orang Kubang Kerian, Kelantan
3.8 selagi ada isteri tua, jangan ambil isteri kedua dan ketiga
Ikut cara Nabi Muhammad s.a.w Rasulullah tidak beristerikan nmbr 2, 3 .. semasa Sayidina Khadijah r.anha masih hidup bersamanya. Amacam aban abang kita itu? Can follow or not?
Ustaz ada juga menceritakan Sayidinna Aisyah r.anha cemburu sangat dengan Sayidina Khatijah ranha .. rasululllah selalu tersasul memanggil khatijah sedangkan Aisah ada di sampingnya. Ini menunjukkan rasulullah sangat sayang pada Khadijah walaupun Khadijah sudah lama meninggal dunia. Sekarang ada tak benda ini terus berlaku di Kuala Lumpur , JB apartment mewah mewah? Full stop!
He..he..he.. sewaktu perkhawinan
Khadijah berumur 40; Rasulullah berumur 25.
Still can go.
Allah taala bagi keremajaan kepada Khadijah di waktu perkhawinan tersebut.
Allah Maha Kuasa.
Bukan benda yang susah perkara ini pada sisi Allah Taala.
Bila bila masa sahaja Allah boleh buat macam macam.
Pernah Allah hentikan hari berterusan. Masa tak bergerak.
Jika selalu kita perhatikan item bergelar ' masa' berdetik
Allah Taala boleh juga STOP/ Berhentikan saat , minit, jam dari terus bergerak
Peristiwa? tak ingat .. kerana saya sibuk berulang alik ke dalam tandas kerana sakit perut dan batuk (ketawa).
Rumusan:
Rasa rasa bagus juga ceramah Dr Ustaz Farid ini. Sayangnya 1 jam 15 minit sahaja. Patut beri laluan dia berceramah sepanjang ramadhan al mubarak ini. Boleh?
Macam macam juga saya ceritakan kepada isteri saya sepulangnya saya dari Masjid Langgar. Tanda saya boleh ikut banyak benda dari ceramah tersebut. Rupa rupanya isteri saya tahu banyak benda mengenai Ustaz Dr Farid Ravi ini. Alhamdulilah.
Stail dia bercerita .. sangat procedural, langkah demi langkah. Berkat belajar di UKM dan JOrdan. Ini berlainan dengan ustaz ustaz lain yang mengajar secara ‘ikut sedap/selera/musim’ sahaja. 10 minit ikut kitab dan selepas itu .. terus komen peristiwa semasa seperti PAS, PKR dan Pribumi.
Sekian.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/05/baru-segar-demam.html