Begitulah dunia ini


Update terakhir:

Salam

Tak lama lagi mulai 3 Sept 2012 saya akan mempunyai 200 pelajar baru -  Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat.  Dari seramai-ramai ini saya doakan muga-muga kalian akan bergraduat mengikut masa yang ditetapkan tetapi .. satu fakta

Okt 2012 seramai 90 orang sahaja bergraduat dari Fakulti Sains Komputer ini.  Ada segelintir pelajar akan tercicir atau bergraduat pada OKt 2013 atau tak bergraduat langsung.

Satu lagi fakta

Dunia hanya menyanjung mereka yang berjaya sahaja. Apakah buktinya?  Senarai nama graduat terpapar dalam buku KONVOKESYEN 2012 UTHM .. yg tidak bergraduat ..tidak ada nama mereka.

JIka 2 - 5 tahun dari sekarang ..nama kalian tak muncul muncul dalam buku konvo .. maknanya ..dunia universiti sudah mula melupakan anda.

Itu lah hakikat hidup ..dalam alam akademik.

Zalim bukan? mereka  yg berjaya disanjung siang dan malam sedangkan yg ..kurang berjaya ..beransur-ansur dilupakan orang.  Oleh itu .. kita sebagai pelajar  kena bersiap sedia ..menjadi pelajar yg berjaya dan bersikap positif (bagus) sepanjang pengajian 3- 3.5 tahun program ijazah sarjana muda.

Sifat-sifat pelajar yg bagus ialah:  bersolat 5 waktu sehari;  datang kuliah ikut masa 0800 pagi dan 0200ptg; buat assignments dan mentelaah pelajaran siang dan malam;  tak bergantung 100% kepada bas universiti ; berkawan dggn mereka yg mau belajar jer/ tahu tugasmu yg utama - BELAJAR !

Sifat -sifat pelajar (tak semua tau?) yg tak akan bergraduat:  malas dan ada yg tidak bersembahyang subuh/  berjaga malam seperti Pak Guard BP Mall/  tak tahu baca jam - angka 0800 pg dibaca 0900 pg dan 0200 ptg dibaca sebagai 0300 ptg/  bergantung sepenuhnya kpd perkhidmatan bas/  tugasnya ialah TIDUR waktu siang dan berjaga sepanjang malam/  MUET Band 1 dan Band 2 sahaja/  tak ada daya usaha nak baiki band MUET pun //  dapat Band 3 .. atau tidak .. bergantung kepada nasib dan keadaan semata-mata/ suka sangat baca METRO /
duit banyak untuk beli segala benda kecuali buku

Sekian.  Saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat.  Ameen.
Wallahuaklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/08/begitulah-dunia-ini.html