beberapa jenis NILAI


Update terakhir:

Salam

Terdapat beberapa bentuk nilai dalam kehidupan orang melayu (islam).
Antaranya ialah:

1)  keluarga
Semua orang sedar betapa pentingnya ssebuah keluarga.  Maruah kita bergantung kepada status kekeluargaan masing masing. Ada yang datang dari keluarga bangsawan seperti Tengku dan keluarga yang datang dari unsur unsur pengaruh politik dan sebagainya.

Anak PM dan menteri menteri berbeza dalam memperolehi layanan dari pihak kerajaan.
Ada anak menteri , baru pulang belajar dari luar Negara sudah mempunyai bisnes dan rangkaiannya secara meluas di seluruh Negara sedangkan seseorang dari keluarga ‘miskin’ bermula perniagaan dengan membuat berbagai bentuk pinjaman dan sebagainya.

Dari keluarga datangnya pengaruh.
Pengaruh istana.
Pengaruh politik.
Pengaruh kerajaan dan sebagainya.
Oleh itu seseorang itu dinasihatkan untuk menjaga hubungan kekeluargaannya dengan baik dan adil.

  1. wang
    Ada wang bolehlah bercakap.
    Tidak ada wang, baik kita senyap seribu bahasa.
    Cuba tengok orang politik yang sudah menjadi MP (member of parliament) beberapa penggal yang lalu.  Cara dia bercakap sangat berbeza dengan orang biasa yang bertanding politik beberapa kali tetapi selalu hilang wang pertaruhannya.

Orang politik yang Berjaya mempunyai rekod dan bukti kekayaannya.
SEakin lama dia berpolitik, semakin banyak benda dia boleh buktikan kepada pihak luar seperti Tanah, hartanah, rangkaian bisnes, rakan rakan bisnes dan sebagainya.

Jarang kita lihat orang politik tidak menggunakan tempoh kariernya untuk menghimpun harta kecuali arwah Tuan Guru Nik Aziz ( bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim).
Begitulah nasib.

  1. agama
    DEngan agama kehidupan manusia sejagat didapati lebih teratur , aman dan damai.
    Tanpa agama islam, mungkin kita hidup seperti binatang.
    Contoh sifat sifat kebinatangan ialah ada ibu bapa yang sanggup membunuh anak kandungnya sendiri.
    Ada jiran sanggup berzina dengan isteri jirannya dan
    ada anak sanggup menjual ibunya semata mata untuk maksud tertentu.
    Tanpa agama, manusia akan berkiblatkan kepada otak dan nafsu sarakahnya sahaja.
    Oleh itu eloklah kita belajar ilmu agama dan mengamalkan ilmu tersebut sebaik mungkin.  Ada suami sanggup bersetubuh dengan isteri yang sedang haid, dalam tempoh nifas  dan sebagainya.

4)  ilmu
DEngan ilmu , anak orang kampong mampu meminang anak orang-orang bangsawan.
Bila begitu mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang orang atasan.
Tak percaya cuba buat survey kualiti keluarga staf akademik sesebuah institusi pengajian tinggi Negara.  Ada Profesor berkahwin dengan Tengku dari istana .. atas factor ilmu dan pengaruhnya.  Dengan demikian, mungkin dia boleh bergerak lebih jauh dalam banyak lapangan.
Lagi pun ada hadith Rasulullah s.a.w.  Allah naikkan orang berilmu dengan beberapa darjat.
JIka nak dunia, carilah ilmu. Jika nak akhirat carilah ilmu. Dan jika nak kedua duanya sekali ..carilah ilmu.

  1. kemerdekaan
    Negara kita merdeka pada Ogos 1957.
    Bila merdeka kita sudahpun mempunyai 20 buah  universiti dan 30 buah politeknik.
    Dulu sebelum meredeka, pelajar dari istana sahaja yang boleh menyambung pengajian di INdia dan England.  Sekarang sudah ramai pelajar dari keluarga yang susah yang boleh belajar di England dan Amerika.

Dengan nikmat itu kita boleh bekerja di tempat yang tinggi seperti KLCC  dan Putrajaya.
Dengan kemeerdekaan , orang melayu boleh memerintah Negara dengan bantuan bangsa bangsa lain.
Oleh itu hargailah kemeredekaan ini.
Tanpa kemerdekaan kita berada seperti hamba abdi. Tenaga kita diperah habis habisan untuk maksud kekayaan pihak kolonial seperti British, Belanda dan Portugis.

  1. sihat
    Dengan kesihatan yang baik kita boleh terbang ke seluruh dunia.
    Berucap sana dan sini.
    Menandatangani banyak MOU .. bila kita sihat.
    KIta boleh berjumpa malam lai latul qadhha bila kita sihat. Tanpa kesihatan kita gagal berperanan sebagai seorang bapa, suami, isteri dan anak anak.

