Belajar Ngaji Al Quraan IQRA style
Salam
Pembaca pembaca yg budiman
Semalam saya dipilih oleh Allah untuk menyertai kursus IQRA' iaitu belajar mengaji Al Quraan secara sistematik dan terbaik . IQRA stail.
Jika PM nak menari stail Korea Ngadam style .. maka umat islam diminta mengaji Al Quraan ikut stail terbaik punya iaitu IQRA' style. Simple dan ringkas.
-
Bersama sama saya semalam di Dewan Al Farabi ialah 40 - 50 staf UTHM yg lain.
-
Kami diberi taklimat dan tunjukajar oleh Tuan Hj Ustaz Mukri (ex-Ustaz SM Semerah, Johor) dan Ustaz Dr Furqan PhD Sudan , Masters Syariah Univ Medinah .. orang jogjakarta tetapi dah 20 tahun menetap di Malaysia.
-
Yuran penyertaan RM20 tetapi kami dapat macam-macam bahan untuk mengaji dan .. makanan minuman seperti nasi lemak, bubur kacang , makan tengah hari dan yg penting .. kami tahu dan mula berminat belajar mengaji sebelum masuk zon ‘kubur’. (laugh).
-
Why mengaji Al Quran? kerana bacaan ini kita semua gunakan di waktu solat. jika kita baca Al-Fatihah dengan baik , betul tajwidnya ..insyaalah ..ibadat kita akan lebih sempurna dan diterima oleh Allah.
-
Malam tadi sebelum masuk beradu (tidurlahhh) ..sempat jugak saya selak buku buku asas Iqra' ini. Teringat istilah ‘Sod’ dipanggil sotong oleh Ustaz Furqan tadi. Sod is sotong / dhott / to tomato/ zorrr ..is zorro. Itu jer lah saya dapat .. dari sehari suntuk belajar ngaji tu di Masjid UTHM. Mulai sekarang .. saya mahu tanamkan niat mahu belajar lg dan lg ilmu Al-Quraan ni ..dan jika boleh sampaikan .. kpd pembaca pembaca budiman dalam blog saya. Jika saya dapat 1 kilo ilmu agama , saya akan bekalkan , panjangkan 1 kilo illmu ini kpd kalian. Niat? li llah hi taala. No need payment plz. Di sana di sana jer lah ..saya mengutip .. balasan dari Allah aza wa jalla.
-
Cara mereka mengajar ..bagus dan cermat maklumlah .. ilmu bacaan Al Quraan. Mana boleh ajar macam ilmu matematika , ilmu statistika dan ilmu komputeran .. tetapi semua ilmu ini asal usulnya dari dada Al Quraan. Sayang .. umat islam ..sudah jauh ketinggalan .. dalam semua bidang .. ilmu dunia pun tak dapat kuasai dan ilmu bacaan , tafsiran , hakikat, amalan seharian kehidupan kita pun .. kita tak dapat kuasai. So in short ..we are neither here nor there. Amacam ni?
Dr Furqan kata ‘..if ngajar ngaji .. ustaz/ustazah..punya mulut kena nampak cara sebutan itu .. satu satu patah perkataan .. senang anak murid nak ikut .. tiru .. ngaji mesti dengan gurunya ..jgn pakai video / media dan ngaji dgn media ..tak ada kesan gitu .. mesti ngaji dgn ustaz atau ustazahnya itu. Baru ada kesan.
Satu lagi dia pesan .. ustazah jgn tutup mulut / stail org arab itu / bila mulut mu tertutup how .. anak murid nak tahu .. sebutan itu dhob / zor/ tor .. dan lain lain lagilah.
Mumtaz itu baik yer/ bacaan anta ‘mumtaz’ ..he..he.. ustaz furqan puji imam besar kita dan timbalan masjid kita. Syukurlah. Saya? hampir hampir mumtazzzz. why? Saya anak polis/ selalu pindah balai polis/ baru nak faham stail bacaan ustaz/ ustazah .. ayah saya kena pindah pulak dah/ how?
he..he.. tetapi berkat doa orang tua saya … minat saya masih ada nak ngaji quraan dan terus belajar ..sampailah ke hari ini. Alhamdulilah// better late than never! Betul tak?
7.1 cara mereka mengajar saya dan sahabat2 saya di uthm mengaji ini jauh berbeza dengan ustaz ustaz ustazah aku zaman jepun, zaman darurat malaysia berkonfrantasi dgn indonesia dahulu kala. Dulu .. bila ustaz masuk kelas Tajwid ..mmesti bawak pembaris panjang dan besar ..mak datuk .. dia akan pukul , tibai punggung saya bertalu talu jika tajwid saya .. tidak betul dan tepat sekali. Mengikut statistik , dalam 10 sesi bacaan Al Quraan .. punggung saya terasa sangat sakit sekali .. sepanjang siang dan juga sepanjang malam ..maklumlah .. saiz pembarisnya itu mega besar dan tubuh tangan ustaz pun .. cukuplah besar dan bertenaga sekali. Alangkah baiknya mereka bunuh jer anak anak polis ini / orang .. di kala itu? (laugh) tak yah susah aku belajar macam macam programming, bahasa komputer dan ilmu matematik jauh juah di negara orang kafir yahudi dan nasaro. Stail IQRA banyak pujian/ bagus sayang/ cuba lagi sayang / cubalah .. aghhhh tak ada itu bahasa .. zaman dahulu kala. Ustaz dahulu sangatlah bengisssss.. makdatuk.
Oleh sebab itu subjek paling saya tak suka is AGAMA ..tetapi
dalam PMR/ SPM aku skor A1 dalam semua paper agama kecuali .. tajwid. Aku tak suka ..benda ini. SEallu terbayang.. azab sengsara .. belajar topik idram ghunah ..entah apa lah benda itu . Baik aku hafal program bola sepak Man United dengan pemainnya George Best. Tengok kesan ..bila ustaz terlalu garang?
Sekian.
Buatlah renungan bersama sama dan jom IQRA. bagusssssssssssssssssssss. teh tarik satu mamak?
Walalhu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/02/belajar-ngaji-al-quraan-iqra-style.html