Belajar jgn tak belajar, adik


Update terakhir:

Salam.
Banyak masjid buat majlis maulidurasul.
Ada salawat dan ada makanan menunggu.
Tadi saya berada di Masjid Jamek Batang Merbau, Tanah Merah Kelantan.
Sebelum khutbah, ustaz ada sebut 5 perkara.
Ingat nak kongsi dgn pembaca budiman.
Pertama belajar al quraan. Mesti tahu juzuk pertama berkenaan dgn apa. Juzuk kedua ..pasal apa. Dan seterusnya. Yg saya tahu sangat ialah juzuk ketiga. Pasal wanita. Di sini Allah menaikkan martabat kaum wanita. Pasal nikah khawin ..dengan siapa kita tidak boleh khawin dan sebagainya. Belajarlah adik. Macam macam ada dlm AQuraan.

Kedua belajar membaca kitab teragung ini. Belajar membaca dgn betul. Boleh guna waktu solat dari muda sampai ke tua. Yang bagus jika kita ada ilmu pembacaan al Quraan kita boleh mengajar anak bini kita secara langsung. Apatah lg kita berkhawin dgn seorang mualaf. Contoh mualaf ialah seseorang berbangsa cina dari benua China berkhawin dgn pemuda Kelantan. Khawin berehs, ngajar bini dio pun berehs. Yg tak mahu ialah bilo bercerai, isteri itu satu patah huruf al Quraan ..pun tak kenal.  Rugi sakan adik kakok weih.

ketiga, belajar menghafalkan al quraan. Kalau boleh mulakan semasa anak masih kecil lagi. Otak mereka senang menghafal al quraan. Tetapi untuk warga tua, al quraan pun senang dihafalkan. Buatlah usaha. Selagi kita mahu, selagi itulah kita boleh. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hasil hafalan, kita boleh gunakan dlm semua aspek kehidupan. Contoh menghilangkan rasa bosan bila memandu kenderaan beratus km jauhnya. Selain itu, hasil hafalan al quraan boleh juga kita gunakan untuk melawan pelesit, makhluk besar dan makhluk kecil. Jin dan syaitan. Kita boleh guna hafalan al Quraan untuk menunduk musuh. Isteri mengamuk dgn kita pun, kita boleh patahkan serangannya yg bertalu talu. Malam dia serang kita, siang hari pun serangannya mulutnya tak habis habis. Bagajmana? Guna hafalan al quraan dan hembus tepat pd wajahnya. Yakinlah dia akan tiba tiba cool. Itulah ..mu keno blajar bnyk bnyk adik.

Keempat belajar hadiths. Ini menerangkan bagaimana nak amal isi al quraan ke dalam kehidupan kita setiap hari. Hadith datang dari Nabi besar kita Muhammad s.a.w. kitab hadith terbesar ialah kitab sahih Muslim dan sahih Bukhari. Katab ilya ulumiddin karya imam al Ghazali pun mengandungi beribu ribu hadith untuk digunapakai oleh kita dlm kehidupan seharian. Contoh hadith hadith nikah khawin dpt memurnikan lagi ilmu al quraan juzuk ketiga di atas tadi. Tanpa hadith hadith, payah kita nak terjemahkan ilmu nikah khawin ke dalam rumah tangga kita.  Pompuan yg dtg haid , org jantan keno go and steady jah. Jgn cuba cuba. Susah kita nanti. Org tak ikut benda formula ini, anak dio bermato juling iteklah. Astaghfirullah. Itulah tak belajar molek ilmu hadith ni. Yang dok sibuk belajar ialah tae kwan do dan tai chi. Kita kena balance. Masak pun kita belajar, jahit butang baju pun kita belajar n bagaimana nak hidup steady pun ….kita wajib belajar dik.

Kelima belajar akhlak mulia atau tata susila. Jumpa ibu, cakap apa? Jumpa cikgu bagaimana pula? Tengok suami takk solat solat bagaimana nak handle yer?
Tengok menantu lelaki tak kerja kerja cari makan untuk anak bini, nok wat guanor. Dulu bisnes, loni ..bisnes tidur saja kor?

Dengan akhlak yang baik, kehidupan kita lebih teratur dan berbahagia hingga ke penghujung nyawa kita masing masing.
Begitulah untuk kali ini.

Sekarang mintak izinmengundur diri dan sempena maulidurasul saya ingin memohon maaf jika ada yg tersilap. Saya anak polis jer. Sekejap berguru, sekejap tidak kerana ayah sibuk berpindah balai. He he he. Tetapi dengan kemampuan terhad, saya cuba buat yg terlarat sudah. Muga muga tuhan mengambil kira faktor ini sedikit sebanyok. Insya allah. 2200 artikel untuk adik kakok ku sayang selama 6 tahun menulis sakan. Sekejap bahasa melayu, sekejap berbahasa inggeris. Sekejap lawan boss, sekejap penulisan ampu ampu boss. Begitulah kita semua . Pandai pandailah menjaga diri. Bila mati, kita duduk seorang diri dlm dunia dipanggil kubur …beribu ribu tahun tidak terperi. Cukupkan bekalan itu. Yg penting kito ado niat nak wat benda bagus bagus. Yg lain itu, terserah pada Allah Yg Maha Kuasa.
Saya pun masih belajar benda baik baik.
Sekian.
Salawat n salam pd nabi.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/12/belajar-jgn-tak-belajar.html