Oleh itu hargailah kesihatan.
Orang orang yang tidak menghargai kesihatan adalah seperti mereka yang kuat merokok.
Bila merokok dia senang kehabisan wang dan jatuh sakit seperti kanser paru paru.
Hairan juga ada isteri yang sanggup tidur dengan perokok berdekad dekad lamanya.
Sudah lah gigi perokok ..  berkarat ..jari jemarinya pun berbau kurang enak dek trademark candu.
Mengikut kajian pelajar sekolah menengah rendah ada guru dan doctor menghisap rokok.  Mereka cakap tak serupa bikin.  Oleh sebab ini, pelajar sekarang tidak seperti pelajar di zaman sebelum merdeka.  Mereka banyak kurang ajar kerana guru dan doctor mereka cakap tak serupa bikin. (ketawa)

Oleh itu hargailah kesihatan.
waktu sihat makanlah banyak banyak.  Jangan sayangkan wang kerana wang yang banyak tak boleh kita bawa ke lubang kubur pun.  Ingat tu?

7)  muda
Waktu muda kita boleh ‘dive’ dalam laut dan juga di udara.
KIta buat ini kerana ada sesetengah kita sudah puas hidup dalam dunia sementara ini.

Orang muda kuat berlari dalam stadium.
Orang muda boleh solat sepanjang malam.
Cuba bandingkan kekuatan oran muda dengan orang tua.
Seperti langit dengan bumi.

Orang tua membawa banyak penyakit.
Jenis jenis penyakit ialah TB, kanser, jantung dan darah tinggi.
SElalu jammmmm  .. kerana darahnya tinggi. Pusing kepala dan gagal membawa kapal terbang dari Kuala LUmpur ke Madras dan kembali semula.

Orang itu sudahlah tua, gigi pun tak ada.  Hishhhh..tempiaslah atuk!
Oleh itu hargailah ..waktu muda.

8)  hidup

Masih hidup, kita boleh buat macam macam.
Sudah mati ..  tak boleh simpan lama lama.
Sebab itu dalam islam kita simpan mayat secepat kilat.
Tak ada orang mahu tidur dengan mayat walaupun sehari dua di ruah tersergam indah macam istana walaupun ..dulu waktu hidup ..si mati itu adalah orang hebat di dunia.

Itulah reality hidup dan mati.
Sekian.
Wasallam. 

9)  iman
Dengan iman kita bergelar muslim, mukmin dan islam.

Banyak kitab menceritakan bahawa dengan nikmat iman kita boleh masuk syorga.
Jika kita rasuah, meletup orang MOngolia sekali pun ..selepas beribu ribu tahun di neraka ..azab neraka… satu hari nanti kita walk walk dalam syorga juga.

DEngan iman yg kuat dan sejati
kita solat 5 waktu.
DEngan iman sejati dan taqwa yang mantap ..kita dipilih oleh tuhan
untuk mentadbir 1 negeri di bawah kayangan.

Oleh itu jagalah iman.  Jangan kita mati tanpa iman.  Bila begitu kita diklasifikasikan sebagai kafir.
Orang kafir seperti Firaun, Haman, Qarun, Abu Jahal, Abu Taib ..  ditempatkan dalam neraka ciptaan Allah.  Azabnya kekal abadi abada.

Kasihan.

10)  internet
Dengan teknologi kita boleh membeli belah sesuatu barangan tanpa kita bersuasah payah  keluar dari rumahtangga kita pun.
Dengan internet, kita upload dan download artike jurnal  untuk direview oleh pihak luar.
Dengan teknologi anak anak boleh hantar duit raya kpd kedua ibu bapa bila bila masa.

Oleh itu jagalah hati anak anak kita semua. ter utama mereka yg sudah lama ..bertungkus lumus embesarkan anak anak di kawasan Felda dan Jengka 10.
Kalau kita cerdik, jagalah hati ibu bapa atau mertua.  Manalah tahu Tanah dia 50 ekar di Pahang itu dipindahnamakan untuk kita jerrrr.

Tak perlu PhD untuk mendapat nikmat pindahmilik harta tersebut.
Oshhhh..tuah badanlah namanya itu.

Akhirnya .. hargailah nikmat
ketenangan.

Bila tenang ..jantung tak penat.
Bila tenang , hati jadi senang.
Bila senang .. semua barang jadi kuat.

Dek ketenangan ..  anak anak kita bertambah setahun demi setahun.
Tanpa ketenangan .. urat jadi tegang tak tentu pasal.
Tiba tiba tumbang dan jalan.
Doktor kata selepas post  mortem ..wayar otak kita tercabut Seurat dua.
Kasihan.

Kita sudah jalan tak pulang pulang lagi dah.

Sekian.
Ingatlah nilai nilai di atas.
Tak rugi punya.  In sya Allah.
Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/06/beberapa-jenis-nilai.html