Belajarlah dan terus belajar
Salam
Sebagai manusia kita harus belajar dari zaman kita kanak-kanak hinggalah ke hari ini.
Bila di dapur , ada benda kita belajar terus menerus dan apply tak henti henti.
Malam tadi baca resipi ..cubalah masakan baru itu. Bolek emak?
Tong gas tak ada ..belilah. Cuba pasang sendiri. Boleh bu? Jangan tunggu ayah balik.
Tayar kereta sudah pancit. Cuba tukar sendiri. Boleh kakak? He..he..he..
Bila di universiti, orang sibuk buat penyelidikan itu dan ini.
Bila dah dapat result penyelidikan , cubalah praktikkan penemuan itu.
Berani engkau amalkan?
Negara negara orang kafir
banyak penemuan dibuat.
Mereka apply dan teknologi mereka terus berkembang hari ke hari.
Negara islam pun banyak mendapat manafaatnya secara langsung atau tidak. Kita terus dengan tabiat membeli dan terus membeli sahaja.
Yang penting hasil belajar dalam penyelidikan ..semua orang menikmatinya.
Bagaimana pula dengan universitas di negara-negara islam?
Ada apa apa yg baru dipelajari, di buat penyelidikan dan ada tak penemuan?
Tunjukkanlah.
Kita semua rakyat dunia nak tengok.
Bila ada produk yg bagus .barulah ada orang baru berminat dengan kita semua.
Duduk asyik cerita ..kehebatan tok nenek kita itu dan ini ..siang dan malam
buat faedah apakan? Cerita yg sama. Tajuk ‘layanlah kehendak suami mu .. atas unta pun kena layan.." Cara olahan jer yg lain. Ok ker? Seronok cerita ini. Orang tua tak ada gigi pun asyik ketawa sahaja di masjid ini. Ustaz ustaz dari timur tengah asyik bercerita benda alah ini. Untuk maklumam .. ustaz ustaz ramai yg kahwin lewat. Mungkin baru berjumpa benda alah itu, kot?
Sekarang semua anak cucu kita berfikiran moden.
Majoriti mahu lihat dulu dan yakin kemudian.
Macam mana itu?
Kita kata ..ilmu itu penting. Dengan ilmu kita senang di dunia , senang di akhirat dan macam macam lagi senang daaa.
Ada ke orang tua di kampung yg sudah 20 tahun bersara dari perkhidmatan kerajaan , mahu belajar ilmu-ilmu terbaru seperti copy dan paste dalam dunia cyber ini? Ada?
ada tak ibu ibu yg sudah 30 tahun berumah tangga nak cuba benda benda baru seperti buat ice cream magnolia, Walls dan macam macam lagi?
Ada?
Di Kelantan, jika ditanya benda benda begini ..mesti dia orang jawab .. wat gapor ..aweng! Dunio kata pergi, kubur kata mari.
Saya rasa ramai yg takut itu dan ini.
Sebab itu ..kita cakap macam macam ..buat jer kurang.
Kasihan?
Generasi islam perlu dididik dgn iman, ilmu, keberanian, tahan lasak dan keyakinan.
Siapa nak buat benda benda begini kalau bukan kita pak, mak chik , atuk dan nenek?
Mengapa?
Di bandar bandar , orang orang tua sibuk dengan ubat ubatan , temu janji sana sini
semata mata mereka mahu terus hidup 1000 tahun lagi. Sedangkan
orang orang muda pula itu .. mencuba benda-benda dari luar luar sana.
Mengapa?
oopss .. Orang tua yg ada ..kurang sangat benda-benda menarik yg mana boleh dijadikan satu teladan dan contoh idola mereka.
Aduhai.
Itu lah nasib kita di dunia sebelah sini.
Belajarlah sehingga ke liang lahad., kamu kata?
Sekian.
Ketuk minda itu.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/11/belajar-dan-terus-belajar.html