Belajar banyak subjek di Tingkatan 1 atau tidak?


Update terakhir:

Salam

Sekarang ramai ibu bapa menghadapi dilema menghantarkan anak anaknya pasca UPSR ke sekolah -sekolah menengah kerajaan atau swasta atau sekolah berpendidikan agama (islam) / pondok.

  1.  Kalau sayalah .lebih baik hantar anak kita ke sekolah berlatar-belakangkan agama islam supaya ..anak kita mempunyai ilmu agama bersertakan akhlak dan fikrah agama yg mantap/ praktikal.

Tengok sahaja .. hasil keluaran  dari sekolah sekolah kerajaan la ni.  Walaupun ramai yg mendapat gred A+ dalam 9 atau 11 subjek di peringkat SPM ..  itu bukan kejayaan sebenarnya. Percayalah!  Anak anak cina berpendidikan  sekolah persendirian CINa pun .. mampu menghasilkan gred skor sebanyak itu.  11+ atau lebih.

Yang menjadi ukuran kejayaan untuk ibu ayah mukmin/ muslim ialah dapat menghasilkan anak anak yg soleh dan solehah dari kaca mata ALLAH TAALA dan Nabi Muhammad s.a.w.  Mengikut ukuran ..Al Quran ..kejayaan .. rujuk surah Al Mukminun - ialah orang yg menjaga/ khusuk dalam solatnya dan mengeluarkan zakat dan mengikut perintah Allah 24/7 dan sunnah nabi dalam semua lapangan.

Sekarang .. kita ada ramai budak rempit / tak kira lelaki/ perempuan.  Masalah sosial menjadi jadi.  Jika tak silap .. majoriti adalah keluaran sekolah sekolah kerajaan KPM.  Agenda kerajaan pun mungkin juga.  Contoh:  jom heboh di waktu maghrib dan isya di seluruh pusat bandar di negara ini.  Hiburan jadi makanan utama.  Cakap agama . ada musik dan  banyak ketawa?

  1.  jika dihantarkan ke sekolah pondok , Mak bapak takut anak anak nya belajar 17 subjek .. 9 subjek biasa KPM dan 8 subjek agama seperti tauhid, feqah, shirah dan macam macam lagi.  Mengikut pengalaman anak perempuan sulung saya yg bersekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota BHaru ..  syukur dia dapat banyak A dalam semua subjek untuk peperiksaan PMRU, PMR, SMU , SPM ..  dan terus ke UTP Petronas.  Jadi .. jika anak anak kita jenis pick up yg laju .. bilangan subjek yg banyak tidak akan menjadi satu halangan pun.  Kalau anak kita slow ..pun ..apa salahnya/  sekurang-kurangnya ia berjinak-jinak dgn suasana islamik, zikir, bacaan quraan di waktu pagi dan sembahyang zohor dan asar di sekolah.

Sekurang kurangnya kesemua masa lapang dia , dia telah gunakan untuk faedah pelajaran dan fikrah agama dunia dan akhirat.

Sekarang .. kita jangan ikut sgt trend / selera anak .  JIka boleh dia mahu belajar 3 subjek sahaja.  Satu BM dan satu lagi SURF INTERNET dan subjek ketiga main games komputer dari siang sampai malam sampai siang lagi dan lagi.

Kesannya .. anak anak ramai mempunyai masa terluang yg terlampau banyak. Jadi mereka terlibat dalam aktiviti yg merosakkkan diri mereka apatah lagi ibu ayah semua sibuk membina kareer.

  1.  Bijak sungguh mak bapak . yg sanggup hantar anak anak kesayangan mereka untuk belajar 17 - 26 subjek.  Mengikut rekod, mana ada ..otak budak budak sekolah agama yg tiba tiba meletup.  Itu bisikan syaitan bin iblis jer.

Yang ada meletup ialah .. otak anak anak yg banyak tak buat/guna secukupnya 24/7.

Banyak masa mereka duduk tidak buat apa apa.  Baca Quraan pun tidak baca buku ilmiah pun tidak. jika tuan/ hamba perhatikan di tempat menunggu bas .. tengoklah peribadi anak anak belia kita.  Saya kerap juga melihat ..pelajar lelaki mengusik pelajar perempuan.  Lelaki kacau perempuan dan perempuan layan lelaki. Itu belum kita ambik kira orang bangladesh yg dah lama tinggalkan isteri-isterinya di Dakka sana.     Sekarang mak ayah bersusah payah ..  bekerja siang dan malam .. akhir bulan mereka beli sebanyak mungkin CD CD dari luar negara untuk hiburan anak anak i kala cuti persekolahan ..  kesannya .. otak anak anak mereka menjadi tempat syaitan / iblis/ dajal bersarang.

Kes yg timbul :  anak pukul bapa , anak pukul emak, anak bunuh bapa , anak bunuh ibunya

anak kapak kepala ayahnya kerana tak mahu belikan motorsikal Yamaha untuk nya adalah;  anak anak perempuan larikan diri ikut orang asing, mamat bangla, mamat indon  ..kerana ..otak anak perempuan nya penuh dengan ‘results/ kesan dajal , syaitan, iblis ' bermaharaja lela dalam sarang otaknya .. sejak umur 12 tahun hingga 20 tahun.

Silap sikit / cakap silap sikit dari pihak ibu bapa .. anak anak gadis cepat cepat melarikan diri.

Anak anak cepat membunuh ibu dan ayah.  Anak anak cepat memandu kereta ayahnya .. dan melanggar ibu bapa nya sendiri.  Ramai bayi dibuang di tepi tepi jalan.  Sampai satu ketika .. mayat seorang bayi digongong oleh anjing ..  dan park kat depan masjid kampung halaman kita.  Ini kesan pendidikan di bumi negara ‘bertuah’ ini.

Mengapa tuan hamba?

Kerana kita takut / kita tak yakin bahawa ..otak anak kita sangat fleksible.  Kalu mereka belajar 17 subjek dan lebih pada umur 12 - 20 tahun ..tak rosak apa apa pun otak mereka.  Penat sikit adalah … tetapi ..untuk faedah dia di hari-hari muka.

Yg penting.. di akhir .. persekolahan agama ..mereka menjadai anak anak berjaya dunia dan akhirat.

Sekian.  Jgn takut tuan hamba.  Hantar jer anak anak mu itu ke sekolah agama.  Yakin kpd Allah Taala yg sentiasa bersama sama dgn kita di dunia dan akhirat.

Sekian.

Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/12/belajar-banyak-subjek-di-tingkatan-1.html