belajar bahasa arab
Salam
Belajar bahasa arab?
Ini opsion aku terakhir dalam senarai .. aktiviti bila bersara.
Tujuan:
- senang sikit membaca Al Quraan
- faham sikit selok belok Al Quraan
3) mula berkenalan dengan kawan kawan baru - kebanyakkannya adalah berstatus pesara. - maksud dakwah di luar Negara nanti Insyallah.
Aku dah start belajar dah pun.
Dengan Ustaz Toha dan Ustaz Is di Kubang Kerian.
Best jugak.
Belajar macam budak budak Tahun 1 sekolah agama rakyat Kelantan.
Ustaz Taha bukan Melayu asli. Dia berdarah mat salleh dari Amerika tetapi ..you .. jika kau dengar dia bercakap Arabic ..tak percaya dia itu orang mat salleh Amerikan. Fasih berloghat Arabic. Ini membuktikan kpd aku .. jika kita bersungguh sungguh dalam 1 perkara .. maka Allah akan izinkan satu skil kpd kita secara baik.
–
Ada kawan kawan berumur 55 dan ke atas. Perempuan dan lelaki.
Rasa rasa 10 orang sahaja.
2 jam sekali belajar. 2 kali seminggu. 8 kali sebulan. Yuran RM150/bulan. Masalahnya hanya satu. Kelasnya di tingkat 2 satu bangunan yang usang di Kubang Kerian, Kota BHaru.
Yang bagus sekali ..aku dah mengenali huruf jawi dgn lebih dekat lagi. Dapat tahu .. tulisan ringkas , symbol khusus dalam al Quraan. Banyak jugalah ‘OOOOOOOee’ dari mulut aku. Tanda baru aku sedar .. jawi pun ada short formnya tersendiri. TEtapi
Tulisan jawi aku macam kura kura ..terlampaulah perlahan.
Tak sangka ..bila belajar Arabic .. penulisan jawi kita kena mantap. Oleh itu kena cepat cepat upgrade kemahiran penulisan jawi ini.
Aduhai.
Begitulah nasib.
Antara student kelas ini aku lah yang tertua sekali
Apa boleh buat.
Lagi pun aku duduk jauh 44 km dari Bandar KB. Penat juga jika belajar bulan puasa 30 hari..
sebab bersungguh sungguh memandu kereta dari jauh dan memanjat tangga sekolah ini
tiba tiba ..
aku diserang angin ahmar.
Masuk hospital USM dan USAINS.
Begitulah nasib.
BIla dah masuk USM hospital ..
kelas BA menjadi kenang-kenangan.
Sedih gak.
Cita cita macam macam..
kudrat tenaga dah kurang dan semakin kurang.
Ingat ..bila dah sihat nanti … aku bolehlah sambung lagi kelas ini dgn geng geng lain pula.
Harapan besar ..aku boleh tamat pengajian bahasa arab di peringkat sijil dan diploma Nilam Puri UM.
Tengok.. cita cita ku tinggi.
Tak main main .. punya cita cita.
Insyallah.
Semasa sakit ini Ustaz Taha dan Ustaz Iz ada datang ke rumah ..jauhnya mereka mengeluh! Tu lah ustaz .. aku bawak kereta 88km setiap kali ada kelas di Kubang Kerian.
Mereka melaway pesakit selama 1 jam juga .. selepas mereka pulang … sayu juga dlm hati .. orang baru aku kenali sanggup bersusah payah datang ke sini. Muga muga Allah memberi mereka ganjaran kerana sudi menjenguk dan bertanya khabar berkenaan dgn diri ini. Masya Allah.
Begitulah tuan/ puan
tak bagus sangat karangan ku kali ini tetapi begitulah .. perjalanan seorang pesara dalam mencari ilmu belajar bahasa arab al Quraan. Yang penting jangan buat kerja BODOH bila umur dah masuk SENJA n Maghrib sudahhhh.
Sekian.
Malam ini ada tetamu lain pula datang berziarah. Hari Raya Puasa sebulan bukan? Ha..ha.ha..
Orang sakit jika ada orang datang .. sihat sedikit dia.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/07/belajar-bahasa-arab.html